Saturday, May 29, 2010

Surat Untuk Doktor Yang 'Nakal'!



Jam 2.00 pagi...

Baru balik dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Salah seorang sahabat aku mengadu sakit dada. Badannya lemah. Takut juga aku melihatnya. Mmmm... Satu saja terlintas di fikiranku, pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 
Sampai betul-betul di hadapan pintu masuk kecemasan dengan bantuan kereta 'Decepticon' milik  Anep The Sleeping Prince, aku menyuruh Acai The Master of Puppet cepat-cepat panggil doktor di dalam. Aku takut tengok sahabatku. Dia cukup lemah. Nak bercakap pun tak mampu. 
Keluar seorang yang aku agak hanya sekadar MA. Boleh tahan... Oppss.. Bukan handsome, tapi boleh tahan berlagaknya. Lelaki Cina (bukan racisme yek!). Datang terus menepuk sahabat.
"Hei, bang! Apahal? Sakit apa?" Bodoh! Kalau tahu sakitnya, tak datang sini lah 'brader'! Aku tak kisah kalau dia nak kejut ke apa ke, tapi tepuk tu bagi hormat sikit yek. 
"Sakit dada," lemah saja sahabat menjawab. Sahabat pun memang penyabar orangnya. Jenis layan saja orang macam ni. Aku yang tengok pula rasa macam nak gigit saja tengkuk dia, lepas tu hisap darah dia derma pada orang yang memerlukan.
"You ada sakit ke sebelum-sebelum ni?" Sahabat menggeleng. "Pergi ambil kerusi roda." Disuruhnya pula salah seorang pembantunya. Serius, aku berbulu saja tengok 'apek' ni. Aku cuba cari tanda nama dia, saja nak 'berkenalan'. Senang sikit nak isi borang aduan nanti. Tak jumpa pula. Tak beretika betul 'apek' seorang ni.
"Dah you bangun, duduk atas kerusi. Bangun! Bangun!" Makin kurang ajar tu. Aku ingat dia nak tolong papah ke apa ke. Aku tengok macam tu, aku saja tarik kerusi roda hingga terkena 'apek' tu. Mampus kau lah!
Aku papah sahabat, tolak masuk dalam.

Tunggu agak lama juga untuk berjumpa doktor selepas buat pemeriksaan saringan. Sahabat pula dah makin lemah. Terlentok dia sambil memegang dada di atas kerusi roda. Ada juga lah seorang makcik berbangsa India menyapa kami, bertanya masalah. Ramah. Macam itulah 1 Malaysia. Betul tak Tok Najib?
Mungkin sebab dah lama sangat tunggu, seorang abang lengkap berpakaian askar datang. Rupanya dia dah lama perhati sahabat. 
"Kenapa ni? Kenapa tak masuk lagi?" Loghat macam orang Malaysia Barat. Kami menggeleng saja, tak tahu nak jawab apa. Dah prosedur pergi hospital, bukan kena jumpa doktor, kena menunggu. Nama saja bahagian kecemasan. Tak cemas langsung!
Dengan bergaya, abang tu masuk bilik doktor kemudian keluar balik dan panggil sahabat. Perghh... Salute lah sama abang tu. Aku tak berapa ingat namanya yang tersemat di seragamnya. Tahniah lah Tok Najib! Berjaya juga melahirkan pejuang untuk rakyat.
Sampai dalam, masa pemeriksaan dijalankan, aku menemani sahabat. Berangin lagi aku masa ni. Serius layanan buruk! Buat malu nama Almarhum Tuanku Ja'afar saja orang-orang macam ni. Ish... Ish...

Aku pun pelik apahal benda-benda macam ni jadi. Mereka ni tertekan ke kena kerja malam? Teringat bini atau laki di rumah? Tu yang kahwin, yang tak kahwin lagi, ingat apa pula? Hah, siapa suruh jadi doktor. Aku rasa kalau nak jadi doktor kena buat ujian mental dan sivik lah. Baru kena pasal mereka ni kena berhadapan dengan pelanggan. 
Sebelum balik aku sempat juga tengok piagam pelanggan yang mereka buat perhiasan di dinding. Nak suruh dinding baca lah tu.

Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, mesra dan bertimbangrasa dengan penuh ikhlas.
Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secepat mungkin secara profesional.

Ayat ni bukan aku yang reka, 'mereka' yang buat. Jadi, mereka yang kena ikut! Entah apa-apa... Tak larat jadi doktor, jangan jadi dah. Bagi pada mereka yang layak ni. Berlambak lagi orang yang layak jadi doktor. Aku? Tak mahulah...
Aku cari juga borang aduan atau borang penilaian untuk mereka ni. Tak jumpa pula. Kata Mat, memang macam tu. Borang tu, mereka hanya akan bagi pada orang tertentu saja. Chett... Macam haram!

Tak cemas pun... 


Nasib baik aku tak jadi doktor. Kalau aku jadi doktor, mesti aku asyik kena maki saja kan... Haha... Aku bukan doktor tapi aku memang diajar dari kecil supaya menghormati pesakit. Jadi, kepada doktor-doktor yang tak pandai lagi cara nak senyum dan hormat pesakit, boleh berjumpa dengan aku!
Maaflah... Tak pernah aku marah dalam coretan sebelum ni! Huh, hati sudah bengkek la katakan... Rosakkan hari aku betul lah. Tengok... Pasal orang-orang macam ini lah, rosak nama doktor yang baik-baik di Malaysia ni.

Friday, May 28, 2010

Diet? Kena Cara Baru Betul...


Stomach Ache by DGolden




Sekarang ni kalau kita dengar orang nak diet, dalam kepala otak kita mesti kita akan fikir, "ooo... Mesti dia sampai tak makan, kan."
Mmm... Betul ke kalau nak diet kena sampai tak makan? Paling 'koman' pun sampai tak makan nasi, makan roti atau buah saja. Makan malam pun sampai tinggal. 
Kalau difikirkan, setakat kita tak makan belum tentu kita boleh kurus, betul tak? Sepatutnya kita kena diajar untuk bersukan. Bagi seimbanglah katakan. Sebab tu ada subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. Jangan sesekali pandang rendah subjek ni. 


Semalam Judin datang bilik aku, mengadu pada Wan kerana perutnya tak berapa nak sedap. Hahaha... Tak tahulah dia masak apa perut dia tu sampai rasa tak sedap. 
Kata Judin, masa makan tengahari ada yang menegurnya, kalau dah ambil ayam jangan pula makan ikan. Mmm... Pasal dua-dua dah masuk dalam pinggan, tibai sajalah. 


Aku ada juga terbaca pasal benda-benda ni dulu. Kalau tak silap aku dalam ikan ada ion negatif dan dalam ayam ada ion positif. Kalau kita dah telan dua-dua, tak ke bercampur aduk dalam perut tu. Sebab tu kita selalu sakit perut. 
Nabi S.A.W. sepanjang hidup baginda tak pernah sakit perut. Sebab apa? Sebab baginda pandai menjaga makan. Nak tahu diet yang baginda selalu amalkan. Aku tak tahu sumber ni betul ke tak... Wallahualam. Tapi kalau dibaca dan direnungkan, mesti boleh buat kita terfikir.


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU (KOKTEL)
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. 


Mmm... Fikirlah sendiri. Benda-benda macam inilah yang selalu kita amalkan. Memang susah untuk kita nak ubah, tapi macam yang aku selalu kata; KITA INI TAK SEMPURNA TETAPI KALAU KITA BERUSAHA UNTUK KE ARAH KESEMPURNAAN ITU SUDAH MEMADAI.

Are You The One (Timo Tolkki)

Broken Heart by Bambr

Are you the one?
The traveller in time who has come
To heal my wounds to lead me to the sun
To walk this path with me until the end of time
Are you the one?
Who sparkles in the night like fireflies
Eternity of evening sky
Facing the morning eye to eye
Are you the one?
Who'd share this life with me
Who'd dive into the sea with me
Are you the one?
Who's had enough of pain
And doesn't wish to feel the shame, anymore
Are you the one?
Are you the one?
Who's love is like a flower that needs rain
To wash away the feeling of pain
Which sometimes can lead to the chain of fear
Are you the one?
To walk with me in garden of stars
The universe, the galaxies and Mars
The supernova of our love is true

Aku cuba tak mahu mengalah tapi lagakku mungkin ibarat seorang yang terlalu tamak. Tak apalah, mungkin sudah masanya. Aku akan lepaskan apa yang mungkin bukan milikku semata-mata untuk kebahagiaannya. Semoga aku kuat....

Thursday, May 27, 2010

Tuesday, May 25, 2010

Benda yang Selalu Terjadi Ketika Peperiksaan

Bagi yang pernah menduduki peperiksaan, pasti pernah lalui perkara-perkara macam ni kan. Apa dia? 


Pertama : Keluar soalan sebiji-biji dengan apa yang anda baca
Perghhh... Masa ni memang terasa heaven gila lah. Betul tak? Tak tengok kiri kanan. Menulis saja. Apa yang terlintas di fikiran semua ditulis. Markah semua tu. Ada isi, hati dah tak risau soal lulus ke tak. Hahaha... Kawan sebelah yang terkial-kial tak tahu apa-apa minta jawapan pun cakap nanti dulu, nak siapkan. Siap semua baru bagi. Member pun senyum saja. Bila dah siap, angkat tangan, cakap pada pengawas, "saya nak keluar, dah siap...." Terkebil-kebil member tengok.


Kedua : Keluar soalan yang anda baca tapi anda terlupa jawapannya
Memang bila jadi macam ni, kita boleh tension. Serius! Punyalah malam tadi berhempas pulas nak ingat benda tu, bila dah ingat boleh lupa pula. Nak tahu orang yang mengalami masalah ni senang saja. Mangsa akan meletakkan kepala di atas meja atau mengurut kepala atau mendongak ke atas sambil mengeluh atau tengok keluar dewan peperiksaan dengan dahi berkerut-kerut. Tension lah katakan. Kalau anda nampak dia mula menulis semula, sama ada dah dapat jawapan yang dicari atau... Hentam sajalah labu!


Ketiga : Keluar soalan yang anda tak baca
Masalah macam ni sama ada terlepas pandang pada bahagian yang ditanya atau memang tak ulangkaji langsung. Haha... Kalau macam ni senang saja nak tahu orangnya macamana. Sama ada dia tengok saja kertas tu dengan muka yang sangat innocent atau menekup muka dengan tapak tangan atau dia angkat tangan dan kata pada pengawas, "encik,nak pergi tandas...." atau  pandang kiri dan kanan, jaga-jaga pasal nak keluarkan makhluk halus. Hehe...


Aku dah habis periksa. Setakat jawab tu bolehlah tapi betul ke salah ke tak tahu nak cakaplah... Ah, aku tak peduli, tak nak fikir semua tu. Sekarang aku nak fly pergi Spain, nak jumpa Fabregas dan kata, "Gas, aku suka kalau ko pergi Barca sebab dalam darah aku pun ada Barca macam ko, tapi aku harap ko jangan tinggalkan Arsenal..."