Thursday, January 14, 2010

Ampu sampai mampus!

Orang selalu kata, kalau nak cepat naik pangkat atau naik gaji, senang saja. Kenalah pandai ambil hati bos. 'Ngendeng-ngendeng' sikit, apa yang kita harap naik, akan naik... Betul ke?
Tapi benda ni kenalah tengok bos tu jenis macamana. Kalau jenis cepat cair, tak ada hal. Kena pula yang jenis yang tak makan saman, sampai kiamat pun tak nak gaji lah jawabnya.
Emm... Kalau aku seorang bos, aku bos yang macamana ek? Jawapannya, aku tak mahu jadi bos! Haha... Tak tahulah kenapa. Dulu masa di sekolah rendah dan sekolah agama, memang selalu jadi ketua darjah. Masuk sekolah menengah pula, form 1 aku jadi ketua tingkatan. Lepas tu senyap. Cikgu Azman yang masa tu merupakan cikgu disiplin cukup angin dengan aku pasal aku tak mahu jadi pengawas. Hehe... Entahlah, macam membebankan pula rasanya bila pegang jawatan besar-besar ni.
Bila masuk institut, paling tinggi aku pernah jadi ketua unit untuk tempoh satu jam saja sebelum dialihkuasa kepada Wan.

Macamana pula kalau aku jadi kuli kepada seorang bos? Kuli yang macamana agaknya aku ni? Emm... Aku bukan kaki ampu! Jangan harap aku nak 'ngendeng-ngendeng' bos aku untuk dapat apa yang orang ramai selalu inginkan. Yang penting aku buat kerja aku, cukup lah...

Apa tu 'ngendeng'? Cari maknanya sampai mampus!

Sunday, January 10, 2010

aL-ikhsaN di Kota Tinggi!

Haha... Siapa berani cakap bandar Kota Tinggi sekarang dah ketinggalan zaman. Sekarang siap dah ada aL-ikhsaN lagi tau! Gempak siyot! Lepas ni tak payahlah aku nak mesej-mesej Anep The Sleeping Prince untuk menemankan aku ke aL-ikhsaN JB. Maklum sajalah, hati sedang berbunga, mana boleh kacau kan... Kan?
aL-ikhsaN Kota Tinggi berlokasi bersebelahan dengan Kip Mart. So, tak susah jugalah nak mencari.

Kaki aku mula melangkah masuk ke situ pada minggu kedua ia dibuka. Mmm... Senyap saja hari tu. Tak tahulah apa pasal.

"Minggu first macam apa sibuknya, sampai tak cukup tangan. Masuk minggu kedua, sampai tak ada kerja nak buat!" Keluh seorang brader yang menjaga kaunter tu. Aku senyum saja. Biasalah, kedai baru buka. Masa baru buka memang ramai, dah makin lama makin senyap... Adalah silapnya tu. Harga mahal kot, tak pun barang tak up-to-date, tak pun sebab tak ada pelaris yang menghiasi muka pintu kedai tu. Nak niaga pun kena pandai main politik sekarang... Haha...

Tak faham, bila banyak kerja marah, bila tak ada kerja mengeluh pula. Apa hal?

Seminggu Sudah

Seminggu sudah aku berada di institut. Rasanya tak ada yang menarik sangat untuk dibicarakan. Macam biasa, kerja sudah makin bertambah, tambah praktikum lagi. Mmm... Tak apalah. Fikir setahun saja lagi.
Laptop pun dah makin uzur. Asyik sangkut-sangkut saja. Kalau ikutkan hati memang nak beli baru tapi fikirkan laptop ni dah banyak jasa pada aku, guna dulu lah sampai habis belajar nanti.
Sampai saja di institut minggu lepas, kebanyakkan rakan-rakan yang lain tak dapat menerima kenyataan bahawa mereka perlu menukar bilik. Ada yang dari aras 1 naik ke aras 4, dari aras 4 turun ke aras 2 dan macam-macam lagi. Pelajar perempuan pula siap kena tukar blok lagi. Aduhai, kasihan sungguh...
Aku pun tak berapa nak faham kenapa pihak atas nak buat macam tu. Tapi aku tak nak cakap banyak-bayak tentang hal ni. Tak pasal-pasal aku pula yang kena nanti.

Setahun lagi...