Friday, April 22, 2011

Deja Vu : Bunuh Diri, Nombor Satu dan Video Blue

Sudah berapa hari aku mengalami fenomena ni.


Deja vu.


Aku tahu semua pernah alami fenomena ni. Kalau tak selalu, mesti kadang-kadang. Bila aku selalu kerap melaluinya, aku cuba riki-riki apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan fenomena ni hinggakan bijak pandai pun masih belum tahu keunikkan nikmat Tuhan yang satu ni.


Aku jumpa dalam wikipedia (orang cakap jangan percaya sangat dengan wiki-wiki ni.) :


Deja vu is the experience of feeling sure that one has already witnessed or experienced a current situation, even though the exact circumstances of the previous encounter are uncertain and were perhaps imagined.


Tak apa aku tahu, bukan semua mampu mengeja perkataan E.G.L.I.S.H.  E.N.G.L.I.S.H. Jadi, aku telah 'menggoogletranslatekan' bahasa ni.


Deja vu ialah pengalaman merasa yakin bahawa seseorang sudah menyaksikan atau mengalami situasi saat ini, walaupun keadaan yang tepat dari pertemuan sebelumnya tidak menentu dan mungkin dibayangkan.


Faham?


"Ermmm...."

Ok, tak apa kalau tak faham...

Fenomena ni berlaku apabila anda rasa benda tu  dah  pernah berlaku sebelum ni. Benda yang akan keluar secara tak langsung samada dalam hati atau keluar ikut mulut apabila anda mengalaminya adalah :

"Eh, macam pernah jadi lak benda ni...."

atau

"Eh, macam dah jadi jek..."

atau

"Eh, benda ni kan dah jadi. Bila ek?"

atau

"Eh...."

Faham?

Aku pun tak tahu nak terangkan macamana. Fenomena ni aku anggap macam nikmat dari Tuhan. Dia bagi kat kita. Syukur jek... Dah berapa hari benda ni berlaku pada aku secara berterusan. Aku tak tahulah orang lain. Benda ni selalunya berlaku masa aku tengok tv, terutamanya waktu berita. Berita yang keluar di tv tu macam.... Aku dah tengok semalam, dah tengok semalam semalamnya, semalam semalam semalamnya, semalam semalam semalam semalamnya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Berita ni,

"Eh, macam pernah jadi lak benda ni...."

Berita pasal dia ni,

"Eh, benda ni kan dah jadi. Bila ek?"

Dan berita ni,

"Eh...."

Aku pun pelik, kenapa semua berita yang aku tengok setiap hari sama. Kuat betul tenaga deja vu dalam badan aku ni.
Anak aku pun sampai kata, "Abah, tengok citer la....! Abah tak minat politik gila kan?"
Aku tukar channel, tengok Mr Bean.

Berapa kali ulang pun suka nikmat ni...

Terima kasih Google.

Thursday, April 21, 2011

Kata Bonda...

Semalam aku masa aku sedang leka menumbuk bawang untuk dibuat rencah cendawan masak bening, aku terdengar mereka berbual...








"Bonda, nape tak biarkan saya jek buat keje-keje ni? Kesian bonda... Kalau saya yang buat kan cepat, cabai tu pun senang jek lunyai."
















"Tak apalah... Bonda larat lagi. Lagipun kalau anakanda yang lunyaikan cabai ni, belum tentu sedap asam pedas tu nanti."










Aku diam jek... Malas nak campur urusan keluarga orang lain. Aku terus sambung tumbuk bawang tu sambil fikirkan hal lain, fikirkan kalau dapat RM50 juta, aku nak buka kilang lesung batu...

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011


Aku tak nak cerita banyak....

Borang ada ni. Kalau nak ikut, isi borang lepas tu hantar ke tempat yang sepatutnya.... Best wooo!!!