Friday, December 31, 2010

Antologi Rindu

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi tetapi matanya masih belum boleh dilelapkan. Novel Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashari sudah diselesaikan hampir setengah jam lalu tapi matanya masih segar hingga sekarang. Entah kenapa perasaan rindunya terhadap Nik Sofian kembali bertalu-talu menyerang ke dalam hatinya.
Haziqah mengetap bibirnya, menahan betapa sakitnya rindu ini. Bantal dipeluk erat dengan harapan dirinya bertambah kuat melawan perasaan itu.
“Kenapa abang tinggalkan Jiqah?” Terurai jua air mata Haziqah. Sedu-sedan cuba ditahan supaya tiada yang mendengar. Malam itu dia terlalu merindui Nik Sofian.

~~~~~~~~~~ * ~~~~~~~~~~

Best filem tadikan?” Panjang lebar senyuman Nik Sofian. Haziqah hanya tersenyum tanda setuju dengan suaminya. Hari ini dia sangat gembira kerana Nik Sofian dapat meluangkan masa bersamanya. Sudah lama mereka tidak keluar berlibur. Nik Sofian terlalu serius bekerja orangnya dan kerana itulah Haziqah cemburu  bila suaminya terlalu banyak menghabiskan masa bersama ‘madunya’ itu. Namun, hari ini Nik Sofian cuti. Kesempatan inilah yang digunakan Haziqah untuk bersama suami tercinta menonton filem Sepet bersama.
”Jiqah,” tingkah Nik Sofian. “Kalau ditakdirkan abang pergi dulu, Jiqah merana tak?”
Haziqah hanya tertawa kecil melihat kaletah suaminya yang meniru skrip filem yang ditonton mereka tadi.
“Ketawa pula dia. Jawablah.”
“Erm... Merana.” Senyuman masih tak lepas dari bibir mungil Haziqah. Ditatapnya wajah Nik Sofian yang sudah tiga bulan bergelar suaminya. Nik Sofian agak serius ketika itu. “Kenapa serius sangat ni. Tahulah awak minat Harith Iskandar.” Berderai tawa kecil Haziqah.

Nik Sofian berdengus kecil, membunuh senyuman Haziqah. “Kenapa ni, bang?” Tangan Nik Sofian digenggam kemas. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan dibalik kegelisahan suaminya. Nik Sofian melabuhkan punggungnya ke atas sebuah bangku. Haziqah menuruti. Tangan suaminya masih tidak dilepaskan.
“Abang kalau boleh tak nak Jiqah merana kalau abang tak ada lagi nanti.”
“Apa abang cakap ni?”
Nik Sofian menatap wajah isterinya. Senyuman tawar diukir. “Tak ada apa-apalah.” Haziqah terkedu. “Macam dalam filem Sepet tu, abang pun tak nak Jiqah merana.”
So?” Tersekat-sekat suara Haziqah.
So, nanti biar Jiqah pergi dulu,” tawa Nik Sofian kembali berbunga. Dirangkul kemas tubuh kecil isterinya. Haziqah hanya menuruti tingkah suaminya, langsung tak dihirau mata yang memandang mereka berdua. Lantaklah, kami dah kahwin! Getus hati kecilnya.
“Tapi,” masih tersekat lagi suara Haziqah tapi digagahkan juga. “Kalau Jiqah pergi dulu, nanti abang yang merana.”
Nik Sofian menghela nafas panjang, “Tak apa, biar abang yang merana.” Pelukan Nik Sofian semakin kukuh. Haziqah mula menitis air matanya. Entah kenapa perasaanya begitu terharu ketika itu.
“Biar abang yang merana.” 

~~~~~~~~~~ * ~~~~~~~~~~

Air mata mula membasahi bantal. Haziqah tidak dapat menahan deraian air matanya. Suara romantis dan keletah Nik Sofian masih bermain-main dikotak memorinya. Semakin cuba dilupakan, semakin pantas hatinya merasa rindu dan malam itu membuktikan Haziqah masih terasa kepergian Nik Sofian hampir sebulan lalu akibat kanser hati yang dirahsiakannya.
“Kenapa?” Getus Haziqah dengan suara tersekat-sekat menahan hiba. “Kenapa abang yang pergi dulu. Abang mungkir janji...” Malam itu terasa panjang dan air mata Haziqah masih berlinangan.

"Antologi Rindu"
1655
31122010

Tuesday, December 28, 2010

"Julia Perez, aku cinta sama kamu!"

Jakarta : Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.... - Agensi (dipetik dari Harian Metro, 28 Disember 2010)


Erm...


Ermm...


Ermmm...


Ermmmm...


Ermmmmm...




"Mas Safee, tengok sini dong... Panas yak di stadion ini. Uuuuhhh."

Dengar kata siap ada laser. Macamana ek?

Erm...

Ermm...

Ermmm...

Ermmmm...

Ermmmmm...

(Maaf yek, ni saja gambar paling sopan yang aku jumpa di Google. Menarik bukan?)

Katanya untuk ganggu tumpuan. Tapi, aku rasa...


"GOLLL! Julia Perez ke mari kamu. Aummmm...!"


dan...


"Kurang hajar kamu Jupe! Kenapa Markus yang hilang kosentrasinya! Bakar saja dia!"

Tengok sajalah nanti. Abang-abang cameraman tolong zoom yek. Kalau di Bukit Jalil, laser dikambinghitamkan. Kalau yang kedua ni kalah juga, bersiap-sedialah wahai Julia Perez. Haha... FAM tak nak hantar Rozita Che Wan ke?

Layan cerita ALISA kat TV3. Erm... Agak-agak, Julia Perez layan tak cerita Lagenda Budak Setan The Series?

Thursday, December 23, 2010

HKLBR : Cerita Hantu yang Tiada Hantunya!

Filem : Hantu Kak Limah
Pengarah : Mamat Khalid
Terbitan : Tayangan Unggul


Encik Adie, cilok satu gambar yek...


Dah lama kot aku tak buat review filem-filem yang baru masuk wayang. Huh, yelah. Asyik dok tengok cerita lama jek. Tu pun tengok banyak kali pasal dah tak tahu nak buat apa.


Mamat Khalid, seorang tua yang faham apa orang Malaysia nak. Dulu masa sukan Komanwel kat Malaysia, beliau ni buat cerita Rombongan Cik Kiah. Lepas tu, bila muzik rock kapak kembali mendapat tempat di hati pendengar, beliau buat cerita Rock. Masa Malaysia diserang dengan filem-filem hantu, beliau pun tak nak ketinggalan megikut selera penonton dengan buah tangannya, Zombie Kampung Pisang. Cuma, apa yang istimewa tentang filem tu kerana ia cerita hantu yang tak ada hantunya!


Macamana tu?


Kesinambungan dari filem Zombie Kampung Pisang adalah melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bila kita tengok pada tajuknya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, aku dah fikir, Mamat Khalid ni confirm nak buat cerita mengarut. Hahaha... Dalam mengarut cerita beliau pun tetap ada isinya. Macam dalam cerita Man Laksa. Cerita agak sempoi, simple tapi banyak isinya. Aku tetap suka.


Macam tu lah juga yang berlaku dalam filem HKLBR ni. Aku menjenguk panggung rasanya hampir 5 hari lepas filem ni ditayangkan tetapi aku terkejut pasal malam tu panggung penuh! Aku ulangi, PENUH!!! 


Apa yang menariknya filem HKLBR?


Pertama sebab dalam filem ini ada Awie. Hehehe... Kaki Rock Kapak confirm tak nak ketinggalan tengok ikon dari kumpulan Wings ni. Sepertimana dalam filem Zombie Kampung Pisang, Awie yang memainkan watak Husin cukup berkesan di hati penonton. Serius. Sepanjang menonton filem ini aku berfikir, ini ke Awie yang aku tengok dalam filem Sembilu dulu tu. Hahaha...


Sebab keduanya pula adalah Mamat Khalid. Bagi aku yang memang dari dulu ikut 'mafia' filem Melayu ni pasti tak nak ketinggalan nak terus menikmati karya terbarunya. 


Ketiga adalah disebabkan filem ini cukup rencahnya, seram dan komedi. Perghh... Aku rasa sepanjang menonton filem ni aku gelak jek. Hahaha... Memang lawak gila. Apa yang cuba ditonjolkan Mamat adalah untuk menghentam sikap orang kita yang cepat percaya pada benda-benda karut. Banyak juga isu-isu semasa yang beliau bangkitkan tetapi secara komedi sinikal. Siapa makan cili, dialah rasa cilinya. 


Aku rasa ni memang filem terbaik Mamat Khalid selepas filem Rock. Tapi tengok pada endingnya, macam nak sambung jek. Hehehe... Tak apa, aku tunggu.

Wednesday, December 8, 2010

Belajar Demi Nasi Lemak...

Aku kene rasuk malam ni... Dah lama tak menaip, tetiba bernafsu semacam pula malam ni, walhal malam ni bukan malam Jumaat. Oh, mungkin sebab tahun baru...

Aku ada satu cerita...


Hari itu, Ipen (bukan nama sebenar) keluar minum tengah malam bersama kawannya yang agak pendiam, Daus (juga bukan nama sebenar). Aku rasa adalah dah dekat sejam lebih mereka berdua duduk berbual kat kedai Mak Gayah (dan bukan nama sebenar). Belum rasa nak balik agaknya. Dari satu cerita ke cerita yang lain. Cakap pasal topik ni, cakap pasal topik tu.... 


Sampai satu masa tu, Ipen tanya pada Daus, "Kau nak nasi lemak?" 
Dahi Daus berkerut. "Kenapa?"
"Mana nak cari ek nasi lemak malam-malam ni. Teringin lak nak makan. Dah lama tak pekene nasi lemak."
"Kat sini mana ada orang jual nasi lemak malam-malam buta. Kalau nak makan sangat, tunggu esok pagi la," kata Daus yakin umpama dR. Rozmey.


"Apa kejadah kau ni nak makan nasi lemak plak?!"


Pappp...!


Terkejut beruk Daus bila Ipen tetiba saja menepuk meja. Mukanya merah padam. 
"Kau pehal?"
"Inilah orang kita. Kalau kat luar sana tu, senang jek nak cari nasi lemak time ni!" Deras suara Ipen. " Orang kita kat sini takut nak buat, tak berani... Takut sangat rugi. Cubalah buat dulu, mana tau boleh untung!"
Daus diam. Diteguknya teh sampai habis. "Ipen," kata Daus yang sentiasa tenang ibarat dR. Rozmey. "Kat sini memang dah adatnya makan nasi lemak waktu pagi. Bukan orang kita takut. Kau kalau dah gian sangat nak makan nasi lemak belajar bangun awal. Tak reti bangun awal, kau belajar tidur awal! Ada paham?" Daus bangun dan berlalu meninggalkan Ipen yang terkemut keseorangan, entah faham atau tidak...


"Siyut... Blah macam tu jek. Ni sape nak bayar?"

Tammat...


Aku masih belajar sampai sekarang... Aku dah lama tak pekene nasi lemak. Ini cerita bukanlah betul-betul tapi aku cerita pasal nasi lemak yang betul-betul, bukan nasi lemak tu yek! Tak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah pergi.

"Call Me Back..."

Aku masuk, kasi pusing kunci, tendang starter dan.... Broooommm! Weng-weng sikit, bagi panas enjin. Tak apa, enjin empat lejang tak adalah menyalak macam motor RXZ idaman hati tu.
Betul-betulkan sikit helmet, masuk gear 1 dan blah. Tak payah lama-lama. Persetanlah apa yang aku belajar di sekolah memandu tu. Orang cipta rule pasal nak bagi kita langgar, kalau tak, tak adalah sesiapa yang kena hukuman. Hahahaha... (Jangan ambil pusing apa yang aku tulis tadi. Hidup kena ada peraturan.)



Tak sempat motor nak berkahak kali kedua, aku rasa ada benda bergetar di dalam seluarku! Sedap! Oh, baru aku ingat tadi aku letak iPhone my phone dalam poket jeans yang dah sebulan tak basuh ni. 
Sekali bonda call lah. Tekan 'answer', bagi 'loudspeaker'. Angin kuat, tak dengar pula amanat bonda nanti.


iPhone My phone!


"Asslamualaikum," ucap anak mithali ni separuh jerit.
"Waalaikumussalam... Ko kat mana tu?"
"Atas motor nak pergi kedai..." jawab aku sambil membuat aksi Superman, seboleh-boleh nak sembunyikan kepala belakang handle. "Kenapa bonda?"
"Tttttuuuuutttttttttttttttt...."


Aku duduk elok-elok semula, segan pula dah macam mat rempit.  Bonda langsung tak bagi amanat, sudah putus tapi aku tak hairan kerana amanatnya tetap sama dari dulu sampai sekarang, "Bonda sayang kamu...!!! Call me back, ok."


"Ye yunk, abang ondaway balik ni... Tak apa jalan jam, pakai phone pun tak apa..."

"Raju motor juga bawa. Bawa motor tara pakai helmet tara papa punya tapi jawab phone kasi jangan!"

Thursday, November 4, 2010

Akhirnya Aku Bercinta!

Ya ALLAH, apa nak jadi dengan HARI INI HARI YANG INDAH! Mana penulisnya? Dah malas nak menulis ke? Dah mati idea ke? Dah tak reti nak menulis ke? Dah hilang ingatan? Atau dah kahwin, jaga bini sampai langsung tak jengah blog ni???

Entah lah... Aku tanya dan aku sendiri dah tak ada jawapan.

Mujurlah sejak bercinta ni datang balik semangat nak menulis. Kalau tak... 

Apasal anda asyik tengok perkataan bercinta tu? Sebab aku highligh? Atau sebab anda terkejut aku bercinta? Atau anda tak suka aku bercinta? Hahaha... Memang aku bercinta. Ada masalah? Kalau aku bercinta tak boleh publish ke? Kenapa pula tak boleh? Tak suka sebab aku bercinta dengan 'dia' dan  orang lain langsung tak suka dengan 'dia'? Apa salahnya aku bercinta? Salah ke aku bercinta dengan 'KEBOSANAN'???

 
Ok, fine! Tolong bagi idea pada aku nak buat apa supaya 'dia' ni pergi?

Ini mangsa 'KEBOSANAN'.

Monday, October 25, 2010

Integrasi dalam Pendidikan (Laporan Razak)

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai pengantar yang utama, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah dibuat dengan beransur-ansur.” - Laporan Razak


Aku 'bersuara' di Seminar Kajian Tindakan Pendidikan Jasmani & Kesihatan 2010


Di sekolah, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan mengintegrasikan murid yang berbilang kaum. Masalah dalam menyatupadukan rakyat Malaysia ini sebenarnya sudah lama berlaku. Masalah utama yang dihadapi selepas Malaysia mencapai kemerdekaan ialah memupuk perpaduan antara kaum. Ia jelas dapat dilihat dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada waktu ini, prestasi perpaduan di Malaysia teramatlah teruk hingga pemimpin ketika itu terpaksa mengisytihar darurat di seluruh negara. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi sedikit demi sedikit sehinggalah ia berjaya membina semula semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Salah satu cara penyelesaiannya adalah melalui pendidikan seperti yang telah dinyatakan dalam Laporan Razak. Jika dilihat dari segi pendidikan, guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hal menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. 


KEBERKESANAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI 
DALAM MENGINTEGRASIKAN MURID BERBILANG KAUM 
 MURID TAHUN 2 URANUS SK METHODIST (ACS) SEREMBAN

Tuesday, October 19, 2010

Mizuno Wave Run 2010 Malaysia (1:06:15)

Alhamdulillah, selesai...


Suatu hari nanti nak cuba jenama Mizuno pula.

Itu saja ucapanku sewaktu melewati garis penamat. Aku dah tak larat. Kudratku hanya sampai situ. Bukit-bukau di UPM ni memang mencabar iman. Tambah pula dengan aku yang tak cukup latihan, tak cukup tidur. Tapi sekurang-kurangnya aku sudah selesaikannya. Tak sia-sia perlaburan RM45 kakandaku semata-mata untuk memastikan aku tak ketinggalan dalam Mizuno Wave Run 2010 Malaysia ni. 


Pertama sekali aku rasa untuk marathon ni aku langsung tak berasa kesunyian sebab dari awal hingga ke akhirnya aku berlari dalam kelompok yang besar. Tahniah untuk mereka juga. Juga terima kasih kerana 'menemani' aku. 


Jalan yang sempit membuatkan keadaan agak sesak, tidak seperti KL Marathon. Namun aku suka keadaan itu, cuma malu melihat pakcik-pakcik yang selamba berlari memintas. Haha... Aku dah semakin perlahan. Dengan catatan yang tidak memuaskan hati, 1:06:15 (tidak rasmi), aku cuba untuk mengerah keringat dalam setiap langkah. Biar sumbang asal sampai!


'Mentorku' setia menemaniku.

Walaupun dengan emosi yang tak berapa nak stabil pagi itu, aku syukur sangat-sangat pasal dapat habiskan semua ni. Hari itu aku dan Mc saja (baca ini...) yang pergi tanpa pejuang-pejuang KAKIATHLETE yang lain. Mereka ada program masing-masing. Aku tak boleh nak kawal pergerakan mereka. Cuma harapan aku, mereka akan teruskan legasi kami berdua. Itu saja.


Aku kenal brader ni masa ikut Mc pergi Triathlon PD. Seronokkan dapat 'si dia' yang memahami siapa kita.

Terima kasih pada Jawa dan Aten yang hadir memberi sokongan hari tu dan tak lupa juga pada Haziq dan Aiman untuk 'kuda' yang dipinjamkan tu. Maklumlah, kami berdua ni hanya ada FELT dan GIANT. Hahaha...


Al-Fatihah untuk salah seorang peserta yang dijemput ILLAHI semasa event ini berlangsung.

Friday, October 15, 2010

Doa dan Harapan

Minggu sudah aku terlepas menyertai Nike City 10k di ibu negara. Huh... Kesilapan teknikal. Tak tahu nak salahkan siapa. Mungkin salah aku juga yang dah lama tak menjenguk kantung pos e-mail ku. Tup-tup, aku dah tak boleh sertai event ni. Ikutkan hati nak saja aku jadi pelari hantu hari tu, mmm... 




Tapi tak apalah. Minggu ni aku ada satu lagi event. Mungkin untuk yang terakhir kalinya buat aku untuk tahun ni. Malangnya latihan yang aku buat pun tidaklah sekerap dulu, hanya berlari 2.4km di Kompleks Belia Paroi 3 malam berturut-turut. Emm, moga saja aku dapat habiskan larian nanti.


Mizuno Wave Run mungkin jadi perhentian terakhir aku sebagai pelari untuk tahun ni. Tahun depan, wallahualam... Doakan aku. 
Hajat untuk memakai baju KAKIATHLETE tak kesampaian untuk event ini...

Friday, October 8, 2010

Botak Kepala Bagi Sejuk!

Hari ini aku mula menaip kembali setelah lama kutinggalkan ruangan ini. Bukan kerana dah tak sayang, bukan kerana ada yang tak suka, tapi kerana kesibukkan yang melampau menyebabkan idea tak mengalir secargas biasa. Letih badan buat otak aku tak berfungsi.


Rasanya tahun ni aku langsung tak sampaikan ucapan raya kepada rakan-rakan blogger yang lain. Hari ini dah pun genap 29 Syawal. Masih boleh agaknya aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. 


Banyak yang berlaku kebelakangan ni. Ada suka, ada duka. Baru-baru ini laptop kesayangan aku rapuh dalam kenangan ku. Habis pecah skrinnya. Sebab apa? Hahaha... Dipijak dengan selamba oleh abangku. Chett... Terpaksalah Aspire M1900 menjadi penawar hati. Dah lama kepingin menggunakan desktop, akhirnya tercapai juga. 


Baur-baru ini pun kelas aku selesai buat seminar membentangkan kajian masing-masing. Aku tak nak cerita lebih-lebih. Nanti lah aku update di blog kelas ku. Habis seminar, ringan sikit kepala ni. Rambut pun terpaksa dicukur. Hahaha... 


Banyak lagi hal, tapi aku dah kering idea nak menaip semua. Nanti-nanti la yek!

Wednesday, September 22, 2010

Aku Diam, Kau Rindu Tak?


Shut your mouth

by ~Mister-Beckz


Dah lama aku senyap.
Dah lama aku tak bertanya khabar kau.
Dah lama kau tak tahu khabar aku.
Dah lama aku tak cerita kisah aku.
Dah lama, cukup lama.

Agak-agak kau rindu aku tak?

Tuesday, August 31, 2010

Hak Cipta yang Dipelihara

Dari dulu lagi masa member-member suruh aku dan Mc buat team untuk 'orang gila' seangkatan dengan kami ini, kami terfikir, "memang ada juga orang macam kami. Semangat!"


So, bila dah buat team, fikir-fikir nama tak jumpa-jumpa lagi. Tapi itu dulu, sekarang dah ada. Ini dia... Ada yang tak suka? Haha... Tak apa, pasal ini team kami! Siap ada baju lagi. Haha...




Kata-kata Lance Amstrong dijadikan peransang!

Sunday, August 29, 2010

"Cemburu, mungkin..."




Bersembang tentang chenta... 

Orang selalu kata 'cemburu itu tandanya sayang'. Betul ke? Hurmm... Betul juga kot. Kalau tak sayang untuk apa nak cemburu. Jadi, cemburulah selalu supaya anda akan terus menyayangi seseorang itu. Haha...

Tapi kenapa kadang-kadang kita dengar ada yang berpisah kerana perasaan cemburu? Apa maknanya pula? Aku pun tak faham dengan permainan chenta ni. Pengalaman? Entahlah pengalaman pun belum mampu mengajar aku maksud sebenar cemburu itu. Aku tetap tak faham.

Sepi merupakan sebuah filem chenta buatan Malaysia yang terbaik dari ladang!
Memori terpalit di dalamnya...

Thursday, August 26, 2010

Hiduplah Dengan Gembira

Hari ni aku belajar sesuatu... Tentang hidup. Bahkan aku terfikir, pernahkah aku lakukannya sebelum ini? Apa yang aku tahu, aku belum cukup tahu apa yang aku lakukan sebelum ini.




Dia kata, "kau gembirakanlah hati orang lain, barulah hidup kau juga gembira. Walaupun kadang-kadang apa yang kita buat tu kadang-kadang agak payah." Aku diam. Bukan kerana tiada jawapan tapi aku pasti itulah jawapannya. Tiada lagi persoalan. Aku lihat dia gembira dan cukup menggembirakan, maka benarlah apa yang dikatankannya. 


Terima kasih pada dia, hamba yang tulus yang memegang nama Baharom Bin Mohd Shariff.

Tuesday, August 24, 2010

Tolong... Aku Perlukan 'Second Wind'!

"Semasa saya mendaki, saya sudah hilang tenaga tetapi bekalan semangat saya masih banyak untuk bawa saya ke atas!" (Baca lagi...)


Orang sering berkata, kadang-kadang kekuatan mental boleh mengatasi kekuatan fizikal. Apa tu? Betul ke? Macamana ek? 
Kadang-kadang orang pun ada kata, apa guna berbadan besar kalau tak ada otak! Wah, kasar betul ayatnya. 
Apa kaitan otak, mental dan semangat dengan angin kedua (second wind)? Apa tu angin kedua sebenarnya?


Angin kedua itulah sebenarnya semangat. Ia wujud apabila seseorang itu sudah hilang atau hampir hilang keupayaan fizikal atau dalam bahasa paling mudah apabila seseorang itu sudah letih. Keadaan ni kebiasaannya berlaku dalam diri atlet dan ia cukup membuktikan bahawa angin kedua inilah secara saintifiknya boleh mendorong seseorang atlet itu untuk menamatkan acara masing-masing terutama bagi atlet marathon atau road runner. Walaubagaimanapun, ia tetap wujud dalam sukan-sukan lain. Fenomena angin kedua (semangat) ni selalunya berlaku secara tiba-tiba apabila atlet sudah penat dengan bantuan oksigen yang membina asid laktik dalam otot. 
Bagaimana mahu wujudkan angin kedua dalam diri?
Aku cukup suka dengan angin kedua ni. Ia cukup berkaitan dengan psikologi. Sebab tu orang kata orang sukan kena kuat dari segi fizikal dan mental. Sejarah hidup aku tak pernah menunjukkan sisi aku sebagai seorang atlet sejak sekolah dulu tapi bermula tahun lepas aku cuba berjinak-jinak dengan dunia sukan terutama yang melibatkan larian seperti marathon, towerthon dan duathlon. Keadaan ni sudah membuktikan angin kedua ni wujud dalam semua diri manusia cuma bagaimana kita mencari dan menggunakannya. 
Aku bagi contoh paling senang. Katakan aku perlu berlari sejauh 3 km. Sebelum berlari, seperti biasa aku perlu bersedia dengan latihan, pemakanan dan sebagainya. Perancangan aku senang saja (terpulang pada atlet itu sendiri), 1 km pertama aku akan laju, 1 km seterusnya aku akan cuba kekalkan larian pada jarak sederhana dan 1 km terakhir aku akan buka langkah semula. Untuk 1 km pertama dan kedua tu mungkin aku aku boleh buat tapi bagaimana aku mahu memulakan semula larian yang laju untuk 1 km terakhir walhal aku sudah penat dan kehabisan tenaga? Masa inilah aku akan gunakan angin kedua. Semangat yang wujud dari kekuatan mental! Dalam setiap acara yang aku sertai aku tak pernah meletakkan sasaran untuk menang tapi cukuplah sekadar berjaya menamatkan saingan. Keadaan sekeliling itu sendiri boleh membantu kita 'mencari' angin kedua; kita membuat anggaran garisan penamat, melihat atlet lain yang sedang meneruskan cabaran dan lain-lain lagi. 


Sekarang anda sudah faham kan konsep angin kedua ni. Sebenarnya angin kedua ni bukan saja berlaku dalam bidang sukan saja. Ia juga boleh bertindak sebagai metafora besar dalam kehidupan seharian kita termasuklah dalam pembelajaran, karier dan juga boleh digunakan apabila kita berhadapan dengan masalah-masalah. Bagaimana? Anda sendiri perlu berusaha untuk mencarinya. Aku hanya mahu berkongsi pengalaman dan pengetahuan. 




Aku bukanlah atlet yang bagus kerana aku sendiri bermula lambat tapi sumbangan idea aku ni aku harap dapat membantu atlet yang bagus untuk menjadi lebih bagus lagi! Selamat berjaya!

Friday, August 13, 2010

Aku Lemah...




Rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku ucapkan selamat datang bulan Ramadhan al-Mubaraq serta selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Pernah aku terfikir, betapa meriahnya jika aku dapat kumpulkan semua umat Islam, bersahur bersama, berpuasa bersama, berbuka bersama, bertarawih bersama. Kan Islam itu ada di mana-mana.



Alhamdulillah, hidup lagi aku untuk menyambut Ramadhan 1431 ni. Syukur aku ke hadrat Illahi kerana masih beri udara untuk aku bernafas, kesihatan untuk aku terus melangkah di atas bumi ciptaan-Nya ini. Kadang-kadang aku saja yang alpa dan lupa dengan pemberian yang tak ternilai ini. Nauzubillah... Ingatkan aku kalau aku semakin lupa, pimpinlah aku jika aku terjatuh.


Ramadhan kali ini mungkin menjadi sedikit sayu dan hiba kerana inilah kali terakhir aku berpuasa di institut bersama rakan-rakan. Tahun depan entah ketemu lagi tak kenangan ni. 
Bonda call semalam, tanya balik atau tak. Aku tak dapat beri kata putus. Rindulah tu pada anaknya yang degil ni. Hehe... Teringin juga di hati untuk berpuasa di rumah. 


Bila tiba bulan puasa, benda yang  orang kita akan fikir adalah tentang makanan. Bulan puasa tak boleh makan,tak boleh minum. Untuk budak kecil mungkin boleh kot jawapan tu. Tapi bagi insan yang dah mumaiz dan baligh, kena ajar definisi yang lebih luas. Pernah ditanya dulu, apa yang kamu tahu tentang puasa. Tergaru-garu dulu kepala barulah nak jawab. Puasa bukan saja mengajar kita tentang erti menahan diri daripada tidak makan atau minum di siang hari, tapi lebih dari itu. Menahan nafsu amarah dan syahwat juga termasuk dalam definisi puasa. Kan Islam itu indah. Ilmu Islam itu mencakupi pelbagai aspek. Apa guna kita berlapar dahaga tetapi kita gagal menahan diri kita dari sifat marah. Apa guna kalau kita berlapar dahaga tetapi gagal mengawal perlakuan kita. Mmm... Ingatkan aku kalau aku lupa, pimpin aku kalau aku jatuh.




Hari itu ada kawan cakap pada aku, "puasa tau, jangan tak puasa. Melainkan darurat." Nadanya melawak. Aku jawab, "boleh. Soal makan minum tu aku tak ada hal sangat tapi bab awek seksi lalu depan mata tu yang aku goyang sikit." Haha... Sinikal. Tapi itulah cabaran berpuasa di zaman ini. 




Puasa bukan saja pada perut dan mulut, tetapi pada hati, tangan, mata, kaki dan seluruh anggota tubuh kita yang lain. Aku tahu aku bukan muslim yang baik, aku juga pernah jatuh, aku juga pernah leka. Ingatan ini bukan untuk sesiapa, mungkin lebih berhak ditujah pada diri aku sendiri... Sebab aku sendiri lemah. Wallahualam...


Hari ini mood puasa aku hampir diragut dek nafsu amarah. Ingatkan aku kalau aku lupa, pimpin aku kalau aku jatuh. 

Wednesday, August 11, 2010

Keputusan Malakoff University Duathlon Series 2010

Keputusan dah pun keluar tapi ada satu yang missing, untuk kategori relay di UM. Tak tahu apa masalahnya. Tunggu sajalah kalau ada nanti.


Klik kalau tak nampak!


Untuk keputusan penuh klik ini : DuathlonSeries!

Malakoff University Duathlon Series 2010 : Keluarga Makin Bertambah!

Alhamdulillah...


Pada 7 Ogos lepas merupakan hari terakhir MUDS dan UPM menjadi venue kemuncak. Seperti yang aku janjikan aku akan ceritakanlah serba sedikit penglibatan aku dan kawan-kawan yang lain dalam siri duathlon ni. 


24 Julai 2010 : Universiti Pertahahanan Nasional Malaysia (UPNM)


Hari yang agak kucar-kacir. Haha.... Disebabkan hampir semua antara kami tak pernah pergi venue ni, kami sesat sampai ke Putrajaya. Pusing sana, pusing sini, tak jumpa-jumpa tempat yang dituju. Bila dah jauh sampai ke Putrajaya barulah tefikir nak guna GPS. Adoyai... Lagi 15 minit nak mula baru kami sampai.
Untuk siri ini, aku join Mat dan Anep untuk kategori Men's Relay. Tak ada masalah. Tapi untuk kategori Mixed Relay, aku terpaksa mencari seorang pelari baru disaat-saat akhir, Syazrul menggantikan Zahir yang cedera akibat kemalangan beberapa hari sebelum kejohanan. 9 jahitan kena pada lengannya, takkanlah aku nak biar Zahir lari juga. Amat kejam keputusan tu.
Dalam kategori Mens pula tak ada wakil. Sepatutnya Mc yang masuk. Tapi dia awal-awal lagi dah excident, beberapa hari sebelum Zahir. Dah nasib... Mc boleh lagi nak masuk, tapi dia cakap dia nak rehat untuk fokus pada triathlon esoknya di Port Dickson (klik sini).
Keputusan dah keluar. Team aku dapat nombor 8 daripada 18 team dengan masa 1:07:40. Manakala mixed meraih tempat ke-8 daripada 13 team dengan masa 1:22:23. Permulaan yang agak lambat tapi boleh diperbaiki untuk siri akan datang.




31 Julai 2010 : Universiti Malaya (UM)


Beberapa hari sebelum siri yang ni, aku mengalami masalah gangguan emosi sikit antara nak masuk acara relay atau single. Aku tak pernah masuk single dan aku akui yang aku lebih bagus pada larian (riak!), bukan kayuh. Tapi semasa aku temankan Mc di triathlon PD, aku mendapat petunjuk, sudah masanya aku mencuba kategori single
So, dengan kembalinya Hadi dalam team, aku terus daftar dalam kategori Mens. Hadi pula membantu Mat dan Anep dalam kategori Men's Relay
UM adalah satu-satunya venue yang aku sertai tahun lepas sebagai seorang pelari (klik sini). Masa tu Luqee bertindak sebagai rider basikal. Dia adalah cerita tentang betapa 'anker'nya bukit dalam UM ni. Bukit Cinta namanya. 
Bila aku sendiri dah cuba bukit ni, baru aku tahu bahawa bukitnya memang 'keras'! Damn... Tinggi gila! Serius aku masa tu dah nak give-up. Tapi bila aku tengok pakcik tu selamba hadap jek kayuh, terpaksa jugalah teruskan. Dah nama pun Bukit Cinta, memang sempat jugalah aku berchenta ngan bukit tu.
Huh, mungkin aku patut sedar. Rugi bagi aku masuk acara single walhal aku boleh bantu team untuk placing. Aku dapat tempat ke-62 daripada 66. Masa 1:21:25. Chett... Padan muko den!




7 Julai 2010 : Universiti Putra Malaysia (UPM)


Venue terakhir! 
Dan untuk siri ni lah aku berjaya menghasut beberapa orang kawan untuk sama-sama menyertai keluarha duathlon. Bila dah ramai ni lah seronok. Haha... Macam-macam hal.
Dua orang atlet, Hanif dan Sabri memperkuatkan dua team mixed. Manakala Jawa, baru beli basikal Exitway, merupakan insan yang paling mudah untuk aku racun fikirannya. Haha...
Untuk siri terakhir ni, aku daftar untuk single. Tapi entah kenapa pula perut aku meragam. So, Mat lah yang menjadi sasaran aku. Tahniah kepada dia kerana menerima cabaran aku untuk menggantikan aku dalam acara single, dan aku ganti dia untuk acara Men's Relay
Keputusan rasmi masih belum keluar. Tak tahulah kenapa lambat sangat. 




So, dengan ini aku nak ucapkan tahniah lah pada atlet-atlet ku; Mc, Hadi, Mat, Anep, Luqee, Mirul, Hanif, Sabri, Jawa, Syazrul, Ataeya dan Wahida. Tak lupa juga pada kru-kru yang memberi komitmen; Izza, Zahir, Mat Ros dan Fitri.
Terima kasih daun selasih!

Wednesday, August 4, 2010

Rancang, Usaha, Buat, Tawakal... Aku Sendiri Terlupa


Malam ni, aku teringat bonda dan ayahanda...

Rindu lah tu agaknya. Hurmm... 

Aku ingat lagi masa aku nak ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), aku cukup takut. Aku takut dua perkara. Pertama, aku tak yakin aku boleh dapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan ni dan kedua aku tak dapat penuhi impian bonda dan ayahanda. 
Bonda cakap senang saja, "kita rancang, kita usaha, kita buat dan kita tawakal. Apa pun keputusannya, itulah rezeki kita." Ayahanda tak cakap apa-apa tapi aku tahu itu jugalah yang dia mahu.

Aku ingat lagi masa aku nak ambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Darjah Khas, sekali lagi aku rasa macam tak boleh nak buat pasal aku tak boleh nak fokus dua peperiksaan dalam satu masa. Aku sedar aku bukanlah seorang yang genius. 
Bonda cakap senang saja, "kita rancang, kita usaha, kita buat dan kita tawakal. Apa pun keputusannya, itulah rezeki kita." Ayahanda tak cakap apa-apa tapi aku tahu itu jugalah yang dia mahu.

Aku ingat lagi masa aku nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peperiksaan ini lah penentu masa depan aku. Sekali lagi aku diburu rasa takut sebab masa form 4 aku terlalu bersenang-lenang. hinggakan masuk form 5, satu apa pun aku tak faham tentang biologi, fizik, matematik dan matematik tambahan. Masa ni apa yang aku fikir satu saja, nasib lah apa nak jadi pun.
Bonda cakap senang saja, "kita rancang, kita usaha, kita buat dan kita tawakal. Apa pun keputusannya, itulah rezeki kita." Ayahanda tak cakap apa-apa tapi aku tahu itu jugalah yang dia mahu.

Berapa kali bonda ingatkan aku tentang perkara ni. Aku rasa bukan soal pelajaran saja. Soal-soal lain pun bonda sentiasa gunakan ayat yang sama. Tapi macamana kadang-kadang aku boleh terlupa terutama bila aku ditimpa masalah. Pesanannya cukup ringkas tapi penuh pengisian. Kadang-kadang aku terfikir, sampai bila aku perlukan bonda sebagai pengingat yang setia.

Semoga ALLAH sentiasa memelihara, memanjangkan usia serta memberi kesihatan pada bonda dan ayahandaku... 
Sayangilah orang tua kita sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia...
Ingatkan aku supaya sentiasa ingat tentang ibubapaku...

Thursday, July 29, 2010

Penyakit Lama Tak Pulih Lagi...


Program internship semakin ke penghujungnya. Aku masih seperti dulu. MALAS! 

Tak tahu kenapa 2 - 3 hari ni badan aku letih bebenar, terutama sekali bila waktu malam. Kalau dulu aku rasa tak kisah kot nak overnight, tapi sekarang kul 9 saja mata dah kuyu. Tu petanda baik ke tak baik ek? 
Disebabkan masalah ni lah blog aku lama tak diupdate. Nanti dulu yek pembaca yan setia. Tengah kumpul bahan (alasan!). Banyak benda nak cerita, pasal internship, duathlon... Nanti-nanti lah aku cerita. Skang aku nak tidur. Nak mimpi untuk hari esok. Banyak benda nak kena settle kan. Doa kan aku!

Tuesday, July 20, 2010

"Salah ke saya seksi, che gu?"


Seksi? Perkataan yang paling sinonim dengan dunia artis. Betul ke? Dalam pemerhatian aku lah... Kalau ada wartawan atau orang yang membangkitkan soalan, "Kenapa kamu seksi?". Makan keluarlah jawapan yang agak skeptikal, "seksi ke? (Sambil diiringi hilai tawa maha manja!)"
"Betul, ramai cakap awak seksi."
"Alah, sebenarnya ikut orang lah. Diorang tengok saya seksi. Seksi luas definisinya. Kadang-kadang bila tengok perempuan pakai tudung pun kita boleh cakap seksi. Perspektif orang la katakan."
Bijak betul jawapannya.

Mmm... Aku teringat ketika belajar di bawah bimbingan Ustaz Malik, ada seorang berkata, "Alah ustaz, kalau pakai tudung pun belum tentu selamat, kena rogol juga!" Nasib baiklah yang menjawab ni bukanlah sebarangan orang, kalau aku sangkut juga nak menjawab.
"Cuba awak fikir, pakai tudung, tutup aurat pun boleh kena rogol. Inikan pula yang dok pakai baju macam tak pakai baju."
Pelepekk... Kena sebiji. Haha... Itulah, ilmu belum cukup di dada cuba nak beradu tenaga pula.

Hari tu aku ada terbaca satu berita, seorang pelajar perempuan didenda oleh guru kerana memakai skirt. Aku tak baca habis pun. Malas nak layan cerita-cerita macam tu. Bukan nak menyokong mana-mana pihak tapi kalau sekali baca pun rasanya kita tahu apa salah pihak ni dan apa salah pihak tu. Mungkin yang paling menyampah sebab masuk paper kot. Ish, malu lah...

Kesimpulannya senang saja, kalau benar kita mahukan seorang ikon yang bleh bantu kita berjaya, pilihlah dengan betul, tak kiralah sama ada muslim ataupun non-muslim. Sebab agama mengajar umatnya untuk melakukan kebaikkan.

Peringatan untuk kita...