Showing posts with label Duathlon. Show all posts
Showing posts with label Duathlon. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

Keputusan Malakoff University Duathlon Series 2010

Keputusan dah pun keluar tapi ada satu yang missing, untuk kategori relay di UM. Tak tahu apa masalahnya. Tunggu sajalah kalau ada nanti.


Klik kalau tak nampak!


Untuk keputusan penuh klik ini : DuathlonSeries!

Malakoff University Duathlon Series 2010 : Keluarga Makin Bertambah!

Alhamdulillah...


Pada 7 Ogos lepas merupakan hari terakhir MUDS dan UPM menjadi venue kemuncak. Seperti yang aku janjikan aku akan ceritakanlah serba sedikit penglibatan aku dan kawan-kawan yang lain dalam siri duathlon ni. 


24 Julai 2010 : Universiti Pertahahanan Nasional Malaysia (UPNM)


Hari yang agak kucar-kacir. Haha.... Disebabkan hampir semua antara kami tak pernah pergi venue ni, kami sesat sampai ke Putrajaya. Pusing sana, pusing sini, tak jumpa-jumpa tempat yang dituju. Bila dah jauh sampai ke Putrajaya barulah tefikir nak guna GPS. Adoyai... Lagi 15 minit nak mula baru kami sampai.
Untuk siri ini, aku join Mat dan Anep untuk kategori Men's Relay. Tak ada masalah. Tapi untuk kategori Mixed Relay, aku terpaksa mencari seorang pelari baru disaat-saat akhir, Syazrul menggantikan Zahir yang cedera akibat kemalangan beberapa hari sebelum kejohanan. 9 jahitan kena pada lengannya, takkanlah aku nak biar Zahir lari juga. Amat kejam keputusan tu.
Dalam kategori Mens pula tak ada wakil. Sepatutnya Mc yang masuk. Tapi dia awal-awal lagi dah excident, beberapa hari sebelum Zahir. Dah nasib... Mc boleh lagi nak masuk, tapi dia cakap dia nak rehat untuk fokus pada triathlon esoknya di Port Dickson (klik sini).
Keputusan dah keluar. Team aku dapat nombor 8 daripada 18 team dengan masa 1:07:40. Manakala mixed meraih tempat ke-8 daripada 13 team dengan masa 1:22:23. Permulaan yang agak lambat tapi boleh diperbaiki untuk siri akan datang.




31 Julai 2010 : Universiti Malaya (UM)


Beberapa hari sebelum siri yang ni, aku mengalami masalah gangguan emosi sikit antara nak masuk acara relay atau single. Aku tak pernah masuk single dan aku akui yang aku lebih bagus pada larian (riak!), bukan kayuh. Tapi semasa aku temankan Mc di triathlon PD, aku mendapat petunjuk, sudah masanya aku mencuba kategori single
So, dengan kembalinya Hadi dalam team, aku terus daftar dalam kategori Mens. Hadi pula membantu Mat dan Anep dalam kategori Men's Relay
UM adalah satu-satunya venue yang aku sertai tahun lepas sebagai seorang pelari (klik sini). Masa tu Luqee bertindak sebagai rider basikal. Dia adalah cerita tentang betapa 'anker'nya bukit dalam UM ni. Bukit Cinta namanya. 
Bila aku sendiri dah cuba bukit ni, baru aku tahu bahawa bukitnya memang 'keras'! Damn... Tinggi gila! Serius aku masa tu dah nak give-up. Tapi bila aku tengok pakcik tu selamba hadap jek kayuh, terpaksa jugalah teruskan. Dah nama pun Bukit Cinta, memang sempat jugalah aku berchenta ngan bukit tu.
Huh, mungkin aku patut sedar. Rugi bagi aku masuk acara single walhal aku boleh bantu team untuk placing. Aku dapat tempat ke-62 daripada 66. Masa 1:21:25. Chett... Padan muko den!




7 Julai 2010 : Universiti Putra Malaysia (UPM)


Venue terakhir! 
Dan untuk siri ni lah aku berjaya menghasut beberapa orang kawan untuk sama-sama menyertai keluarha duathlon. Bila dah ramai ni lah seronok. Haha... Macam-macam hal.
Dua orang atlet, Hanif dan Sabri memperkuatkan dua team mixed. Manakala Jawa, baru beli basikal Exitway, merupakan insan yang paling mudah untuk aku racun fikirannya. Haha...
Untuk siri terakhir ni, aku daftar untuk single. Tapi entah kenapa pula perut aku meragam. So, Mat lah yang menjadi sasaran aku. Tahniah kepada dia kerana menerima cabaran aku untuk menggantikan aku dalam acara single, dan aku ganti dia untuk acara Men's Relay
Keputusan rasmi masih belum keluar. Tak tahulah kenapa lambat sangat. 




So, dengan ini aku nak ucapkan tahniah lah pada atlet-atlet ku; Mc, Hadi, Mat, Anep, Luqee, Mirul, Hanif, Sabri, Jawa, Syazrul, Ataeya dan Wahida. Tak lupa juga pada kru-kru yang memberi komitmen; Izza, Zahir, Mat Ros dan Fitri.
Terima kasih daun selasih!

Wednesday, August 12, 2009

Keputusan MALAKOFF University Duathlon Series 2009 @ UM

Akhirnya keputusan penuh untuk MALAKOFF University Duathlon Series 2009 bagi siri di Universiti Malaya telah keluar. Alhamdulillah! Itu saja yang dapat aku ucapkan sewaktu menerima panggilan dari Mc yang sedang bertugas di SK Dato' Akhir Zaman yang 'mengumumkan' regu kami telah berjaya mendapat tempat ke-13 daripada 27 buah kumpulan dengan catatan masa rasmi 1:07:34. Satu keputusan yang begitu memberangsangkan.. Haha.. Riaknya aku rasa! Tak percaya? Klik ini keputusan
Ini keputusan untuk regu aku yang terdiri daripada aku, Luqman dan Mat yang turun menggantikan Hadi.
Mc juga berjaya menempatkan diri dalam kelompok 21 terbaik daripada 57 orang peserta dalam kategori Mens University dengan catatan masa 1:01:28.
Akhirnya anjakan paradigma paling besar telah aku lakukan dalam hiudp ini!

Hahahahahahahahahahahahaha.... Lihatlah,duniaku!

Saturday, August 8, 2009

MALAKOF University Duathlon Series 2009!

Bagi dua siri terawal di Universti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), aku lebih bertindak selaku pengurus kepada sahabat dan mentorku, Mc. Mungkin belum masanya bagi aku untuk menjadikan diri aku sebagai salah seorang 'keluarga' MALAKOF.
Namun, entah macamana terbuka pintu hati ini untuk menyertainya walaupun aku belum pernah berlatih 'segila babi' macam Mc demi untuk duathlon! Aku hanya ada seminggu untuk mempersiapkan diri aku sebelum bertanding di arena terakhir di Universiti Malaya (UM).
Kategori Mix Relay pada mulanya menjadi sandaran aku. Hadi sudah menyatakan persetujuan lebih awal untuk mengikuti kejohanan tersebut. Malangnya srikandi yang dicadangkan, Siti Aminah tidak dapat meluangkan masa kerana terdapat masalah-masalah tersendiri. Tak mengapalah.
Seterusnya, aku melihat pada kategori Men's Relay pula. Nama yang tersenarai pula rasanya cukup melegakan hatiku. Zahir sebagai pelari pertama, Hadi akan berkayuh dan aku sebagai pelari terakhir. Mendapat sahaja regu terbaik ini, aku sudah memulakan latihan. Agak mengecewakan sedikit apabila larianku begitu 'hampeh', 7 minit untuk larian sejauh 1500 meter. Sudah lama tidak berlarilah katakan. Tak mengapalah.
Dalam mempersiapkan diri, tiba-tiba Zahir terpaksa menarik diri kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Aduh, dugaan lagi. Tidak mengapalah. Terpaksa mencari orang lain bagi memenuhkan saf regu kami.
Akhirnya, kata putus telah dibuat Luqman dipanggil sebagai pengayuh basikal, manakala Hadi dan aku sebagai pelari pertama dan terakhir. Lukman yang memang sudah terserlah kehebatannya mengayuh mountainbike Exitway Norfolknya semasa sama-sama mendaki Bukit Miku menjadi penguat semangat aku untuk terus berlatih.
Dua hari sebelum kejohanan, dugaan datang lagi dengan duka berbaur kegembiraan. Hadi dipanggil untuk menjalani latihan bola sepak di Kedah untuk SIPMA tahun ini. Aduh... Aku terdiam sejenak. Borang dah siap, yuran juga sudah dibayar. Tak mengapalah. Terpaksa aku mencari pengganti Hadi. Setelah bersama-sama memujuk Mat, akhirnya dia tewas setelah aku berjaya menjual muka 'seposen'.
Pada hari kejohanan, aku sendiri agak gusar dan gemuruh. Melihat peserta-peserta semua bagai menggila di arena terakhir ini. Tapi bagi membantu Mat yang sudah berpeluh-peluh ketakutan walaupun belum memanaskan badan, aku buat selamba sahaja. Tekad kami semua hanya ingin menghabiskan pertandingan ini, tidak kira di tempat yang ke berapa sekalipun.
Aku terpaksa bertindak sebagai pelari pertama. Langkah awal agak cacat sedikit kerana terlalu mengejar Mc yang tidak jauh di hadapan. Namun, aku belajar tiada gunanya mengejar orang lain jika ia hanya memenatkan dan mengganggu mental. Jadi, aku memperbetulkan langkah dan berjaya menghabiskan larian lebih kurang 16 minit. Walaupun tidaklah sebaik peserta UPNM, aku tetap berpuas hati kerana berjaya meninggalkan peserta-peserta siri terdahulu. Apa yang menjadi kemusykilan dan ralat di hati ialah aku telah dipotong oleh 2 orang srikandi yang aku sendiri
terpaksa memberi tabik 'spring' pada mereka, Akak Trikidz dan Akan berskaf Adidas yang sudah lama aku usha, dari siri pertama lagi.
Luqman meneruskan cabaran dengan mengayuh sejauh 11 kilometer. Dia berjaya mencipta kenangan terindah apabila dengan selamba 'menghenyak' mountainbikenya pada bukit yang mencabar, meninggalkan pesaing yang terpaksa menyorong basikal racing! Luqee, lu memang
gila!
Dan terakhir sekali, Mat meneruskan larian sejauh 3.5 kilometer dengan hati yang gundah-gulana. Namun, aku puji anak muda ini kerana berjaya menghabiskan larian dengan senyuman meleret ke telinga. Hilang semua rasa gemuruh sewaktu melintas garis penamat.
Walaubagaimanapun, keputusan rasmi masih belum dapat dilihat. Tak tahu kenapa lewat pihak MALAKOF mempamerkan keputusan di web mereka.

Kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan yang banyak memberi dorongan, Mc, Luqman, Hadi, Maswafi, Mat, Zahir dan semua-semualah, tak dapat nak sebut semua. Terima kasih banyak-banyak!

Mc berlari menuju ke garisan penamat sambil Luqman memerhati di hujung sana.

Mat pun bergaya sewaktu menuju ke garisan penamat.

Regu aku yang terdiri daripada Mat, aku sendiri dan Luqman.

Bergambar kenangan sebelum pulang bersama Exitway Norfolk milik Luqman yang berjaya menewaskan banyak basikal racing lain.

Tahniah Mc!
Tahniah Luqee!
Tahniah Mat!
...dan Tahniah AKU!!!