Wednesday, April 1, 2009

Permainan Tradisional : Galah Panjang

Gelanggang –

Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan, samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan tersebut di atas tanah sahaja.

Cara Bermain –
Salah seorang dari ahli kumpulan (bertahan) itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai. Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

Peraturan Permainan –

1. Setiap kumpulan hendaklah menghantar 4 orang peserta lelaki sahaja.

2. Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

3. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.

4. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.

5. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

6. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.

7. Permainan akan berlangsung sebanyak dua pusingan. Jika mata kedua-dua kumpulan terikat, permainan akan dilanjutkan ke peringkat ‘mati tiba-tiba’.

8. Kumpulan yang menang akan diberi 3 mata manakala kumpulan yang tewas tiada sebarang mata diberikan.

'Pendidikan Jasmani : Pengurusan dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani'



Monday, March 30, 2009

Melayu Bukan, Cina Bukan, Malaysian Pun Bukan...

Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.
Orang-orang kampung menghadap Kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,
Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,
Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.
Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?
Atau kaca-kaca yang mengaku intan?

(Karya Dr. Ishak Haji Muhammad 'Pak Sako')

"Aku Cinta Padamu.... Eh, Tidak!....Mmm.... Mungkin."

Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan “Aku Cinta Padamu” dan “Adakah Kau Mencintaiku?”

Dragonball Evolution (2009) : Hollywood 'Bunuh' Pahlawan Saiya

Filem : Dragonball Evolution (2009)
Pengarah : James Wong
Terbitan : 20th Century Fox

Kesibukkan akhir-akhir ini membataskan pergerakkanku untuk melakukan amalan-amalan seharian; berkayuh, main bola dan menulis coretan di ruangan ini. Maklumlah naik sahaja cuti baru-baru ini terus dilanda badai praktikum. Mmm.. Dah nak jadi cikgu rupanya 'budak jahat' ni...
Sebut pasal cuti, aku bersama rakan-rakanku sempat menjenguk layar besar di Jusco Tebrau bagi menyaksikan karya agung animatur terhebat negara Matahari Terbit, Mr. Akira Toriyama. Bagi peminat anime, kalau tak kenal siapa 'otai' ni, bolehlah diibaratkan seperti...menangguk di air keruh (tak taulah ada kaitan tak).


Sebelum kehadiran filem ini, aku rasa anda semua pasti tahu apa itu DragonBall dan aku rasa kalau filem ini tak keluar pun pasti orang ramai takkan lupakan siri anime dan komiknya. Kalau tak silap aku, dulu sudah ada filemnya dikeluarkan di Jepun tapi tidak sepanas goreng pisang yang dijual di Megaway sana. Pelakonnya pun bodoh-bodoh saja aku tengok.
Melangkah sahaja ke panggung, ke'excited'an aku makin melampau-lampau. Gila kau, Go Ku sekarang dah jadi 'orang'. Lagi-lagi negara Papan Holly yang buat cerita ini.
Secara dasarnya, filem ini di angkat dari siri Dragonball dan diubah mengikut citarasa terkini. Aku jangkakan mungkin selepas ini mereka angkat karya Dragonball Z dan Dragonball GT pula. Mana tahu kan...
James Wong memang aku tak kenal siapa si sepet ni. Entah kenapa tiba-tiba diangkat menjadi pengarah filem ini. Kebolehan dia pun aku tak tahu. Mungkin yang aku kenal di dalam filem ini yang menjadi tulang belakangnya ialah Master Stephen Chow. Siapa tak kenal mamat gila-gila ni kan. Tengok sahaja hasil kerjanya dalam filem Shaolin Soccer dan Kung Fu Hustle. Gempak! Tapi yang aku pelik kenapa beliau ni tak mengarah filem ini. Beliau ini memang peminat anime Dragonball sampaikan dia sendiri pernah beraksi sebagai 'Son Go Ku' dalam filem God of Gamblers. Sesuatu yang merugikan...


Kesilapan kedua yang aku lihat adalah pemilihan pelakon. Kenapalah tak gunakan pelakon yang betul-betul mahir dalam seni pertahankan diri. Siapa itu Justin Chatwin? Aku tanya kawan-kawanku semua pun ramai yang tak kenal. Mungkin aku kenallah. Dia pernah berlakon bersama Tom Cruise dalam filem War of the World arahan Steven Spielberg. Tapi secara jujur dan ikhlas aku katakan mamat ni memang hampeh! Lawan macam haram, cakap pun macam baca saja skrip tu dan memek muka pun langsung tak ada 'feel'. Pelik betul macamana boleh jadi Pahlawan Saiya. Bukan dia ni seorang sajalah aku rasa macam haram, watak Chi Chi pun sama juga. harap tayang kuasa dua gunung sahaja lebih! Aku sudah tahu yang filem ini akan keluar sejak tahun 2002 lagi. Masa itu, otak aku selalu membayangkan Jackie Chan yang memegang wataknya. Tapi sayang...
Mungkin yang boleh menjadi harapan dan pengubat duka ialah kehadiran Chow Yun Fatt sebagai Master Roshi atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pendekar Penyu. Berlakon pun kira 'oraitlah' juga.
Tolak watak ke tepi, aku nak bincang pasal jalan cerita pula. Semasa mula-mula filem X-Men nak keluar panggung, aku teringin sangat nak tengok ke'real'an Wolverine dan Cyclops. Jadi ke tak jadi, sama ke tak sama dengan dalam kartun. Dan apabila keluar, memang tak syak lagi kehebatan mutan-mutan ini. Memang puas hati. Tetapi benda itu tidak terjadi dalam plot Dragonball Evolution. Di mana Son Go Ku dengan sikap gila-gilanya dan rambut yang sungguh unik? Satu lagi bila pula Go Ku pergi sekolah bai... Go ku adalah makhluk dari planet lain, planet Saiya. Tinggal di kawasan terpencil dan tak kenal erti bahaya. Kenaifan 'budak berekor' ni sampaikan perempuan pun dia tak kenal. Aku tak kisah kalau Hollywood bak ubah ceritanya. Tapi benda yang patut ada, mesti ada. Pertama 'ekor' Go Ku yang membolehkannya menjadi gorila bila terpandang bulan mengambang, kedua Kurin, sahabat baik Go Ku sewaktu berguru dengan Master Roshi dan ketiga cengkerang penyu yang selalu dipikul Master Roshi. Benda ini semua patut ada tapi hampeh di ketepikan begitu sahaja.
Kurin, watak yang menyebabkan Go Ku menjadi Super Saiya kelas kedua dalam siri Dragonball Z semasa menentang Fliza 'dihilangkan' begitu sahaja. Tidakkah pelik. Watak penting tu...
Dalam filem ni Picollo atau Pikor sebagai antagonis. Dari segi solekkan, aku tabik. Memang sama. Tapi apahal pula keluarnya sekejap sangat. Langsung tak rasa kekejaman dan kezaliman watak ni. Paling menyedihkan babak berlawan dengan Go Ku pun sekejapnya macam mata berkedip. Memang macam haram. Aku nak tengok dua-dua ni berlawan tapi sekejap sangat. Efek pun biasa-biasa saja. Semasa babak berlawan tu, terdapat kelemahan yang aku tengok macam baju yang Go Ku pakai tak koyak langsung walaupun dia dah berubah menjadi gorila. Tapi boleh dimaafkan lagilah.
Seperti biasa, cerita gempak-gempak macam ini pasti akan ada sekuelnya. Jadi tunggu sajalah sama ada Go Ku akan 'dibunuh' buat kali kedua atau tidak....


Rating : * * / * * * * *