Monday, May 17, 2010

Maaf ya, Che Gu Terlupa. Cantik Kamu Lukis...

Dari jauh aku dengar kawan-kawan bersorak gembira. Suaranya jelas sekali datang dari bilik TV. Aku senyum sajalah di depan laptop di dalam bilik. - Barca menang la tu!
Aku malas nak tengok. Bukan apa. Sudah beberapa kali aku katakan, aku sudah melantik diri aku sendiri sebagai seorang peminat berani mati Catalan. Noktah! Jangan disangkal. Cuma malam ni aku tak ada mood nak tengok bola walaupun perlawanan tersebut merupakan penentu untuk tempat teratas La Liga antara Barca dan Real Madrid.
Aku lebih senang duduk mengadap laptop Mc, teman sebilik, sekatil dan sebantalku ini, laptop ku jarang sudah ku buka, sejak kami mula dijangkiti virus chat beberapa minggu sudah. Haha...


Sedang asyik membaca blog beberapa kenalan, aku teringat dua perkara. Pertama, aku teringat bahawa umur aku sudah semakin tua, semakin pendek. Ingatanku juga semakin lama semakin berat bebannya, kerap kali terlupa. Dan kedua, benda yang aku lupa adalah tentang lukisan yang paling aku suka, nukilan muridku di SK Methodist (ACS). Aku terlupa janjiku pada mereka, dua lukisan terbaik akan ku pamerkan di ruangan coretan aku ni Bukan itu saja, mereka juga akan kuberi hadiah. Adoyai... Maafkan Che Gu, anak-anakku... Che Gu dah tua.


Lukisan ini aku saja suruh mereka lukis, pasal aku tak tahu nak buat apa untuk masa ganti (relief) seorang Che Gu yang tak hadir hari tu. Tema yang diberi - BEBAS. Dan mereka semua berjaya menghasilkan apa yang mereka fikirkan.
Dua lukisan yang aku pilih, sewajarnya pujian menggunung patut aku berikan. 


Apa yang aku tahu tentang seni lukis? 


Haha... Tak banyak, tapi soal menilai mungkin aku boleh memberi pendapat ku sendiri kerana seni itu abstrak. Lain orang,lain pendapat.


Kenapa Lukisan ini? 
Anda boleh terfikir, mampukan murid sekolah rendah berfikiran jauh untuk menghasilkannya. Dulu aku pun belum tentu mampu melakukannya. Subject matter yang digunakan mudah, tapi aku salute dengan permainan warna dalam lukisan ini.




Pertama, lukisan ini dilukis oleh Elaine Chai Yin Ning. Mudah. Secara kasar mungkin boleh lihat dia hanya melukis payung. Apa yang istimewanya? Payung hanya sebagai subjek tapi cuba dilihat dari segi penggunaan warnanya. Aku pun tak terfikir dia akan gabungkan pelbagai warna dalam lukisan payung itu. Jauh berbeza dengan payung lain. Cerdik bukan?






Kedua, lukisan yang dilukis oleh Naveen Kumar. Lagi hebat. Bersubjekkan bulat, mungkin sebab itu tajuk lukisannya 'Circle'. Sama seperti lukisan Elaine, Naveen cuba bermain dengan warna. Pelbagai warna digabungkan, cukup harmoni. Apa lagi hendak dikatakan? Lukisan ini memang ada nilai estetika yang tinggi.


Tahniah, anak-anakku...


Apa yang aku belajar dulu, sesebuah lukisan boleh dinilai secara terus dari segi kekemasan tetapi dari segi idea, konsep dan atau maksudnya, ia terlalu abstrak untuk dirungkai.
Pelajar Terbaik SPM bagi subjek Pendidikan Seni Visual - teringat buku cerita yang ku buat untuk projek kerja kursus Pendidikan Seni Visual SPM. Terima kasih Che Gu Pauzi.