Sunday, February 28, 2010

Berfoya-foya di KOLUMPO!!!

Sudah lama rasanya tak ke KL beramai-ramai macam ni. Lama juga rasanya tak singgah menikmati permandangan indah di tempat Central Market, tempat paling syok bagi aku untuk merehatkan minda di ibu kota ini.



Kalau ikutkan, ramai lagi yang nak ikut, tapi disebabkan ramai mendapat tugasan lain di akhir-akhir minit, jadi hanya aku, Hadi, Wan, Mat, Vicky dan Ikbal yang mampu meneruskan semangat orang kota. Di KL kami sempat bertemu dengan Bosh dan Paan.
Tujuan kali ini sebenarnya untuk mencari kasut dan barangan sendiri serta yang dipesan oleh budak-budak lain.



Ini dia kasut baru Mat yang berjenama Acsic yang dibeli di pusat beli belah paling popular di ibu kota, Pertama Complex. Pada aku sendiri kasut ini merupakan kasut running yang terbaik. Tak percaya? Aku sendiri dah cuba, dah banding beza lagi dengan kasut lain.
Aku pula sempat menyambar seluar untuk kayuh basikal jenama Oxbro. Ramai juga yang beli. Kami borong dalam 7 helai kesemuanya. Harga pun dapat murah lah.
Ni antara koleksi gambar yang sempat diambil dan diupload untuk tatapan umum. Ada banyak lagi tak sempat nak tunjuk. Lain kali yek...





Sebelum berangkat pulang, sempat juga melayan jiwa dengan mendengar suara jantan brader Nik Binjidan di CM. Tak sangka pula dapat jumpa dengan penyanyi lagu Garisan Abstrak ni. Cuma sayang tak semapat nak minta tandatangan sebagai koleksi peribadi.

Siri 5 : Sikamat - Seremban 2 - Kemayan Square - Seremban - Sikamat (28 km)

Ikbal cukup bersemangat kali ini untuk berkayuh setelah melihat perubahan besar pada basikal old-schoolnya yang tersemat nama besar, Raleigh.
Sayangnya aku gagal berkayuh pada malam ini atas sebab kesihatan yang tak mengizinkan. Sudah hampir 2 minggu batuk. Suara pun dah nak hilang. Jadi, aku terpaksa 'menyerahkan' Felt kesayanganku kepada Amirul. Walaubagaimanapun, disebabkan tidak mahu ketinggalan menyertai siri ke-5 ni, aku bertindak sebagai marshal.




Selain Ikbal dan Amirul, juga turut serta ialah Hadi yang mengayuh kembar basikalku, Mc selaku 'kepala' yang setia dengan CIOCC kesayangannya, Mat (Exitway), Lampi yang mengayuh basikal Halil berjenama Rockbike dan pendatang baru, Anep Slash yang mengayuh basikal Le Run (MTB).
Nasib tidak begitu baik apabila basikal Hadi bocor ketika hampir sampai di Taman Tasik Seremban 2 (City Park). Jadi, terpaksalah ditarik dengan menggunakan motosikal.



Malang menimpa lagi apabila basikal aku pula bocor sebab Amirul terlanggar sesuatu di tengah jalan. Jadi, terpaksalah kami menghubungi bantuan dari institut. Mujur saja Zahir ada masa tu.
Jadi, sebagai pengajaran, jangan lupa bawa peralatan kalau pergi mengayuh. Benda-benda macam ni bukan boleh jangka. Tengok saja kami, sudah 4 kali berkayuh malam, sentiasa bernasib baik. Tapi menjelang siri ke-5, macam-macam jadi.

Orang selalu cakap benda ni mungkin 1 dalam 1000 tapi mungkin kita adalah yang satu dalam angka 1000 tu.

Maulidur Rasul : Sebut 'Aku Cinta Rasulku!'

Cuba ubah "Aku cinta padamu,sayang," kepada "Aku cinta pada Rasulku..." Alhamdulillah, sekali lagi aku dapat menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kali ini lebih menarik sebab aku dapat menyertai perarakan peringkat Negeri Sembilan.
Teringat dulu berarak pusing kampung sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad. Tua, muda, lelaki, perempuan semua ada. Seronoknya hidup di kampung. Ramai juga yang menyertai perarakan kali ini. Institut pun tak ketinggalan menghantar kontijen. Baguslah tu, benda baik. Kalau benda baik pun tak nak support, memang patut kena bom. Walaupun agak kepenatan sebab berarak sambil bermain kompang, tapi sekurang-kurangnya aku puas. Bukan saja dapat menyambut hari yang mulia ini, malahan dapat sama mengucapkan selawat sementara masih hidup segar di bumi ALLAH ini.

Aduhai... ramai lagi yang tak tahu institut ni ada kumpulan kompang yang serba lengkap. Tak apa, slow-slow!

Jangan Kau Cabar Aku!

"Kalau kau anak jantan, aku cabar kau!"

Biasa dah kita dengar macam tu kan. Cabar-mencabar ni memang aku rasa dah jadi adat orang kita sejak dahulu lagi. Tapi bila difikir-fikir balik, kalau tak ada yang mencabar kita, adakah kita akan buat benda tu? Emm... Mungkin pada mereka yang rasa tak tercabar tak ada hairan pun dengan semua ni. Tapi macamana pula dengan mereka-mereka yang tercabar. Silap hari bulan, benda gila pun mereka sanggup buat. Ish... Ish...

Aku? Tak tahulah tergolong dalam kumpulan yang mana...