Wednesday, August 4, 2010

Rancang, Usaha, Buat, Tawakal... Aku Sendiri Terlupa


Malam ni, aku teringat bonda dan ayahanda...

Rindu lah tu agaknya. Hurmm... 

Aku ingat lagi masa aku nak ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), aku cukup takut. Aku takut dua perkara. Pertama, aku tak yakin aku boleh dapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan ni dan kedua aku tak dapat penuhi impian bonda dan ayahanda. 
Bonda cakap senang saja, "kita rancang, kita usaha, kita buat dan kita tawakal. Apa pun keputusannya, itulah rezeki kita." Ayahanda tak cakap apa-apa tapi aku tahu itu jugalah yang dia mahu.

Aku ingat lagi masa aku nak ambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Darjah Khas, sekali lagi aku rasa macam tak boleh nak buat pasal aku tak boleh nak fokus dua peperiksaan dalam satu masa. Aku sedar aku bukanlah seorang yang genius. 
Bonda cakap senang saja, "kita rancang, kita usaha, kita buat dan kita tawakal. Apa pun keputusannya, itulah rezeki kita." Ayahanda tak cakap apa-apa tapi aku tahu itu jugalah yang dia mahu.

Aku ingat lagi masa aku nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Peperiksaan ini lah penentu masa depan aku. Sekali lagi aku diburu rasa takut sebab masa form 4 aku terlalu bersenang-lenang. hinggakan masuk form 5, satu apa pun aku tak faham tentang biologi, fizik, matematik dan matematik tambahan. Masa ni apa yang aku fikir satu saja, nasib lah apa nak jadi pun.
Bonda cakap senang saja, "kita rancang, kita usaha, kita buat dan kita tawakal. Apa pun keputusannya, itulah rezeki kita." Ayahanda tak cakap apa-apa tapi aku tahu itu jugalah yang dia mahu.

Berapa kali bonda ingatkan aku tentang perkara ni. Aku rasa bukan soal pelajaran saja. Soal-soal lain pun bonda sentiasa gunakan ayat yang sama. Tapi macamana kadang-kadang aku boleh terlupa terutama bila aku ditimpa masalah. Pesanannya cukup ringkas tapi penuh pengisian. Kadang-kadang aku terfikir, sampai bila aku perlukan bonda sebagai pengingat yang setia.

Semoga ALLAH sentiasa memelihara, memanjangkan usia serta memberi kesihatan pada bonda dan ayahandaku... 
Sayangilah orang tua kita sama ada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia...
Ingatkan aku supaya sentiasa ingat tentang ibubapaku...

4 comments:

naz said...

amin untuk mereka :)

Dadu itu petak said...

amin..moga hidup mak ayah dibawah lembayung rahmatnya...

huhu..supaya cikgu ingat peasanan mak cikgu,,ni ada keywordnya..

RAUS BUTA,,HEHE

nyOng.is.me said...

naz : sama2 la kita doa yek...

nyOng.is.me said...

dadu : hehe... thnx utk formula itu.