Tuesday, August 24, 2010

Tolong... Aku Perlukan 'Second Wind'!

"Semasa saya mendaki, saya sudah hilang tenaga tetapi bekalan semangat saya masih banyak untuk bawa saya ke atas!" (Baca lagi...)


Orang sering berkata, kadang-kadang kekuatan mental boleh mengatasi kekuatan fizikal. Apa tu? Betul ke? Macamana ek? 
Kadang-kadang orang pun ada kata, apa guna berbadan besar kalau tak ada otak! Wah, kasar betul ayatnya. 
Apa kaitan otak, mental dan semangat dengan angin kedua (second wind)? Apa tu angin kedua sebenarnya?


Angin kedua itulah sebenarnya semangat. Ia wujud apabila seseorang itu sudah hilang atau hampir hilang keupayaan fizikal atau dalam bahasa paling mudah apabila seseorang itu sudah letih. Keadaan ni kebiasaannya berlaku dalam diri atlet dan ia cukup membuktikan bahawa angin kedua inilah secara saintifiknya boleh mendorong seseorang atlet itu untuk menamatkan acara masing-masing terutama bagi atlet marathon atau road runner. Walaubagaimanapun, ia tetap wujud dalam sukan-sukan lain. Fenomena angin kedua (semangat) ni selalunya berlaku secara tiba-tiba apabila atlet sudah penat dengan bantuan oksigen yang membina asid laktik dalam otot. 
Bagaimana mahu wujudkan angin kedua dalam diri?
Aku cukup suka dengan angin kedua ni. Ia cukup berkaitan dengan psikologi. Sebab tu orang kata orang sukan kena kuat dari segi fizikal dan mental. Sejarah hidup aku tak pernah menunjukkan sisi aku sebagai seorang atlet sejak sekolah dulu tapi bermula tahun lepas aku cuba berjinak-jinak dengan dunia sukan terutama yang melibatkan larian seperti marathon, towerthon dan duathlon. Keadaan ni sudah membuktikan angin kedua ni wujud dalam semua diri manusia cuma bagaimana kita mencari dan menggunakannya. 
Aku bagi contoh paling senang. Katakan aku perlu berlari sejauh 3 km. Sebelum berlari, seperti biasa aku perlu bersedia dengan latihan, pemakanan dan sebagainya. Perancangan aku senang saja (terpulang pada atlet itu sendiri), 1 km pertama aku akan laju, 1 km seterusnya aku akan cuba kekalkan larian pada jarak sederhana dan 1 km terakhir aku akan buka langkah semula. Untuk 1 km pertama dan kedua tu mungkin aku aku boleh buat tapi bagaimana aku mahu memulakan semula larian yang laju untuk 1 km terakhir walhal aku sudah penat dan kehabisan tenaga? Masa inilah aku akan gunakan angin kedua. Semangat yang wujud dari kekuatan mental! Dalam setiap acara yang aku sertai aku tak pernah meletakkan sasaran untuk menang tapi cukuplah sekadar berjaya menamatkan saingan. Keadaan sekeliling itu sendiri boleh membantu kita 'mencari' angin kedua; kita membuat anggaran garisan penamat, melihat atlet lain yang sedang meneruskan cabaran dan lain-lain lagi. 


Sekarang anda sudah faham kan konsep angin kedua ni. Sebenarnya angin kedua ni bukan saja berlaku dalam bidang sukan saja. Ia juga boleh bertindak sebagai metafora besar dalam kehidupan seharian kita termasuklah dalam pembelajaran, karier dan juga boleh digunakan apabila kita berhadapan dengan masalah-masalah. Bagaimana? Anda sendiri perlu berusaha untuk mencarinya. Aku hanya mahu berkongsi pengalaman dan pengetahuan. 




Aku bukanlah atlet yang bagus kerana aku sendiri bermula lambat tapi sumbangan idea aku ni aku harap dapat membantu atlet yang bagus untuk menjadi lebih bagus lagi! Selamat berjaya!

2 comments:

cryclown said...

aku lak nak cari ribut taufan..hehehe..gnas skit:P

illianahidayah said...

owh...ni member pakcik aku eh...hahha...beb..thanx follow aku!