Sunday, May 15, 2011

KL Tower International Night Towerthon Challenge 2011

"Apa yang paling menggembirakan dalam hidup engkau?"

Soalan tu aku tanya untuk aku sendiri jawab.

"Aku gembira kalau orang lain gembira."

Jawapan tu aku jawab bagi soalan yang aku sendiri tanya.



Tahun 2010
2051 anak tangga = 23.39s = tempat ke-251
Faktor = Latihan mencukupi, berat badan 55kg, hanya berhenti di 2 water station saja.

Tahun 2011
2051 anak tangga = 47.07s = tempat ke-1077
Faktor = Latihan tidak mencukupi, berat badan 60kg, berhenti di setiap water station (siap buka warung kopi lagi), menggalas makhluk halus (D3100).

Lihatlah perbezaannya. Berita baik atau buruk?  Ya... Berita buruk, teramat buruk.

Tapi yang ada juga berita baiknya. Ini dia...




Kegembiraan...


Aku seronok kerana kakiATHLETE semakin ramai pengikut dan tak lama lagi kakiATHLETE Sports & Recreation Club akan ditubuhkan secara rasmi! 


Hip Hip Hip Hoooorrrreeeeeyyyy!


Sesiapa yang berminat, boleh join facebook kakiATHLETE
Gambar-gambar semasa di sana ada di sini. --------> KLIK.
Keputusan di sana pula ada di sini. ----------> KLIK.


Tahniah untuk kakikaki yang berjaya menawan menara hari tu.