Saturday, May 29, 2010

Surat Untuk Doktor Yang 'Nakal'!



Jam 2.00 pagi...

Baru balik dari Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Salah seorang sahabat aku mengadu sakit dada. Badannya lemah. Takut juga aku melihatnya. Mmmm... Satu saja terlintas di fikiranku, pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan. 
Sampai betul-betul di hadapan pintu masuk kecemasan dengan bantuan kereta 'Decepticon' milik  Anep The Sleeping Prince, aku menyuruh Acai The Master of Puppet cepat-cepat panggil doktor di dalam. Aku takut tengok sahabatku. Dia cukup lemah. Nak bercakap pun tak mampu. 
Keluar seorang yang aku agak hanya sekadar MA. Boleh tahan... Oppss.. Bukan handsome, tapi boleh tahan berlagaknya. Lelaki Cina (bukan racisme yek!). Datang terus menepuk sahabat.
"Hei, bang! Apahal? Sakit apa?" Bodoh! Kalau tahu sakitnya, tak datang sini lah 'brader'! Aku tak kisah kalau dia nak kejut ke apa ke, tapi tepuk tu bagi hormat sikit yek. 
"Sakit dada," lemah saja sahabat menjawab. Sahabat pun memang penyabar orangnya. Jenis layan saja orang macam ni. Aku yang tengok pula rasa macam nak gigit saja tengkuk dia, lepas tu hisap darah dia derma pada orang yang memerlukan.
"You ada sakit ke sebelum-sebelum ni?" Sahabat menggeleng. "Pergi ambil kerusi roda." Disuruhnya pula salah seorang pembantunya. Serius, aku berbulu saja tengok 'apek' ni. Aku cuba cari tanda nama dia, saja nak 'berkenalan'. Senang sikit nak isi borang aduan nanti. Tak jumpa pula. Tak beretika betul 'apek' seorang ni.
"Dah you bangun, duduk atas kerusi. Bangun! Bangun!" Makin kurang ajar tu. Aku ingat dia nak tolong papah ke apa ke. Aku tengok macam tu, aku saja tarik kerusi roda hingga terkena 'apek' tu. Mampus kau lah!
Aku papah sahabat, tolak masuk dalam.

Tunggu agak lama juga untuk berjumpa doktor selepas buat pemeriksaan saringan. Sahabat pula dah makin lemah. Terlentok dia sambil memegang dada di atas kerusi roda. Ada juga lah seorang makcik berbangsa India menyapa kami, bertanya masalah. Ramah. Macam itulah 1 Malaysia. Betul tak Tok Najib?
Mungkin sebab dah lama sangat tunggu, seorang abang lengkap berpakaian askar datang. Rupanya dia dah lama perhati sahabat. 
"Kenapa ni? Kenapa tak masuk lagi?" Loghat macam orang Malaysia Barat. Kami menggeleng saja, tak tahu nak jawab apa. Dah prosedur pergi hospital, bukan kena jumpa doktor, kena menunggu. Nama saja bahagian kecemasan. Tak cemas langsung!
Dengan bergaya, abang tu masuk bilik doktor kemudian keluar balik dan panggil sahabat. Perghh... Salute lah sama abang tu. Aku tak berapa ingat namanya yang tersemat di seragamnya. Tahniah lah Tok Najib! Berjaya juga melahirkan pejuang untuk rakyat.
Sampai dalam, masa pemeriksaan dijalankan, aku menemani sahabat. Berangin lagi aku masa ni. Serius layanan buruk! Buat malu nama Almarhum Tuanku Ja'afar saja orang-orang macam ni. Ish... Ish...

Aku pun pelik apahal benda-benda macam ni jadi. Mereka ni tertekan ke kena kerja malam? Teringat bini atau laki di rumah? Tu yang kahwin, yang tak kahwin lagi, ingat apa pula? Hah, siapa suruh jadi doktor. Aku rasa kalau nak jadi doktor kena buat ujian mental dan sivik lah. Baru kena pasal mereka ni kena berhadapan dengan pelanggan. 
Sebelum balik aku sempat juga tengok piagam pelanggan yang mereka buat perhiasan di dinding. Nak suruh dinding baca lah tu.

Setiap pesakit akan dilayan dengan baik, mesra dan bertimbangrasa dengan penuh ikhlas.
Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secepat mungkin secara profesional.

Ayat ni bukan aku yang reka, 'mereka' yang buat. Jadi, mereka yang kena ikut! Entah apa-apa... Tak larat jadi doktor, jangan jadi dah. Bagi pada mereka yang layak ni. Berlambak lagi orang yang layak jadi doktor. Aku? Tak mahulah...
Aku cari juga borang aduan atau borang penilaian untuk mereka ni. Tak jumpa pula. Kata Mat, memang macam tu. Borang tu, mereka hanya akan bagi pada orang tertentu saja. Chett... Macam haram!

Tak cemas pun... 


Nasib baik aku tak jadi doktor. Kalau aku jadi doktor, mesti aku asyik kena maki saja kan... Haha... Aku bukan doktor tapi aku memang diajar dari kecil supaya menghormati pesakit. Jadi, kepada doktor-doktor yang tak pandai lagi cara nak senyum dan hormat pesakit, boleh berjumpa dengan aku!
Maaflah... Tak pernah aku marah dalam coretan sebelum ni! Huh, hati sudah bengkek la katakan... Rosakkan hari aku betul lah. Tengok... Pasal orang-orang macam ini lah, rosak nama doktor yang baik-baik di Malaysia ni.

12 comments:

Kyosingcat said...

Hehee kelakar pos ni, kyo gelak guling2. X ptut kan dokter tuu....tapi,kalo dlu mgkin kyo akan sependapat dgn sedari/sedara[errr x sempat nk kompemkan,hehee]. Tapi abang kyo pon dokter gak, n dari pemerhatian kyo, kerja seorang doktor kerajaan ni mmg sangat memenatkan[extremely], too many patient to handle, asik kene "on call" siang malam sampai x cukop mase rehat...sampai naek mamai dokter2 tu....i hope u fren will get better soon n plz keep in mind there r alot of Doctor out there who really commited in their jobs...senang2 sggah laa bg komen kt post2 kyo plak k :)

nyOng.is.me said...

hehe... sori abg kyo. sedara kat cni tak tujukan pada sumer doktor. segelintir saja... saya phm keje dktor especially dkter kerajaan. abg saya jgak kerja dlm bdg ni. dia slalu citer. tapi saya rasa tak patutkan wat psakit macm tu.budi bahasa kene ada... hehe... sori kalu abg kyo trasa. tu saya cakap, sbb sikap org2 mcm ni, rosak nama baik dokter2 yang baik tu.
thnx 4 comment... n syum slalu, baru psakit rasa dh x sakit lgi...

Nur -al- Ain said...

kat hosp tuanku jaafar skang ni ramai pelatih kan? yang pembantu am plak ramai yg lembutttt.

senang je deal dgn diorg ni, kite kene tegas, jangan buat mcm dgr je ckp diorg, ckp tekn skit suare, dulu ain selalu teman arwah nenek, kalau kite baik je mmg diorg tak hormat de, buat muke baran skit, kite msk tempat tak boleh masuk pun diorg tak berani marah.

teringat dulu pnh gaduh dgn jaga hosp tuanku jaafar tu.

sedih la, teringat kenangan dgn nenek ;((

Kyosingcat said...

Hehee kyo nak gelak guling2 lg bleyh? Statement "abang kyo pon dokter gak" tu mksdnye kyo pon nak ckap abg kepada kyo tu pon dokter...so kite adik2 neh dengar citer dorang pahamm laa kan keadaan keje dorang cemane...hehee tp nk pggil Dr. Kyo pon boleh gak..ekeke Dr.Cinta,LoLs.

nyOng.is.me said...

ain : kita dtg nk mnx tlg,tp diorg wat mcm tu wat tmbh skit jek. bek x payah kan. diorg mcm2 kat klien,jenis yang melantun bleh la kot lawan tp jenis yg muka rela ni jek kesian. penah tgk sorg makcik tua kene mrh ngan sorg nurse muda pasal makcik tu xltk kad dalam bakul. yolah... makcik tu bkn hari g sepital, mane tau kan. ckp leklok la... you bek sumer org suke...

kyo : adoyai... misscomunication la ni. mm...xpe kdg2 msscommunication tu bleh wat kta fham, tol x. yg pnting msg nye smpai.

rosak entry ngan emosi yg stabil mlm ni... huhu... nescafe 3 in 1, tlg tngkan aku...

cryclown said...

sume y d atas...
hehehe...
biasala..ad org kerja ikut mud..mud xok, komputer pun dia maki hamun..
y pntg, ikhlas kita tuk bersemuka dengan semua...makhluk tuhan, dan arca...

Nina Nurziana said...

nanged! ;)

Hush said...

siannya.. :(
pada kami pon penah berlaku kes camni gak di hospital yg same..
bawak banyak2 bersabar ye..

Nur -al- Ain said...

kalau depan mate ain, siap la nurse tu kene. tak suke org yang underestimated org lain.

tapi kite profesional gak la, jangan maki hamun dier, buat penat je,

pergi dekat dier, mintak name,tanye kat mane nak buat aduan takpun kate nak name penuh dgn no id nak buat aduan kat kementerian. comfirm muke merah, terkedu pastu.

psttt, ain penah buat cm ni *wink*

hahaaaa. cm ni name dier lantun er? hihiii

nyOng.is.me said...

haha... ain rupanya seorg yng berani. bgus2... lantun la tu namanya. tp saya jenis serap x lantun2... cba gak nk tanya kat mana nak mnx borg tp sumer mcm bz wat keje... hehe... ni bkn nk hina ke ape,kita hormat la profesion masing. saya pon msih bleh hormat pakcik angkat smpah tau. pada saya manusia sumer sama. xpayah nk banding2... betol x...

haslina said...

wahhhhhh...doc pun manusia juga...kan...

nyOng.is.me said...

psakit pon manusia kak haslina... huhu... bkn mau yang perfect tp skurang2nya hormati bnda yg x smpurna juga.