Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Aku Hilang Dia

Sepi tanpanya,
Mudah dan ringkas,
Aku keseorangan,
Kerana aku hilang dia...


nyong
18/03/10
11:40

Saturday, December 5, 2009

Apa Makna Rindu?

Hendak ku gapai namun semakin jauh,
Dan hendak ku sentuh sukar nak dicapai,
Takut hilang sayang datang pula rindu,
Dan takut kerana rindu ada yang merana...

-nyong-

Tuesday, September 22, 2009

Moden Mengemaskini atau Menggantikan atau Merogol Tradisional?

Sempena bulan Syawal yang mulia ni, seperti biasa aku langsung tak dapat kad raya... Tapi tak mengapalah, orang tak ada peminat kan. Nak buat macamana.
Walaubagaimanapun, aku tetap mendapat mesej-mesej dari sahabat handai sebagai pengganti kad raya. Kreatif-kreatif juga orang-orang kita ni. Antaranya :

Mesej 1 :
Kobau tuo ilang kek sawah,
orang kampung sebuk mencari,
jiko ekau tokan ke bawah,
DAH SAH... ekaulah kobau yang den cari!!

Kalo ado jarum yang patah,
tak payahlah disimpan laie,
kalo ado hati yang marah,
rileksla den pun dah terkono sekali...

Jarum yang patah tu poie lah buang,
jangan dibuang bersamo kain,
kalau tak nak kono sorang-sorang,
send lah mesej ni kek orang lain...

"Selamat Hari Ghayo Aidilfitri!"
(Che Gu Dzul 'Botak' dan Famili)

Mesej 2 :
Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak Berjabat,
Ucap tak mendengar,
Mata tak bertatap,
tapi izinkan hati memohon maaf,
Zahir dan batin...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
(Che Gu Emi 'Liverpool')

Mesej 3 :
Banyak buaya di sarang buaya,
Banyak paku di pucuk paku,
Ucapan selamat di Hari Raya,
Jangan lupa datang ke rumahku...
(Che Gu Mat 'Daniel' Hafiz dan keluarga)

Mesej 4 :
Hie...Saye nk ucapkan slamat ari raye aidilfitri 4 u n ur fmily... B hepi n enjoy de hldy...
(Che Gu Vicky)

Mesej 5 :
Suasana sunyi dipagi hari, kedengaran takbir memecah keheningan, tatkala orang ramai memohon kemaafan berkunjung ke rumah. Dengan ingatan tulus dan ikhlas ingin engucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
(Che Gu Imran dan keluarga)

Mesej 6 :
Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang... Mohon maaf segala kesilapan kerana ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata, hati tersalah menduga. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
(Che Gu Fizah)

Mesej 7 :
Sell a mat are ray right year. Mint tax mug offs and hell all my eats and drinks this year ok! I look stupid when I speak Malay. Sorry.
(Faizal)

Mesej 8 :
Embah lanang duete akeh,
Duete dideleh neng duwor poro,
Keluputan kulo mawon seng akeh-akeh,
Salah silap lahir batin njalok di ngapuro.
Moggo mampir nang rumah.
(Che Gu Luqee)

Mesej 9 :
Bakar lemang anyam ketupat,
Seronoknya raya dah nak dekat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Hanya SMS yang paling cepat...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
(Che Gu Owen)

Mesej 10 :
Wei, dah bangun! Tak payah terkebil-kebil. Pagi raya dah ni. Pergi mandi, tak payah nak buat terkejut. Memang dah habis puasa dah. Imam masjid dok tunggu korang tu. Cepat!
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
(Che Gu Bosh)

Mesej 11 :
Main bola tertekel kaki,
Segala silap dan salah harap dimaafi

Tendang bola kaki kiri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lepas main bola makan sardin,
Maaf zahir dan batin

Bola,Bola,Bola...
(Che Gu Hadi)

Mesej 12 :
Kalau dilipek sebosar kuku, kalau dibontang sebosar alam, kok hilang dicari, kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam. Datang biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sejambak kato. Dogup bicagho, menghisik raso.
Salam Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin buat seisi keluargo.
(Si Dia)

Mesej 13 :
Salam... Tak ada pantun, tak ada syair ataupun madah kata yang indah. Hanya ada hati yang ikhlas dan tulus mahu mengucapkan dan meminta maaf atas segala yang terjadi selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
(Che Gu Amir)

Mesej 14 :
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa...
Harap dimaafkan segalanya...
Salam Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin
(Che Gu Hardin)

Mesej 15 :
Hati-hati di jalan raya,
Selamat Hari Raya.

Encik Zahir jumpo Tok Batin,
Maaf zahir dan batin.
(Che Gu Ramos)

Mesej 16 :
Assalamualaikum (w.r.b)
For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes you can't take for adviseyou can't accept, 1001 apologies. Sorry if i've done anything wrong that might hurt you anyway. Forgive and forget. "Selamat Hari Raya". - From Anep and Miley Cyrus
(Che Gu Anep 'Rambut')

Mesej 17 :
Semoga Allah meberikan pelangi untuk setiap hujan,
Senyuman untuk setipa tangisan,
Rahmat untuk setiap cubaan,
Kekuatan untuk setiap dugaan dan cubaan,
Kekuatan untuk setiap dugaan,
Dan makbul untuk setiap doa,
Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
(Che Gu Abe Lee dan Keluarga)

Nak tergelak pun ada baca mesej-mesej ni. Dah menjadi trend sekarang ni, orang tak guna kad raya lagi untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri. Sekarang semua dah guna handphone, e-mail...
Mmm... Banyak baik atau buruk perkara ini? Aku ada pendapat sendiri. Tentu semua pun ada pendapat masing-masing. Kita yang melihat sendiri, jadi biarlah diri kita yang menilai... Wallahualam.

Monday, June 15, 2009

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

(Karya Sasterawan A. Samad Said)

Tuesday, April 14, 2009

Cikgu? Kalau dulu....Tapi sekarang...

Masih aku ingat,
Kalau dulu bila cikgu rotan aku sekali pasal tak buat kerja sekolah,
Balik pasti kena berdas-das lagi dengan mama...
Tapi sekarang bila cikgu rotan murid pasal mengintai budak perempuan di tandas,
Cikgu pula yang kena tembak dengan bapa murid berdas-das.

Dan aku ingat lagi,
Kalau dulu aku nak pandang mata cikgu punyalah takut...
Tapi sekarang cikgu pula naik menyampah tengok murid
Pasal selalu dibuat bahan jenaka oleh mereka.

Aku ingat juga,
Kalau dulu menggeletar kaki aku melangkah menuju ke sekolah
dengan kerja sekolah yang tak lengkap...
Tapi sekarang ibu bapa pula siap bagi galakkan pada anak-anak
Tak payah pergi sekolah kalau tak siap kerja sekolah.

Aku ingat lagi,
Kalau dulu bila cikgu suruh aku buat sesuatu,
Bukan main laju aku selesaikan pasal nak ambil hati cikgu...
Tapi sekarang bukan sahaja malas nak tolong,
Murid-murid siap bagi seribu satu alasan lagi.

Dan paling aku ingat,
Kalau dulu mama pernah kata,
"Belajar rajin-rajin ya,nak. Nanti dah besar boleh jadi cikgu..."
Tapi sekarang ibu bapa boleh kata,
'Kau belajar lah main-main kalau besar nanti nak jadi cikgu!"

Monday, March 30, 2009

Melayu Bukan, Cina Bukan, Malaysian Pun Bukan...

Bapak rugged, anak groovy,
Sedang membiak di sana sini,
Di pantai memakai bikini,
Di kubur memakai mini.
Orang-orang kampung menghadap Kiblat,
Mereka membawa komik-komik Barat,
Bermain karate, ganti bersilat,
Makan anggur, menggantikan langsat,
Gasing dibuang, dimajukan bowling,
Berasmara mereka kata necking,
Bercumbu-cumbu mereka kata pecking,
Buang Mak Inang, menggantikan dansing,
Tetapi, bila bergula dalam kencing,
Barulah teringat nak makan jering,
Terkenang kepada petai dan kerdas,
Barulah nak belajar mandi hadas.
Melayu bukan, Malaysian pun bukan,
Cina bukan, Indian pun bukan,
Inikah akar-akar yang mangaku rotan?
Atau kaca-kaca yang mengaku intan?

(Karya Dr. Ishak Haji Muhammad 'Pak Sako')

Wednesday, January 14, 2009

Siulan Seorang Penjaga

Salamku pada bulan
dan ia menyapa,
Salamku pada lautan
dan ia juga berkata,
Salamku pada angin
dan ia kembali bertanya.

Tidakkah dia turun hari ini?
Jawabnya mudah
tidak mengapa,
Tidak ke laut
tapi mampu menapak di darat

Kulihat dia gagah,
Kulihat dia perkasa,
Kulihat dia mampu tertawa,
Walau menitis keringat
mencuci keriangan di muka

Ke hulu ke hilir
menjujung senjata di bahu,
Dengan satu tekad,
'akan kuhabisi kau hari ini'.

Gerak pantas tangan
mengiringi ingatan padaku,
Makan dan minumku tetap dijaga,
Meski tak ke laut,
Harus ditumpaskan jua
sawit ranum di pohon.

Bersama siulan kecil,
Dia menahan telinga,
Biarlah mereka kata
dia gila,
Biarkanlah mereka semua,
Kerana bapaku itu
adalah wiraku