Sunday, April 11, 2010

Aku Lapar ; "Mc nak megi..." (dengan nada paling romantis)

Aku belum mampu nak ulas kekalahan bergaya Kedah, tapi... Serius aku lapar lepas tengok game tu. 
"Mc, aku lapar... Nak megi." Habis romantik suara aku mencairkan hati Mc. Tapi aku silap. Dia bukan yang cepat cair tetapi memang hati dia lembut. 
"Kejap lagi aku masak megi," jawabnya.
Sekali lagi aku cakap, aku bukan membuli. Kali ini aku hanya mahu menguji kecekapan dia menyediakan makanan paling sedap hanya dengan menggunakan mee segera. Dan resepi yang dia gunakan, memang yang terbaik pernah aku makan! Habis licin aku kerjakan!
Mee segera goreng yang direbus dengan bawang! Terbaik dari ladang!