Jadi, aktiviti yang selalu dilakukan adalah seperti tidur sampai pukul 12.00 tengahari, sambung main internet, petang main sepak-sepak bola bagi keluarkan peluh sedikit dan malam pergi 'ngeteh' kat mana-mana kedai. Itu jelah rutin harian kami.
Cerita punya cerita, terbukalah satu topik yang mana aku sendiri tak tahu nak masuk macamana. Jadi, sekadar mendengar sahajalah. Azim, sahabatku ligat bercerita tentang 'isteri' idamannya, Suzuki Belang. Bagai nak rak bercerita sambil dicelah-celah si Ijal dan Affiq.
Bagi aku sendirilah, aku tak berapa kisah sangat pasal nak pasang 'bini' ni. Maksud aku bukanlah aku tak hiraukan soal kualiti tapi memadailah ia mampu digunakan dalam kehidupan seharian aku.
Walaubagaimanapun, sabagai seorang manusia masih ada juga sikap mahu memiliki sesuatu. Bukan demand yek.. Hehe...

Jika sebut pasal kereta pula, aku paling gila kat satu kereta ini. Mudah-mudahan ada rezeki lebih memang teringin nak pakai kereta ini. Kereta Mini Cooper! Pergh... Gila! Kereta ini memang kereta idaman aku lah. Klasik, bergaya... Memang Cun lah, macam harga dialah. Cun habis. Kalau aku beli sekarang, bulan depan aku dah boleh jual balik. Hehe... Tapi kalau tak dapat Mini aku teringin nak pakai volkswagen lama. Ish.. Klasik gila aku ini. Yelah kalau tak, takkan aku beli NYON5Rolex. Hehe... Volkswagen pada aku memang klasik, tahan lasak dan gila fleksibel. Nantilah aku ada rezeki lebih ingat nak beli satu. InsyaALLAH...
