Saturday, June 12, 2010

Sedangkan Lidah Dibuat Main Gigit-Gigit...


 Dicilok dari Google!

Tajuk 18 SX betul... Eh, tak adalah. Memang tu yang aku nk cerita dalam coretan ni.

Jam dah pukul 3.24 pagi. Sial! Tak jadi lagi aku nak mula training esok. Asyik tunda saja. Mati aku nak lari 10 kilometer untuk KL Marathon ni. 
Ni penangan World Cup lah ni. Sekarang Perancis tengah lawan dengan Uruguay. Game boleh tahan lajulah tapi first half tak ada gol lagi. So, kena tunggu second half. Bila kena tunggu second half, confirm lah tidur lewat. Bila tido lewat, confirm lah tak jadi training esok pagi... Arghhhh... Entah apa-apa!

Apa kaitan benda ni semua dengan tajuk coretan aku ni. 

Mmm... Bagi siapa yang kenal aku mesti mereka tahu aku ni bukanlah seorang yang cepat marah atau senang nak cari gaduh atau apa sahaja yang berkaitan dengan gigit-gigit lidah ni (senyum jahat). Mungkin sebab aku lebih senang dikenali sebagai seorang yang suka buat hal, buat kepala sendiri. Aku keras kepala! Tapi jangan risau. Selagi boleh aku jaga hati orang, aku akan jaga elok-elok.

Masa game ni, aku tengok ramai pemain yang bergaduh, gaduh mulut sajalah tapi bukan dengan pihak lawan. Gaduh dengan rakan sendiri. Pasal apa? Pasal passing tak complete lah, main macam haram lah, shooting lembik macam bapok lah, banyak lagi lah... Aikk... Satu team pun boleh gaduh ke? Kalau gaduh macamana nak menang? Betul tak...

Sepanjang aku main bola untuk team aku di maktab aku rasa aku tak pernah marah kawan lain kot (kalau ada tu, aku minta maaflah yek...). Sebab apa ek? Mungkin aku sedar aku pun main bukanlah perfect sangat pun. So, kalau kawan buat silap tu aku belajar supaya jangan buat macam tu juga. 

Rasional ke kalau gaduh satu team ni? 

Pada aku lah (tak tahulah orang lain), kadang-kadang benda ni berlaku mungkin sebab mental tak kuat. Gaduh itu mungkin perkara biasa. Niatnya mungkin nak menegur. Cuma nadanya kadang-kadang tertinggi. Alah, biasalah. Sebab itu aku cakap sedangkan lidah lagi tergigit. Gaduh dalam game saja, luar game mereka ni jadi profesional. Kalau aku memang suka kena marah kalau aku buat silap terutama silap-silap kecil yang boleh buat team aku mental down. 

Tak payah tengok sama-sama kawanlah. Tengok saja suami isteri. Bukan sentiasa bahagia, seronok, ketawa-ketawa. Gaduh ni boleh juga jadi perencah hidup dalam rumahtangga. Betul tak? Kadang-kadang 20 tahun kahwin pun ada juga gaduh-gaduh. Pasal nak tengok bola pun kadang-kadang boleh jadi hal. Itu sebab agaknya bila World Cup tiba, isteri-isteri jadi goyang kot... Entahlah, prediction aku saja. 
Tapi kalau benda boleh selesaikan awal, secara damai... Tak ada masalah kot. Chett... Aku cakap macamlah aku dah kawin. 

Itu dah kawin. Apatah lagi yang belum kahwin. Alah, gaduh-gaduh sikit ni biasalah... Selesaikan cara baik saja... Setuju? 
Kalau gaduh lama-lama, macamana team kita nak menang. Hehe...

Tutup lampu dulu, pasal waktu-waktu macam ini aku rasa rumah aku saja yang terang lagi. Tak reti tidur awal, macam ni lah jadinya...
Sambung tengok second half pula!

Wednesday, June 9, 2010

Lagenda Budak Setan - Sikit Saja Lagi...

Tajuk : Lagenda Budak Setan
Pengarah : Sharad
Terbitan : AstroShaw


Apa yang kurang yek dalam cerita ni? Emm... Dulu aku tak baca habis karya ini dalam bentuk novel. Ada yang cakap jalan ceritanya menarik dan ada pula yang kata cara penulisan Ahadiat Akashah agak berselirat, susah nak faham. Betul juga kot, sebab tu aku tak habis baca novel tu. Hehe... Walaubagaimanapun, aku cukup suka jalan cerita novel tersebut. Jujur kot...

Masalah utama apabila sesebuah novel divisualkan adalah kesamaan jalan ceritanya, perwatakan wataknya dan persamaan feel semasa menonton dengan membaca. Benda ni bukan sahaja berlaku dalam industri filem Malaysia tetapi di Hollywood turut berlaku benda yang sama. Mmm... Pada aku benda ni terpulang pada individu itu nak terima macamana.
OK, terus pada filem ni. Mmm... Sinematografi pada aku cukup menarik dan cukup membantu menutup kecacatan dan kekurangan filem ni. Tak sia-sialah upah pengarah fotografi luar. Soal pelakon pula, agak tepat bila pilih Farid Kamil dan Que Haidar bawa watak Kashah dan Azmi. Memang terbaik. 
Macamana pula watak Ayu? 
Ish... Susah nak cakaplah. Pada aku cerita ni memang sebuah filem yang bagus tapi feel nya tak sampai sepertimana aku tengok cerita Sepi dan Cinta. Lisa dan pelakon baru tu, Ekin agak 'palsu' masa bawa watak Ayu, tapi bukan pada semua babaklah. Fazura sebagai Kate hadir bukan sahaja sebagai penyeri tetapi pnyelamat kepada heroin yang ada.Lepas Fazura wujud baru aku rasa penonton bergelak ketawa. Lucu babak Kate merawat Kashah tu.
Walaubagaimanapun masalah-masalah kecil tu semua tidak  mengganggu keseluruhan perjalanan plot kot. Filem ni tetap aku boleh golongkan sebagai filem cinta yang bagus.
Terbaru aku baca suratkhabar hari ni, dalam masa 4 hari tayangan saja filem ni sudah menggamit 1.7 juta penonton. Boleh tahan lah. So, memang tak hairanlah menagapa novel Lagenda Budak Setan boleh menjadi kegilaan sewaktu dahulu. Tahniah lah pada semua yang terlibat. Kelemahan kecil-kecil tu diharap boleh diperbaiki.

Geram tengok aksi doktor yang menjawat pelakon pembantu tu, berlakon macam haram! Pengarah tolong alert tentang pelakon-pelakon tambahan!

Monday, June 7, 2010

Konsert DT Berjaya Gegar Darul Takzim!


 Akhirnya malam minggu yg lalu, dapat juga aku menonton band otai rock Malaysia; kumpulan Search dan Wings beraksi di pentas yang sama! Sudah lama aku menunggu peluang ni dan akhirnya tertunai juga. Pertama kali aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada NUFFNANG sebab bagi aku tiket percuma tu. Kalau tak dapat tiket tu jangan harap aku boleh pergi. Hehe... Tiket mahal lah...



Persembahan malam tu memang mampu membuatkan aku dan penonton lain teruja. Permulaan saja penonton sudah diajak mengalunkan lagu 'Gemuruh'. Pergh... Amy ngan Awie punya tarik memang gila! Betul-betul rock lah.
Tapi terdapat 3 bahagian yang paling aku suka dalam konsert ni. Pertama sekali ketika Yazid dan Black beradu dalam segmen drum solo. Mak aih! Terkesima pakcik-pakcik. Yazid tu tak padan tua, tapi dia punya balun memang aku respect lah. 
Kedua, Joe dan Din pula beradu gitar solo! Memang bahagian paling gila masa ni. Joe terkenal sebab bakat bermain gitar secara kidal. Lepas aku tengok semua ni dengan mata kepala aku sendiri, aku terfikir sebab apa pula aku nak banggakan si Slash (Guns n Roses), Joe Satriani, Santana dan mat saleh lain. Malaysia pun sudah ada gitaris yang hebat. Lihat saja Joe dan Din. Itu belum masuk lagi Man Kidal, Sham Kamikaze, Edrie Hashim, Shah Slam. Betul tak?
Bahagian ketiga yang paling seronok adalah sewaktu kedua-dua kumpulan menyampaikan lagu Rock n Roll Lu Punya. Geli hati tengok gelagat Awie dan Amy. Selamba badak Awie angkat Amy macam tu. Mentang-mentanglah Amy tu kurus. Hehe... Cuba angkat si Edy tu. Lepas tu tak habis dua orang vokalis bergaduh pasal 'Lu Punya'. Tergelak habis!


"Kami ni local band!" Tepat kata-kata Awie menujah ke arah penganjur yang tergila-gila nak anjurkan konsert artis luar. Padahal anak watan sendiri merangkak-rangkak nak cari ruang.
Aku tak pernah pergi konsert sebelum ni, jadi untuk sistem bunyi; two thumbs up!