Hendak ku gapai namun semakin jauh,Dan hendak ku sentuh sukar nak dicapai,
Takut hilang sayang datang pula rindu,
Dan takut kerana rindu ada yang merana...
Takut hilang sayang datang pula rindu,
Dan takut kerana rindu ada yang merana...
-nyong-
Hendak ku gapai namun semakin jauh,
Akhirnya, dapat juga si budak tak cukup hormon ni anugerah paling dikehendaki oleh semua pemain bola sepak di dunia ini; anugerah Ballon d'Or!
Akhirnya, tamatlah riwayat kisah paling romantis pernah aku tengok ni. Nur Kasih yang aku ikut dari episod 1 merupakan sebuah drama bersiri lain dari yang lain. Banyak keistimewaan dalam kisah keluarga ini. Awal-awal lagi aku sudah terpikat bila melihat Jalaludin Hassan yang memegang watak Ustaz Hassan. Sebelum ini beliau banyak melakonkan lelaki korporat tapi berlainan kali ini. Membawakan watak seorang ayah yang tegas dalam didikan agama, Jalaludin mengingatkan aku pada ayahandanya, kebetulan sama namanya yang mana dulu aku sering saksikan di kaca tv dalam rancangan Iqra'.
Pelakon yang lain pun tidak mengecewakan. Paling aku minat pastilah Fizz Fairuz. Mamat ni aku minat sejak dia berlakon dalam drama bersiri Kekasihku Seru. Jika dalam drama berkenaan, Fizz bawa watak seorang lelaki yang alim dan dapat melihat benda-benda ghaib. Seolah-olah ada kesinambungan antara watak tersebut dengan wataknya dalam drama Nur Kasih. Menjadi seorang abang yang sering melindungi adiknya, seringkali berkorban semata-mata melihat orang lain bahagia.
Tapi, rasanya anda semua pun tahu kan kenapa aku memang minat cerita ini. Sebab palin utamanya ialah gandingan suami isteri yang menjadi tulang belakang drama ini. Siapa lagi kalau bukan Mira Mustapha dan Kabir Bhatia. Memang mereka berdua ni kalau kerja bersama dapat menghasilkan kolaborasi paling ideal. Macam aku dan si dia... Siapa? Anda tolong pilihlah antara Tizz dan Ayu Raudhah. Haha...
Filem : Anak Halal
Akhirnya Mc berjaya juga melunaskan kesemua impian dan targetnya pada tahun ini. Setelah menyertai ketiga-tiga siri University Duathlon, dia mencuba nasib pula di arena paling besar Powerman MALAKOFF yang berlangsung di Manjung, Lumut.

Rasanya kami bernasib baik sepanjang berada di sini. Bagi aku sendiri, orang di sini tidak sombong dan baik-baik belaka. Ketika kami sedang berehat-rehat di depan pintu dewan, dua orang pak cik datang dan bersembang dengan kami. Mereka juga menawarkan sebuah bilik kosong di situ untuk dijadikan tempat beradu kami. Alangkah senangnya dalam hati kami. Ibarat mengantuk disorongkan bantal pula.
So, lepas solat subuh kami bersiap-siap ke venue acara. Perghh... Memang dahsyat-dahsyat peserta kali ini. Basikal-basikal yang digunakan pun bukan calang-calang. Benda ni ni semualah yang membuatkan aku dan Hadi tak sabar untuk memiliki sebuah racing bike satu hari nanti.
Dalam pertandingan kali ini, Mc perlu berlari sejauh 11 kilometer, disambung dengan berbasikal sejauh 64 kilometer dan diakhiri dengan berlari sekali lagi sejauh 10 kilometer. Dia berjaya mencapai targetnya iaitu menghabiskan acara tersebut di bawah masa 5 jam. Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman blognya sendiri...
Filem : Papadom
Papadom bukanlah sebuah kisah makanan kegemaran ramai semata-mata tetapi Adflin berjaya menggarap kisah ini menjadi lebih menarik hanya berpandukan subjek papadom. Jarang pembikin filem negara menggunakan idea seperti ini dalam karya mereka. Mungkin betul juga kata CEO Media Prima, Datuk Farid Ridzuan; di Malaysia hanya Afdlin yang berani buat cerita ikut acuan Hollywood.
Kata Afdlin dalam blognya, beliau menghasilkan Papadom selepas dia terfikir akan kesibukkannya hingga hampir mengabaikan keluarganya. Sebab itulah, beliau menyarankan agar pada sesiapa yang menonton filem ini, hubungilah sesiapa saja yang disayangi dan nyatakan rasa sayang itu.