Tuesday, May 25, 2010

Benda yang Selalu Terjadi Ketika Peperiksaan

Bagi yang pernah menduduki peperiksaan, pasti pernah lalui perkara-perkara macam ni kan. Apa dia? 


Pertama : Keluar soalan sebiji-biji dengan apa yang anda baca
Perghhh... Masa ni memang terasa heaven gila lah. Betul tak? Tak tengok kiri kanan. Menulis saja. Apa yang terlintas di fikiran semua ditulis. Markah semua tu. Ada isi, hati dah tak risau soal lulus ke tak. Hahaha... Kawan sebelah yang terkial-kial tak tahu apa-apa minta jawapan pun cakap nanti dulu, nak siapkan. Siap semua baru bagi. Member pun senyum saja. Bila dah siap, angkat tangan, cakap pada pengawas, "saya nak keluar, dah siap...." Terkebil-kebil member tengok.


Kedua : Keluar soalan yang anda baca tapi anda terlupa jawapannya
Memang bila jadi macam ni, kita boleh tension. Serius! Punyalah malam tadi berhempas pulas nak ingat benda tu, bila dah ingat boleh lupa pula. Nak tahu orang yang mengalami masalah ni senang saja. Mangsa akan meletakkan kepala di atas meja atau mengurut kepala atau mendongak ke atas sambil mengeluh atau tengok keluar dewan peperiksaan dengan dahi berkerut-kerut. Tension lah katakan. Kalau anda nampak dia mula menulis semula, sama ada dah dapat jawapan yang dicari atau... Hentam sajalah labu!


Ketiga : Keluar soalan yang anda tak baca
Masalah macam ni sama ada terlepas pandang pada bahagian yang ditanya atau memang tak ulangkaji langsung. Haha... Kalau macam ni senang saja nak tahu orangnya macamana. Sama ada dia tengok saja kertas tu dengan muka yang sangat innocent atau menekup muka dengan tapak tangan atau dia angkat tangan dan kata pada pengawas, "encik,nak pergi tandas...." atau  pandang kiri dan kanan, jaga-jaga pasal nak keluarkan makhluk halus. Hehe...


Aku dah habis periksa. Setakat jawab tu bolehlah tapi betul ke salah ke tak tahu nak cakaplah... Ah, aku tak peduli, tak nak fikir semua tu. Sekarang aku nak fly pergi Spain, nak jumpa Fabregas dan kata, "Gas, aku suka kalau ko pergi Barca sebab dalam darah aku pun ada Barca macam ko, tapi aku harap ko jangan tinggalkan Arsenal..."

8 comments:

WaLk said...

pe2 pn prepare awl2..
seterusnya usha bersungguh-sungguh..:)

cik panadol said...

ade jugak terjadi dimana soalan tu ade 2-3 pilihan jawapan yag sama!(cikgu salah taip haha)

walaupun semua jawapan tu betol, tp soalan cmtu buat sy pening kepala nk pilih yg mana satu jawapan yg 'benar2 betol' sbb semua betol!!

hurmmmmm

jfook said...

Bingo!

nyOng.is.me said...

walk: tol2...prepare jek. sbnrnye bila dh baca tu bru rasa konfiden sket...
cik panadol: haha...kalu bnda mcmn tu jd,tu yg syok. sng2 jek dpt markah free...huhu...
soklan objektif yg paling xsyok bila sumer jawapnnye dibaca skali imbas mcm sama...

nyOng.is.me said...

jfook: agak2 la...which one yg slalu kita lalui ya??? hehe...

cryclown said...

hahahha....
?

Q-SHA 57 said...

sesuka hati kau je nk ckp kat Fabre g Barca, aku x setuju part yang 2, biar Fabre jd legend dlu mcm Henry, keluar sbg hero...,

nnti aku ulas ttg berita Fabre kat anb57.blogspot.com
tungguuuuuu...,

nyOng.is.me said...

mizi: aku suka fabregas g barca...tp nnt dlu la. tgu xavi pencen. hehehe...