Wednesday, June 30, 2010

Bikin Gersang Ini Cerita!

Selamat akhirnya pulang ke institut. Huh! Fikir ke depan. Sudah semester terakhir. 5 tahun dah rupanya aku di sini. Agak-agaklah kalau aku dah kerja nanti macamana lah hidup aku nanti yek. Adakah akan segembira sekarang ni? Chett... Sentimental la pula!
3 minggu berada di rumah merupakan tempoh yang agak panjang bagi aku. Kalau nak diikutkan semua perancangan aku tak menjadi. Nak training lah, apa lah... Emm... Hampas belaka! Almaklumlah, dah tiba musim World Cup ni, confirm bangun pun macam haram lah, ye tak? 
So, cuti ni memang dihabiskan dengan berchenta bersama TV. Kalau di institut jangan haraplah aku nak mengadap TV melainkan kalau tengok bola.
Sepanjang 3 minggu berada di rumah ni, baru aku sedar rupa-rupanya aku dah tertinggal banyak cerita menarik dan yang tak menarik. Bukan setakat cerita, iklan pun banyak yang aku tak tahu.

Sekali lagi dicilok dari Google

Tapi yang paling menarik perhatian aku sebagai seorang bernama lelaki adalah iklan-iklan yang aku sendiri pun tak tahu dia orang (syarikat) tu nak jual apa. Item tu aku nampak, tapi iklannya tu aku tengok tak ada lah cerita banyak sangat pasal benda tu. Yang aku tengok modelnya pula yang lebih-lebih. Nak jual barang ke jual perempuan ni. Terlentok sana, terletok sini, terliuk sana, terliuk sini. Ni saja nak menjentik kelelakian aku lah ni. Cis... Hebat sungguh penangan iklan ni (aku tak nak mention lah iklan apa, anda cari sendiri lah...) 
Saja lah tu nak bagi aku kahwin cepat-cepat. Alamak! Ter'mention' lah pula... Oppss..

Tapi paling suka iklan F&N Extra... Ah, bikin gersang ini cerita! Hahaha...