Saturday, March 27, 2010

Bahagian 2 : KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2010 (23:46)

Pagi tu kami bangun awal, tak nak telat untuk ke KL Tower. So, lepas mandi dan solat kami pun menuju ke destinasi. Mula dari sini jantung aku tak menentu berdegup. 
Sampai di stesen Dang Wangi, sebatang demi sebatang winston biru menjadi penenang jiwa kacau. Dalam hati memang rasa nak tarik diri tapi mengenangkan RM40 yang sudah dilayangkan, tak apalah, redha saja.
Seawal 6.30 pagi, perkarangan KL Tower dah penuh dengan orang. Tapi mata tetap ligat mencari sesuatu, bukan pesaing tapi awek yang boleh dijadikan 'teman' semasa mendaki nanti. Haha... Ramai woo... Nasib baik aku bukan macam Mc.
Setelah mendaftar dan sarapan, aku pun siapkan diri. Warm-up jangan lupa. Biar lambat asalkan tak cedera nanti. Naik tangga dengan naik bukit lain. Kalau bukit tu aku boleh gagah lagi, tapi naik tangga ni cepat menangkap pada betis dan paha. So, warm-up dan streching kena betul. Kalau tak menangis nanti. Penganjur juga mengadakan aktiviti senamrobik pagi tu, malangnya ramai yang tak ikut walaupun aku, Mc dan Amirul macam orang gila menari poco-poco di belakang sana.

Sebelum mula memang aku selesaikan apa yang belum selesai. Takut nanti dah lari mula lah terfikir macam-macam, hati pun tak senang. Beg-beg semua disimpan di tempat yang disediakan pihak penganjur. Cuma bila menyentuh bab air kecil dan air besar ni rasa tak seronok pula. Penganjur memang dah sediakan tandas mobile untuk peserta. Malangnya tak berapa praktikal lah tapi lebih baik ada daripada tak ada. Peserta pun ingat-ingatlah bahawa tu tandas awam. Cara-cara nak jaga tu rasanya tak payahlah nak sebut kot. Sendiri mau ingat lah... Jadi, terpaksalah, kami berebut untuk 'menenangkan' diri di dalam tandas SHELL berhampiran. Lega rasanya...
Kategori kami bermula pada 8.30 pagi. Kami perlu berlari lebih kurang 300 - 400 meter menuju ke pintu masuk KL Tower sebelum memulakan aktiviti mendaki tangga. Ketika berlari di luar menara, aku cuba mempercepatkan langkah sebab aku fikir masa tu lah aku nak curi masa dan nak potong peserta lain. Pasal nanti kalau dah berada di tangga memang susah nak buat benda tu. 
Tengah sedap-sedap lari tu aku tengok dah ada peserta (kategori A fasa 1 dan 2) dah ada yang turun. Pelik ada, salute pun ada. Mc cakap tahun lepas pelari Kenya berjaya buat dalam masa 30 minit. Ni orang Malaysia pun boleh buat. Wah, bangga woo...!
Sampai di tangga, aku hanya berjalan. Keadaan sesak dan tangga kecil membataskan pergerakan aku. Tapi nak buat macamana, kena pandai cari 'lubang' lah kalau nak cilok. 
Disebabkan aku telah mengambil 'ubat' penenang berjenama winston biru melebihi dos tadi, nafas aku agak terganggu. Ditambah dengan peredaran udara berada pada tahap rendah di situ. Tapi bila fikir nak cepat sampai, semua tak jadi masalah. 
Apa yang menarik, aku belajar sesuatu di sini. Walaupun peserta ada yang tidak kenal antara satu sama lain, tapi tidak menjadi masalah untuk memberi semangat sesama sendiri. Malaysian is nice, dude!
Dan akhirnya aku sampai di deck dengan catatan tak rasmi 23 minit 46 saat. Keputusan yang agak mengejutkan. Aku buat bawah 30 minit... Jauh dari sasaran aku, Mc dan Mirul untuk buat di bawah 1 jam 30 minit. 
Bagi menghilangkan penat, kami bertiga sempat berjalan-jalan di pelantar pemandangan, melihat keindahan ibu kota sambil menunggu lif sampai untuk membawa kami turun. Takkan nak turun lalu tangga juga. Tergolek aku... Haha...
Towerthon 2010 membuat sejarah baru bagi aku untuk melibatkan diri dalam sukan seumpamanya. Jika tahun lepas aku berjaya menyertai duathlon, tahun ni banyak lagi aku nak buat. InsyaALLAH (dengan izin ALLAH).
Sebelum pulang, kami sempat singgah di Pasar Seni. Bertuah hari tu sebab kami dihiburkan oleh kumpulan Bali-Bali. Siap dendangkan lagu untuk kami lagi, APO NAK DIKATO!
"Semasa saya mendaki, saya sudah hilang tenaga tetapi bekalan semangat saya masih banyak untuk bawa saya ke atas!" - Nyong



Nak baca lagi : Masquarade / Tentang Aku... / Bernama / Running With Passion
Lari, lari juga... Jangan lupa matlamat utama program ini. SELAMATKAN HUTAN! HUTAN ANUGERAH YANG TIDAK TERHINGGA UNTUK KITA!

Bahagian 1 : KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2010 (23:46)

Memang kalau difikirkan secara logik, mampukah aku nak panjat menara setinggi tu? Boleh sampai tak ke deck? Sepanjang hidup aku hanya 2 kali aku ke Menara KL. Pertama kali ketika aku darjah 4. Masa tu aku dapat merasa naik sampai ke pelantar pemandangan dengan menaiki lif. Kali kedua aku naik 2 tahun lepas tapi masa tu aku hanya sempat berjalan-jalan di City Forest (Bukit Nanas).
Dan kali ini aku berdepan dengan ujian getir untuk naik hingga ke deck melalui 2058 anak tangga! Bagi aku memang kerja gila. Latihan tak cukup, makan tak jaga... 
Perjalanan bermula pada petang 21 haribulan. Memandangkan aku, Mc dan Amirul tak ada transport nak pergi pada hari pertandingan, terpaksalah pergi awal dan tidur di mana-mana berhampiran KL Tower. Pengalaman biasa bagi kami. Destinasi yang dipilih adalah 'hotel' kaki lima KL Central. Senang kalau lepak situ. Tandas ada, keselamatan pun InsyaALLAH terjamin.

Sampai saja KL dari Seremban, kami merayau-rayau dulu di ibu kota cosanostra ini. Times Square, Bukit Bintang 'pot' biasa tengok apa itu 'nikmat'. (Menulis sambil tersengeh jahat!) Saja cuci mata, mana tahukan ada benda menarik untuk ditonton. Makan Malam? Boleh tahan mengeyangkan. Selain juadah mamak berhadapan dengan Berjaya Times Square, Mc dan aku menyental lagi nasi impit bekalan dari Seremban. Amirul, gagal melayan keganasan perut kami. Haha...
Sebelum ke destinasi penginapan lima bintang, kami menyusun langkah menuju ke KL Tower. Saja nak 'berkenalan' dengan suasana di sana sebelum hari kejohanan. Mc sempat jugalah berkenalan dengan beberapa orang, baik urusetia mahupun peserta yang juga sudah tiba awal. Aku dan Amirul, ambil gambar nak buat koleksi.
Hotel 'kaki lima' KL Central memang tempat yang selesa bagi aku. Walaupun beberapa kali terjaga, tapi syukurlah boleh 'hidup' dengan aman di situ. Paling menarik dapat tengok pe'el dan gelagat orang ramai. Lawaknya, pada jam 3 pagi sewaktu aku ke tandas berselisih pula dengan dua orang awek clubbing kot. Seorang sedang jaga line dan seorang lagi sedang menukar seluar betul-betul di depan laluan masuk ke tandas! Tandas sedang diselenggara masa tu, lampu pon ditutup. Agaknya mereka takut nak masuk dalam, tu yang sampai buka skirt, tukar jeans depan tu. Adoyai... Nasib baik masa tu dia dah pakai seluar, kalau tak... Tak naik menara lah aku esok. Haha...
bersambung...

Tuesday, March 23, 2010

Jangan Dongakkan Kepalanya!

"Che gu! Hidung Lai berdarah!"
Berhenti aku melihat seorang anak kecil di sebelahku. Cepat-cepat aku pergi ke arah murid yang mengalami pendarahan hidung tu. Risau jadi apa-apa pula nanti. Aku juga yang kena jawab pasal aku che gu yang paling dekat dengan mangsa.
Aku tengok darah masih mengalir. Mmmm... Cari benda sejuk! Nasib baiklah masa-masa ni datang idea yang bernas.

"Kamu tolong che gu basahkan tuala ni..." Pintaku pada kawan si mangsa. Tuala itulah yang akan dijadikan agen penyejuk pada hidung mangsa.
Walaupun tak pernah berhadapan dengan masalah seperti ini, tapi aku tahu keadaan yang terlalu panas menyebabkan hidung mangsa berdarah.

"Kenapa ni?"
"Hidung dia berdarah..."
Jawabku pada seorang guru senior. Goyang juga aku masa tu, takut-takut kalau dipertanggungjawabkan. Guru besar pun ada.
"Dongakkan kepala kamu," arah seorang guru kepada mangsa. Aku terdiam. Nak tegur ke tak nak yek... Tak tegur, kasihan pula pada muridku itu. Kalau ditegur, dikatanya aku tunjuk pandai. Ishh... Payah betul lah...

"Minta maaf che gu," aku cuba mengatur ayat supaya tiada yang terasa. "Kalau ikutkan, jangan didongak kalau hidung tu berdarah."
"Habis tu, macamana?"
"Just suruh dia tutup dengan kain tuala basah ni, bagi sejuk. Dia panas sangat ni."
Boleh tak dia terima jawapan aku ni.
"Haah... Biar saja." Nasib baiklah ada seorang che gu lagi back-up aku. Lega... "Kalau dulu guna sirih jek, sumbat kat hidung tu. Sirih kan sejuk."

Selamat aku. Nasib baik semua boleh terima apa yang aku kata. Jadi, jangan sesekali dongakkan kepala kalau hidung berdarah. Agak berisikolah kalau buat macam tu. Biar saja darah tu keluar. Nanti ia berhenti juga. Cara paling mudah, basahkan tuala, lekapkan pada lubang hidung. Air tu kan penyejuk. Sebab tu sebenarnya tak elok letak ubat gigi kalau kulit melecur. Ubat gigi tu alkali. Lebih elok gunakan air sebab air tu neutral dan menyejukkan. Faham kelasss!!!