Friday, May 29, 2009

Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam, pokok utama yang perlu diketahui atau difahami adalah mengenai maksud sebenar tentang perkara yang menjadi tunjang kepada persoalan tersebut. Terdapat tiga tunjang yang dikenalpasti dalam perbincangan ini, iaitu :

1. Bilik darjah Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi murid-murid. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang. Di sini juga, kebanyakkan pembelajaran berlaku secara formal (rasmi). Namun, tidak dinafikan juga pembelajaran secara informal (tidak rasmi) juga berlaku.

2. Budaya Tunjang kedua pula ialah budaya. Terdapat beberapa pendapat yang dapat memberi gambaran secara jelas mengenai definisi budaya. Antaranya ialah :

“Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).”
(Kamus Dewan Edisi ke-3 1996 : 180)

“Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. ‘Bu’ membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. ‘Daya’ mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.”
(Asmad, 1990)

3. Konsep bilik darjah yang mesra budaya Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing.

Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.
(Ilmu Pendidikan : Budaya & Pembelajaran)

'Hobble'

'Hobble'
Fotografi
(680 x 1024)
Arjomar

Episod 'Cuti' Muncul Kembali... Apa Nak Buat?

Setelah beberapa hari kepala otak aku disentap dengan nota-nota exam yang memeningkan, aku bakal berdepan dengan masa cuti yang panjang selepas ini. 3 minggu beb! Mahu pecah kepala kalau tak ada program nak buat. Jadi, aku harap member-member di kampung dah siap kertas kerja beberapa program untuk dijalankan sepanjang 3 minggu ini. Cuma penyakit berjangkit yang berbahaya pasti melanda diri aku. Penyakit 'Di mana nak cari pulus?' pasti akan menghantui mimpi aku sepanjang berada di kampung halaman tercinta.
Tapi yang pasti aku boleh tersenyum puas untuk berdepan dengan Sep dan Bagong sambil memakai jersi Barcelona!

Barcelona 'Bunuh' Ego mu, Misi 3 Piala Tercapai

Hahahaha.... Macam makan kacang rebus.
Perlawanan yang aku ingatkan akan berlangsung dengan sengit dan menyeronokkan pada perlawanan akhir Champion League meleset. Barca masih bermain dengan corak seperti biasa; bermain sebelas orang, sedangkan mu masih mengharapkan pada seorang, CR7.

Awalnya agak mencemaskan sedikit melihat susunan strategi Pep Guardiola yang masih meletakkan Gerard Pique dan Yaya Toure di bek tengah manakala Abang Puyol diletakkan di posisi bek kanan menggantikan Daniel Alves yang digantung perlawanan. Bek kiri pula hanya mengharapkan kudrat tua Sylvinho yang jelas masih mantap menggantikan Eric Abidal. Barisan lain di bahagian tengah dan penyerang masih sama cuma Pep Guardiola tekad menggunakan khidmat pemain muda Sergio Busquet daripada melatakkan Keita di bahagian defensive midfield.
Lebih kurang 15 minit pertama sahaja CR7 sudah menunjukkan ketamakkan hingga membuat 5 shot, agak mencemaskan. Mujur sahaja dengan sekali serang Samuel Eto'o berjaya menghukum barisan pertahanan mu.Pujian sememangnya patut diberikan kepada barisan tengah Catalan yang bijak membuat gerakan menarik. Persembahan Xavi dan Iniesta pada malam tersebut tidak mengecewakan. Memang patutlah mereka digelar hero Catalan.
Bermula gol pertama tersebut, corak menyerang Barca semakin meningkat dan berjaya mendapat beberapa peluang mencetak gol tapi disia-siakan. Cuma sekali-sekala mu cuba mebuat gerakan serang balas tapi cukup menghampakan peminat mu.

Masuk separuh masa kedua, permainan mu semakin agresif. Beberapa kali pemain Barca seperti Busquet dan Abang Puyol dikasari. Paling ketara jika dilihat pada pemain yang sewaktu kecilnya mengalami masalah hormon, Lionel Messi. Beberapa pemain mu ditugaskan menjaga pemain prolifik nanti tetapi itu bukannlah kerja mudah. Gerakkan bahayanya bukan sahaja berjaya mencipta peluang tapi penyudahnya juga begitu mantap. Gol kedua hasil umpanan cantik Xavi Hernandez disudahkan dengan mudah oleh Messi menewaskan pertahanan mu, Ferdinand dan penjaga gol, van De Sar.
Mungkin sebab itulah Hadi ketawa besar kerana sebelum perlawanan, dia menewaskan salah seorang penyokong hardcore mu dan Selangor melalui permainan komputer FIFA dengan Eto'o dan Messi yang menjaringkan gol kemenangan. Ramalannya benar belaka... Hehe...

Hajat melihat aksi terbaik superb and brilliant player, Thierry Hanry agak menghampakan. Mungkin kerana baru pulih dari kecederaan. Walaubagaimanapun Henry pasti gembira dengan trofi CL pertama dalam kariernya. Beberapa pemain patut diberi pujian seperti Pique yang beberapa kali mematahkan serangan mu terutama melalui CR7 seterusnya menafikan dakwaan bahawa beliau adalah pemain muda yang kerap membuat silap.
Usai sahaja perlawanan, aku masih menunggu di bilik tv dengan niat mahu melihat riak wajah kecewa CR7. Perlawanan tersebut bukan sahaja menjadi menjadi medan untuk kedua-dua pasukan tetapi dua pemain muda, CR7 dan Lionel Messi untuk merebut gelaran pemain terbaik dunia. Tahun sudah Messi tewas kepada CR7 tetapi mungkin dapat menebusnya semula tahun ini.


Walaupun perlawanan tidaklah sehebat perlawanan Barca menentang biru pada separuh akhir dan perlawanan akhir CL 2006 antara Barca dan Arsenal, aku tetap puas untuk menunjukkan isyarat 'Peace' kepada penyokong mu, Mc, Vicky, Khai, Paan, Ellyme, Bagong dan Sep. Hahaha... Sebab itulah aku cakap final kali ini macam makan kacang rebus, senang sangat!

Viva la Vida, Barca!!!

Thursday, May 28, 2009

'Si Dia Curang...?'

Semasa aku buntu, tak ada benda nak buat, aku melayari internet mencari sesuatu untuk dibaca. Dalam banyak-banyak bacaan itu, aku tertarik tentang panduan untuk pasangan kekasih. Entah apahal tiba-tiba nak berjiwang ibarat Hang Tuah mencari cinta Gusti Putri ini. Bacalah :

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah. Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada? Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.
Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.
Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
Tidak lagi rajin menelefon anda Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Sumber : http://cintadearhaniey.wordpress.com/2008/05/07/tanda-kekasih-curang/