Saturday, March 27, 2010

Bahagian 2 : KL Tower International Forest Towerthon Challenge 2010 (23:46)

Pagi tu kami bangun awal, tak nak telat untuk ke KL Tower. So, lepas mandi dan solat kami pun menuju ke destinasi. Mula dari sini jantung aku tak menentu berdegup. 
Sampai di stesen Dang Wangi, sebatang demi sebatang winston biru menjadi penenang jiwa kacau. Dalam hati memang rasa nak tarik diri tapi mengenangkan RM40 yang sudah dilayangkan, tak apalah, redha saja.
Seawal 6.30 pagi, perkarangan KL Tower dah penuh dengan orang. Tapi mata tetap ligat mencari sesuatu, bukan pesaing tapi awek yang boleh dijadikan 'teman' semasa mendaki nanti. Haha... Ramai woo... Nasib baik aku bukan macam Mc.
Setelah mendaftar dan sarapan, aku pun siapkan diri. Warm-up jangan lupa. Biar lambat asalkan tak cedera nanti. Naik tangga dengan naik bukit lain. Kalau bukit tu aku boleh gagah lagi, tapi naik tangga ni cepat menangkap pada betis dan paha. So, warm-up dan streching kena betul. Kalau tak menangis nanti. Penganjur juga mengadakan aktiviti senamrobik pagi tu, malangnya ramai yang tak ikut walaupun aku, Mc dan Amirul macam orang gila menari poco-poco di belakang sana.

Sebelum mula memang aku selesaikan apa yang belum selesai. Takut nanti dah lari mula lah terfikir macam-macam, hati pun tak senang. Beg-beg semua disimpan di tempat yang disediakan pihak penganjur. Cuma bila menyentuh bab air kecil dan air besar ni rasa tak seronok pula. Penganjur memang dah sediakan tandas mobile untuk peserta. Malangnya tak berapa praktikal lah tapi lebih baik ada daripada tak ada. Peserta pun ingat-ingatlah bahawa tu tandas awam. Cara-cara nak jaga tu rasanya tak payahlah nak sebut kot. Sendiri mau ingat lah... Jadi, terpaksalah, kami berebut untuk 'menenangkan' diri di dalam tandas SHELL berhampiran. Lega rasanya...
Kategori kami bermula pada 8.30 pagi. Kami perlu berlari lebih kurang 300 - 400 meter menuju ke pintu masuk KL Tower sebelum memulakan aktiviti mendaki tangga. Ketika berlari di luar menara, aku cuba mempercepatkan langkah sebab aku fikir masa tu lah aku nak curi masa dan nak potong peserta lain. Pasal nanti kalau dah berada di tangga memang susah nak buat benda tu. 
Tengah sedap-sedap lari tu aku tengok dah ada peserta (kategori A fasa 1 dan 2) dah ada yang turun. Pelik ada, salute pun ada. Mc cakap tahun lepas pelari Kenya berjaya buat dalam masa 30 minit. Ni orang Malaysia pun boleh buat. Wah, bangga woo...!
Sampai di tangga, aku hanya berjalan. Keadaan sesak dan tangga kecil membataskan pergerakan aku. Tapi nak buat macamana, kena pandai cari 'lubang' lah kalau nak cilok. 
Disebabkan aku telah mengambil 'ubat' penenang berjenama winston biru melebihi dos tadi, nafas aku agak terganggu. Ditambah dengan peredaran udara berada pada tahap rendah di situ. Tapi bila fikir nak cepat sampai, semua tak jadi masalah. 
Apa yang menarik, aku belajar sesuatu di sini. Walaupun peserta ada yang tidak kenal antara satu sama lain, tapi tidak menjadi masalah untuk memberi semangat sesama sendiri. Malaysian is nice, dude!
Dan akhirnya aku sampai di deck dengan catatan tak rasmi 23 minit 46 saat. Keputusan yang agak mengejutkan. Aku buat bawah 30 minit... Jauh dari sasaran aku, Mc dan Mirul untuk buat di bawah 1 jam 30 minit. 
Bagi menghilangkan penat, kami bertiga sempat berjalan-jalan di pelantar pemandangan, melihat keindahan ibu kota sambil menunggu lif sampai untuk membawa kami turun. Takkan nak turun lalu tangga juga. Tergolek aku... Haha...
Towerthon 2010 membuat sejarah baru bagi aku untuk melibatkan diri dalam sukan seumpamanya. Jika tahun lepas aku berjaya menyertai duathlon, tahun ni banyak lagi aku nak buat. InsyaALLAH (dengan izin ALLAH).
Sebelum pulang, kami sempat singgah di Pasar Seni. Bertuah hari tu sebab kami dihiburkan oleh kumpulan Bali-Bali. Siap dendangkan lagu untuk kami lagi, APO NAK DIKATO!
"Semasa saya mendaki, saya sudah hilang tenaga tetapi bekalan semangat saya masih banyak untuk bawa saya ke atas!" - Nyong



Nak baca lagi : Masquarade / Tentang Aku... / Bernama / Running With Passion
Lari, lari juga... Jangan lupa matlamat utama program ini. SELAMATKAN HUTAN! HUTAN ANUGERAH YANG TIDAK TERHINGGA UNTUK KITA!

2 comments:

cryclown said...

sesungguhnya...sesungguhnya...sesungguhnya...aper yer...kihkihkih...
well done my friends...our aims this year is powerman..you will come with me as challenger, not supporter..
our interest...

bayang hitam said...

wooo...giler ah...sape yg menang? bape ctatan beliau?