Saturday, February 6, 2010

Selamat Datang ke SK Methodist, Seremban!

Alhamdulillah, selesai juga seminggu pertama aku sejak melangkah ke sekolah ni bagi menjalani praktikum buat kali terakhir selama 3 bulan.
Emm... Nak kata tak syok, tak juga. Kira aku masih boleh terima lagi lah keadaan di SK Methodist ni walaupun aku rasa banyak kelemahan yang boleh membantutkan aku menjadi che gu PJ yang berjaya.
Coretan bukanlah bererti aku seorang yang cerewet atau demand, tapi... Tu lah, susah nak cakap.
Jadi, aku harap aku berjaya mengharungi 3 bulan di SK Methodist (ACS).

Gambate!

Sunday, January 31, 2010

Penangan Kambing Masak Kurma FC dan Juara Pujaan Sirap FC!

Maaf... Keadaan ku semenjak dua menjak semakin sibuk pula. Nak update post pun tak sempat-sempat. Ingatkan bila tahun akhir ni makin senang, tapi... Emm... Tak apalah. Fikirkan setahun saja lagi nak habiskan.
Coretan kali ini aku nak cerita lah sikit pasal kejohanan bola sepak dan bola jaring yang dianjurkan oleh exco sukan JPP institut ni. 2 minggu lepas tak silap aku kejohanan ni. Niat di hati nak masuk bertanding dalam bola jaring tapi syarat utamanya, hanya orang yang bernama perempuan saja boleh bertanding; membatalkan niat aku. Chiittt... Ingat lelaki tak boleh main bola jaring ke?
Oleh sebab tu la, fokus aku pada bola sepak saja. Seperti biasa, budak-budak aku yang sememangnya gila bola ni tak nak lah ketinggalan menyertai pertandingan ni. Jadi, hantarlah dua pasukan bagi mewakili semester 7 merangkap pasukan paling veteran. Segala perancangan telah diatur oleh 'lembaga-lembaga' pasukan bagi memastikan kedua-dua pasukan tersebut bertemu di final. Beberapa cadangan diberi dan dibincangkan bersama.
Nama pasukan yang diberi cukup memberangsangkan. Siapa lagi kalau bukan Wan Baling yang memberikan nama tu. Pasukan pertama dipanggil pasukan Kambing Masak Kurma FC manakala aku termasuk dalam pasukan satu lagi, pasukan Juara Pujaan Sirap FC.
Juara Pujaan Sirap FC terdiri daripada aku sendiri, Rush (Kapten), Hadi, Alel, Syak, Amir, Aiman Feisal, Aiman Safwan, Mat Anas, Paan dan Ikbal. Memang tiptop la aku rasa pasukan ni. Kami bertanding dalam group B. Tengok sajalah, kami siap ada logo pasukan lagi. Haha... Ni semua idea Hadi, si Lelaki Belalang!

Dalam peringkat kumpulan, Juara Pujaan Sirap berjaya menduduki tangga kedua untuk layak ke separuh akhir. Kambing Masak Kurma juga menduduki tempat yang sama dalam group A.
Perlawanan separuh akhir menjadi begitu 'menyebelkan' bagi kami yang bermain. Adoyai, panas sungguh. Nak tahu apa kesan kami bermain pada waktu panas tu? Dua hari selepas kejohanan kami semua mengalami sunburn melampau-lampau!
Pasukan Juara Pujaan Sirap telah memulakan perlawanan separuh akhir menentang pasukan junior yang mana aku sendiri dah lupa namanya... Haha... Perlawanan sebenar tamat dengan keputusan 1-1. Pengadil hari itu, Che Gu Hardin telah mengarahkan agar sepakan penalti dilakukan... dan akhirnya pasukan kami telah layak ke peringkat akhir selepas Paan berjaya menyelamatkan dua penalti terakhir pasukan lawan. Gila lah lu, Paan! Tapi sayang, Mat Anas telah mencederakan diri sendiri pada perlawanan ini hingga menyebabkan doktor nekad menyimen kakinya. Tak tahulah kenapa. Mungkin Mat Anas tertekan kerana cahaya matahari yang terik terus menusuk ke otaknya melalui kepalanya yang tak berbulu. Semoga dia cepat sembuh!

Seperti impian menjadi kenyataan apabila pasukan Kambing Masak Kurma juga mara ke peringkat akhir selepas menewaskan pasukan budak-budak junior juga. Tak sangka betul perancangan Judin selaku pengurus tanpa tauliah untuk menemukan kedua-dua pasukan semester 7 di final menjadi. Tak sia-sia Judin menjadi insan yang sentiasa berfikiran ke hadapan!

Pada awalnya dalam perlawanan akhir, kami bersetuju untuk bermain seperti biasa. Tapi disebabkan terlalu ramai yang terkena bahana kaki cramp atau orang Johor panggil 'simpa biawak' atau orang Perak kata 'tarik mengkarung', kami bertekad hanya mahu ambil penalti saja. Mungkin disebabkan kami terlalu letih dan cuaca petang tu teramatlah 'mengujakan', sebab tu insiden tersebut terjadi. Antara yang mengalami cramp ialah Wan Baling yang tiba-tiba baring di tengah padang hingga memaksa aku dan Hadi tertawa sejenak sebelum membantu beliau. Kedua, Mizi yang tiba-tiba menjerit selepas menyelamatkan penalti aku. Haha... Lawak sungguh.
Dan yang paling lawak adalah ketika pengadil tuggal perlawanan, Che Gu Hardin yang ketika itu sedang mengadili perlawanan separuh akhir kedua, tiba-tiba berhenti statik memanggil Hadi yang berada di luar padang sambil tersengih-sengih manis.

Setelah berhempas pulas sehari suntuk, akhirnya pasukan Kambing Masak Kurma FC dinobatkan sebagai juara, manakal Juara Pujaan Sirap sebagai naib Juara; menandakan kami walaupun dah veteran tetap berbisa. Haha...

Semua pemain dilanda sunburn!

Magis Dalam Teka Teki!

Mari jawab teka teki ni....(Magis : Tekan Ctrl + A untuk jawapan)


1) Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
2) Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
3) Apakah yang berada di antara langit dan bumi?

Jawapan : 1) Pengail yang dapat ikan. 2) Kalau letak ayam golek mesti orang ambil. 3) '..dan'

Orang Jahat Yang Baik

Filem : Blow (2001)
Pengarah : Ted Demme
Terbitan : New Line Cinema


Orang selalu cakap, nilai lah filem itu melalui mesej yang disampaikan. Maksudnya, kalau tak ada mesej, filem tu tak baik untuk ditonton. Betul ke untuk menghasilkan filem yang baik dan boleh diiktiraf, filem tersebut perlu banyak mesej? Emm... Tak juga kot. Tengok saja filem Gerak Khas. Filemnya begitu banyak mesej yang baik-baik untuk disampaikan. Tapi ia tetap menjadi filem yang paling dibenci oleh aku. Sebab apa? Sebab filem tu tak ada feel walaupun ada mesej. Pada aku, mesej tu letak nombor 2. Paling penting sekali adalah feel supaya penonton boleh merasai apa yang cuba disampaikan. Tengok saja filem The Good, The Bad and The Ugly. Semua orang jahat. Tapi apa yang cuba disampaikan oleh pengarah aku faham.
Macam tu jugalah plot dalam filem Blow. Orang cakap ini adalah filem final Ted Demme. Filem ini merupakan kisah benar yang diangkat ke layar perak. Berkisarkan tentang George Jung, tokan ganja di Amerika. Salute sama Johnny Depp yang bawa watak utama dalam filem ini.
Filem ini menunjukkan bagaimana perniagaan ganja berkembang di dunia. Rupa-rupanya, Jung ni pun ada sangkut paut dengan Pablo Escobar, Colombian Drug Lord.
Jika diamati secara luaran, filem ni tak ada mesej. Filem ini menunjukkan kehidupan masyarakat bodoh yang hidup bertemankan dadah dan seks. Tetapi, jika kita amati betul-betul ada sesuatu yang cuba disampaikan melalui watak utamanya. George Jung yang boleh dianggap penghancur anak muda, boleh dilihat sebagai unsur positif dalam Blow. Bagaimana dia cukup menyayangi keluarganya dan rakan-rakannya.

Sebab tu lah aku cukup suka filem ini. Cukup rempah dan cukup rasa. Mesej kurang tapi ada feel. Maaflah kalau aku terlewat untuk menulis review tentang filem ini. Terima kasih pada Hardin yang menyarankan untuk menonton Blow.

Tengah cari dokumentari tentang Pablo Escobar...