Saturday, September 19, 2009

CL 09/10 : Ibra, Gunners Bikin Panas!

Perlawanan yang live di tv hanyalah perlawanan antara Inter Milan menentang Catalan. Manakala Gunners bertandang ke Liege bagi memenuhi tuntutan perlawanan pertama peringkat kumpulan CL.
Bagi aku mungkin Gunners tiada masalah berbanding Barca yang akan berlawan dengan Inter Milan di San Siro. Mungkin tekanan akan menjurus tepat ke arah Abang Berahim. Maklumlah, pulang ke kampung halaman dengan
tittle sebagai pemain lawan. Separuh masa pertama begitu membingitkatkan aku. Gerakan cantik yang banyak diatur oleh pemain Catalan seolah-olah mahu dihampakan oleh pemain Sweden ni. Tak tahu apa kena. Tak cukup dengan Xavi, Messi pun seolah-olah sudah habis skill nak bagi bola cantik pada Ibra, semuanya dihampakan. Apa yang aku pelik, Guardiola masih percaya padanya. Dia lebih rela mengeluarkan Henry yang cukup berstamina. Geram pula aku tengok. Rindu pula tengok Eto'o yang kini bermain dengan Inter Milan. Akhirnya, kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Berlainan pula dengan Gunners. Menang tapi bikin panas juga. Baru minit ke-5 dah kene 2-0. Apa cerita? Ingatkan senang saja nak menang, tup-tup susah juga.
Untung saja gol jaringan Bedtner, Vermalean dan Eduardo berjaya menidakkan badi kekalahan buat kali ketiga berturut. Kalau kalah juga, aku isi borang siap-siap masuk team m.c. lah.!

Wednesday, September 16, 2009

Anda Boleh Menjawab. Satu Minit Dari... Sekarang!

Kali ini aku ada empat teka-teki yang nak anda semua jawab. Jawab dulu, jangan tengok jawapan...

1. Jilat sampai betul-betul basah, bila sudah basah baru cucuk.
2. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah nak climax pegang buah
3. Apa yang paling pandai dalam makmal?
4. Antara ekor lembu dengan ekor tikus, yang manakah lebih panjang dan kenapa?


1. Masukkan benang dalam lubang jarum
2.Panjat dan petik buah kelapa
3.Termometer sebab banyak degree
4.Ekor tikus sebab panjang hingga cecah ke lantai

Fikirkan mu, m.c., MQF dan Banyak Lagi...

Sudah lama tak menulis di sini. Tak tahulah banyak sangat benda nak difikirkan. Kerja itulah, kerja inilah, masalah itulah, masalah inilah... Serabut!

Rasanya, aku dah tak menulis sejak kekalahan The Gunners dengan pasukan syaitan merah tu. Dahlah sakit hati sebab kalah, tambah pula sakit hati sebab kene 'paku' dengan pengikut setia pasukan tu. Adoilah... Kejamnya mereka semua ni.
Tak cukup dengan budak syaitan merah, sekali lagi aku dan geng Gunners yang lain dipaku. Kali ini dengan budak m.c.. Cilabai betul! Ada ke
fans m.c. di asrama ini. Alah, ni kalau bukan budak hardcore m.c., tak lain tak bukan mesti budak-budak dari pasukan syaitan merah, rumah biru dan rumah merah yang cuba menambah 'lauk', lantas meranapkan harapanku pada The Gunners. Apalah nasih badan... Mmm... Tak apalah. Masa masih panjang lagi. Jaga kau Adebayor. Bagi kau gembira dulu. Nanti baru merana. Sama juga dengan bekas idola aku tu, si Kolo Toure. Tak apa... Tengoklah nanti. Apa-apa pun, gembira juga sebab Rosicky yang lama injured, sudah kembali beraksi. Siap jaringkan gol lagi dalam perlawanan tu. Lu gempaklah Mr. Rosik! Haha...
Mujur saja lagi satu kelab tajaan aku, Barca menang dalam perlawanan liga. Bolehlah nak merawat luka dalam hati ini. Aku malas nak komen pasal perlawanan tu sebab aku sendiri tak tengok. Hehe... Kalau nak tau keputusan atau perlawanan samada Gunners atau Barca, klik saja pada bahagian sambungan tu.
Satu lagi yang memeningkan aku semenjak beberapa minggu ni ialah pasal MQF yang nak tengok pembelajaran aku dan kawan-kawan yang lain sepanjang berada di IPGM. Tak tahulah samada aku nak kutuk atau puja benda-benda ni semua. Tapi yang penting kalau kami gagal menyediakan apa yang MQF nak, sia-sialah pengorbanan aku dan yang lain sepanjang berda di IPGM ni!