Saturday, May 8, 2010

"Che Gu nak pindah sekolah ke? Kenapa?"

Ini ada sebuah kisah....


"Ok, hari ini che gu hadiah untuk kamu semua. Siapa yang nak hadiah, duduk tempat masing-masing." Berdesup murid-murid ku kembali ke kerusi mereka. Hadiah, siapa yang tak mahu. Pandai juga mereka ni.
Tengah sibuk-sibuk aku agihkan hadiah, aku terperasan seorang murid aku ni. Dari tadi ikut saja belakang aku. Aku pun pelik.
"Awak pergi duduk dulu. Ada hadiah awak ni." 
Tak mahu juga. Pelik betul anak murid aku yang seorang ni. Adoyai. Siap buat muka 'seposen' pula tu. Mmm... Biar dulu.
Aku sambung agih hadiah. E'eh dia ikut lagi. Ish, budak ni. Aku dah mula nak mengamuk ni. "Eh, awak ni. Pergi duduk sana."
"Che gu nak pindah sekolah ke?" Aku terdiam, tak jadi marah. 
"Taklah. Che gu nak sambung belajar di maktab," jawab aku. Dia diam. Oh, baru aku faham bahawa budak ni tak faham apa yang berlaku sebenarnya. Yelah, dah 3 bulan ajar kelas ni, tiba-tiba aku nak pergi pula.
"Che gu nak pindah sekolah ke?" Aku tengok muka dia. "Tak apalah, awak pergi duduk dulu."


Cerita ni belum habis lagi.

Tengah aku sibuk-sibuk bersiap nak balik di bilik guru, aku lihat Kauvaneswaran berdiri di muka pintu. Sedih saja muka dia. Aku pergi ke arahnya. 
"Hadiah che gu bagi tadi simpan elok-elok." Dia mengangguk. 
"Che gu nak pindah sekolah ke?" Sekali lagi dia tanya.
"Tak lah, che gu nak balik maktab. Che gu kena sambung belajar. Bulan 8 nanti che gu datang balik sini. Faham?" Dia mengangguk, tanda fahamlah tu kot. "Nanti bulan 8 che gu  datang balik, che gu nak tengok balik hadiah yang che gu bagi tu."
Dia tunduk. Aku tersenyum. Akhirnya aku yakin yang dia sudah boleh terima. Nak tergelak pun ada. Padahal 2 hari lepas aku dah bagitahu dalam kelas bahawa minggu ni adalah minggu terakhir aku mengajar kelas mereka dan budak inilah orang pertama melonjak kegembiraan. Aku ingat memang dia tak suka aku ajar pasal aku garang. Dia saja sudah berapa kali makan penangan aku. Haha... Jahat tak aku. 
Rupa-rupanya dia tak faham apa yang aku maksudkan. Huh... Tak apalah. Aku pun dah tengok dalam sebulan terakhir ni, dia memang berubah. Nakal macam mula-mula aku ajar dulu tapi masih boleh dengar kata lagi. Biasalah budak-budak.
Aku pegang bahu dia, "dah, pergi balik sana. Tertinggal van pula nanti."
Dia  menoleh, tengok aku. "Che gu... "
"Ya."
"Che gu nak pindah sekolah ke? Kenapa?"
Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal emosi.
"Haah, che gu nak pindah sekolah. Kamu nakal sangat. Dah pergi balik. Van dah tunggu."

Aku sedar bahawa aku masih perlu perbaiki diri menjadi guru yang baik. Bukan saja baik dalam perhubungan dengan anak murid tapi dalam memberi penerangan kepada mereka. 


Cerita ni dah habis.


Selamat tinggal untuk sementara SK Methodist (ACS). Sampai jumpa lagi untuk sebulan pada bulan 8 nanti.

 KELAS 2 URANUS

8 comments:

Hush said...

oho..
suke sekolah ni..best..
budak bising tapi entah la..seronok.
*sebab PBS kat sini kan..haha..*

nyOng.is.me said...

ye, seronok skolah ni... rilek. xder org kaco.=)

.::WaNiE::. said...

ala sian nye budak itu :p

nyOng.is.me said...

hehe... kalu kak wanie tgk muka dia masa tuh knfem serba salah. nak gelak ke nak marah ek... huh!

hans said...

wah
cikgu kesayangan murid2 la nih

p/s : sorry lama xsinggah...aku xsihat sangat skrg nih

nyOng.is.me said...

xpe hans... tu lah. aku ada baca post pasal ko xsehat. xpe... bykkan rehat..=)

ah cai said...

jangan risau nyong, aku tau ko akan jadi seorang cikgu yang baik!!

nyOng.is.me said...

thnx cai!=)