Friday, December 18, 2009

Jangan Bagi Mereka 1 Sen Pun!

Akhir-akhir ini, kerap aku membaca dan mendengar berita skandal Tiger Wood. Tepuk dahi aku dibuatnya. Mamat ni aku rasa dah tahap legenda, ikon sukan golf. Tapi tengok, disebabkan tersilap langkah, habis semuanya.
Seperti yang anda semua tahukan, Tiger Wood memang dah kaya tahap dewa. Duit memang tak tahu nak buat apa dah. Mungkin sebab tu sampai buat benda-benda bodoh macam ni. Tengok sajalah dari atas sampai bawah, semua Nike taja. Bertuah betul badan. Kan best kalau Nike atau Adidas taja aku macam tu. Haha...
Disebabkan kontrovesi ni, Nike dah nekad nak tarik balik tajaan terhadap Tiger. Memang patut pun, reputasi dah tercalar kan... Buang duit saja kalau taja. Baru-baru ni aku ada baca, Puma pula cuba mendapatkan isteri Tiger untuk dijadikan duta barangan mereka. Wah, ambil kesempatan pula yek...
Sebab tu lah orang cakap, disebabkan duit dan harta, hidup pun boleh jadi tak tentu arah. Duit banyak pun belum menjamin kebahagiaan.

Jadi, kesimpulannya janganlah bagi duit atau habuan banyak-banyak pada skuad emas bola sepak negara itu. Bukan apa takut mereka tak tahu nak gunakan ke arah yang betul . Sayang nanti mereka sampai tahap ni saja, tak boleh pergi jauh. Pada aku, ini skuad paling mantap. So, janganlah dimanjakan atau disia-siakan bakat mereka ni.
Setakat menang emas ni belum tentu menunjukkan sukan bola sepak Malaysia sudah kembali maju. Banyak lagi yang mereka perlu lakukan... Kalau boleh 1 sen pun jangan bagi. Haha... Betul tak?

Tahniah... Lama dah aku tunggu. Tak sia-sia aku bagi peluang.

Maal Hijrah... Ada Azam Untuk Tahun Ini?


Thursday, December 17, 2009

5 Filem Mesti Tonton!

Kalau nak diikutkan, tahun ni aku banyak terlepas menonton filem-filem terbaik dan yang paling aku menyesal pasti saja ketinggalan menonton filem Talentime dan This Is It, filem dokumentari berkisarkan kehidupan Raja Pop, Micael Jackson beberapa hari sebelum pemergian mengejutnya.
Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya. Untuk coretan kali ini, aku ada bagi cadangan tentang beberapa filem yang menarik untuk ditonton.

Sang Pemimpi (Riri Riza)
Filem ini merupakan kesinambungan dari filem Laskar Pelangi. Ya, filem hebat yang penuh dengan suka-duka yang pernah menambat hatiku!
Sang Pemimpi sekali lagi diangkat dari novel tulisan Andrea Hirata. Secara keseluruhannya, novel tulisan beliau ini terdapat 4 siri kesemuanya; Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov (Mimpi-mimpi Lintang).
Sekali lagi Riri Riza diberi kepercayaan mengarahkan filem ini. Aku sendiri cukup suka sentuhan pengarah muda ini dalam filem terdahulunya.
Dalam filem Sang Pemimpi, ia berkisarkan kehidupan watak utamanya, Ikal ketika berada di SMA. Kali ini Ikal digandingkan dengan watak baru; Arai, saudara jauhnya serta Jimbron, lelaki yang terlalu obses dengan kuda!
Filem kali ini lebih menunjukkan sikap keremajaan Ikal, maklum sajalah dah masuk SMA, kalau di Malaysia kira macam sekolah menengah lah... Apa yang menarik, walau sudah lama berlalu, Ikal masih menunggu kekasih hatinya sejak kecil yang telah berhijrah ke Paris.
Mungkin satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah percubaan pertama Ariel dari kumpulan popular Indonesia, Peterpan. Ariel memainkan watak Arai dewasa. Nak tahu macamana lakonannya, nantikan filem menarik dari seberang ini. (Lagi...)

Muallaf (Yasmin Ahmad)

Tentu saja aku tidak akan ketinggalan menonton setiap filem arwah. Biar apa orang
nak kata, aku tonton filem sekular atau apa saja, biarkan. Apa yang penting, aku puas dan aku faham untuk mengaplikasikan apa yang aku lihat sebaik-baiknya.
Muallaf merupakan filem arus perdana ciptaan minda kreatif Allahyarham Yasmin Ahmad. Ramai yang kata filem ini agak 'keras' kerana menyajikan perihal yang dapat mengganggu sensitiviti masyarakat. Siapa yang tidak kenal Yasmin Ahmad kan, semua filemnya membawa nilai 1 Malaysia yang mengganggu gugat hati rakyat Malaysia. Tetapi bila PM melancarkan kempen 1 Malaysia, ramai pula yang setuju, walhal arwah sudah lama membawa mesej tersebut...
Muallaf yang dianaktirikan di bumi sendiri serta menjadikan Singapura sebagai persinggahan pertama tayangannya berkisarkan tentang 3 individu Rohana, Rohani dan Brian. Rohana dan Rohani lari dari ayah mereka yang zalim manakala Brian pula berjauh hati dengan ayahnya yang pernah menghukumnya. Apa yang menarik dalam filem ini mungkin dengan konsep yang Yasmin bawa dari dulu dalam kesemua produknya, konsep kedamaian dalam masyarakat berbilang kaum.
Jangan lupa saksikan Amani berkepala botak dalam filem yang banyak memenangi anugerah di luar Malaysia ini. (Lagi...)

Alice in Wonderland (Tim Burton)
Selepas bergabung dalam beberapa filem sebelum ini termasuklah filem hebat Edward Scissorshands dan Sweeney Todd, sekali lagi Tim Burton memanggil aktor hebat, Johnny Depp untuk beraksi dalam filem remake, Alice in Wonderland.
Filem ini memang aku cadangkan ditonton bagi sesiapa penggemar filem-filem fantasi.
Filem ini sudah beberapa kali dibuat, tetapi bila berada di tangan Tim, aku dapat agak bagaimana hasilnya. Tim cukup terkenal dengan filem melankolik dan gelapnya. Lihat saja beberapa hasil kerjanya. Bagi aku, tengok gaya saja aku dah tahu ini memang hasil kerja Tim Burton.
Alice in Wonderland mengisahkan seorang budak perempuan yang 'terperangkap' dalam dunia penuh fantasi dan imaginasi. Tak sabar nak tengok filem ini. Jangan ketinggalan... (Lagi...)

Estet (Mamat Khalid)

Seterusnya, aku mencadangkan anda semua untuk menonton filem hebat Mamat Khalid ini. Beliau cukup popular dengan karya-karya sinikal seperti Zombie Kampung Pisang dan Man Laksa. Paling best aku rasa cerita ROCK kot. Haha...
Apabila bebrbicara tentang estet, pasti otak terus menangkap pada kaum India. Namun, Mamat Khalid menjadikan karya ini sebagai platform menyatupadukan semua kaum di Malaysia, bukan memperkecilkan sesuatu kaum dengan menganggap kaum India adalah golongan kasta yang memang hidup di estet-estet.
Dalam filem Estet ini, Mamat Khalid cuba meyemarakkan keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum. Siap ada joget-joget ala Bollywood... Eh, bukan. Kollywood. Hehe...
Sebelum ini, Jac dicanangkan sebagai pemeran watak heroin disamping Farid Kamil tapi Jac menolak atas dasar ketidakpuasan hati apabila menganggap estet hanya untuk orang India saja. Sepatutnya, Jac lebih berbangga kerana sejak golongan India di bawa masuk ke Tanah Melayu dan diletakkan di estet-estet hingga mereka berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar getah terpenting di Asia. Cuba fikir kalau tak ada mereka macamana...
Tapi, pengganti Jac tu boleh tahan juga lawanya.. Hehe... So, jangan lupa tengok kupasan Mamat Khalid dalam filem ini.

Invictus (Clint Eastwood)
Akhir sekali, aku nak cadangkan pada semua untuk menonton filem hebat ini. Bagi sesiapa yang suka tengok filem yang diadaptasi dari kisah benar macam aku, tak sepatutnya ketinggalan menyaksikan filem ini. Tambah-tambah lagi ia diarahkan oleh pengarah tersohor yang pernah menghasilkan banyak filem hebat seperti Mystic River dan Million Dollar Baby. Siapa lagi kalau bukan Clint Eastwood!
Invictus adalah sebuah kisah benar mengenai tokoh dunia terkenal, Nelson Mandela. Filem ini menceritakan bagaimana beliau cuba bangkit dalam karier politiknya yang hampir hancur kerana dipenjarakan. Bagi sesiapa yang tak kenal Mandela ni, beliau lah individu yang menentang dasar Apertheid.
Bagi menyatupadukan rakyatnya. Nelson memilih bidang sukan sebagai medium utama. Sebut saja Afrika Selatan, tentu saja sukan ragbi yang paling diingati. Melalui sukan inilah Nelson Mandela berjaya menyatupadukan Rakyatnya.
So, mesti tengok filem hebat ini yek! (Lagi...)

File-filem ini sekdar cadangan saja. Tetapi bagi aku lah, aku kena tengok. Hehe.. Takut nanti menyesal.

Tuesday, December 15, 2009

Masihkah Ada Sinar? Beri Dulu Mereka Peluang...

Baru-baru ini aku tak ketinggalan menonton perlawanan antara Arsenal menentang Liverpool. Melihat hanya aku dan Ijal yang bersungguh-sungguh menyokong Arsenal membuatkan aku agak sedikit gementar, tambah lagi bila Kuyt membubuh gol pertama untuk skuad merah itu. Aduhai, takkan kalah lagi... Kalau kalah memang susah lah jawabnya nak kejar syaitan merah dengan rumah biru.
Mujur sahaja penantian aku tak berakhir dengan sia-sia apabila dapat juga meraikan gol saguhati dari Glen Johnson yang tertampan bola ke gawang sendiri. So, sekarang aku kena tunggu sampai habis, nak tengok menang atau kalah atau sekadar seri.
Arshavin, setelah lama tak menyumbat gol cantik akhirnya menghadiahkan kemenangan pada penyokong Gunners yang dari tadi kena 'bakar', bukan dari penyokong rumah merah, tapi penyokong-penyokong dari kelab syaitan merah dan rumah biru. Haha... Cukuplah sekadar menang 2 - 1 daripada kalah mahupun seri.
Dalam akhbar hari ini, Fabregas mengatakan Wenger cukup marah dengan permainan mereka. Aku rasa memang patut pun. Aku rasa dalam game tu, Liverpool yang pegang hampir 60 peratus. Skuad Gunners pula secara taktikal memang hancur. Hantar tak sampai, penyudah entah apa-apa. Aku lebih selesa kalau katakan, kemenangan ini hanya disebabkan skuad Gunners bernasib baik.

Skuad Malaysia berjaya juga membuktikan kata-kata mereka untuk bermati-matian dalam perlawanan separuh akhir menentang pasukan tuan rumah, Laos.
Sebelum menyaksikan perlawanan tersebut, mata aku sempat juga hinggap di siaran Singapura menyaksikan pertembungan antara Vietnam dan Singapura. Melihat dari gaya permainan, aku dah boleh agak, tak susah mana Vietnam nak menang. Permainan mereka agak laju terutama sekali ketika membuat counter-attack. Bagi sesiapa yang tak dapat saksikan kekalahan Malaysia di tangan Vietnam tempoh hari, pasti akan mengatakan, "patutlah kalah hari tu. Diorang main best giler!".
Menginjak jam 8.30 malam, aku dan Sep cepat-cepat ke tempat lepak biasa, Kopitiam Kak Long; tak nak ketinggalan saksikan perlawanan hidup mati Malaysia. Niat di hati nak bawa Jalur Gemilang, tapi bila difikir secara waras, tak apalah. Bukan tak patriotik, cuma masih tak yakin dengan skuad Rajagobal ni. Bola tu bulat kan.
Sebelum sampai di sana, aku sempat jugalah tengok gol Baddrol. Boleh tahan cantik. Tapi awal lagi.
Melihat keseluruhan perlawanan tersebut, aku cukup tertarik pada persembahan di awal separuh masa. Setiap pemain bijak berada di posisi masing-masing. Hantaran cukup kemas. Bahagian bek paling bagus pada aku. Aidil, Nasriq dan Muslim cukup keras. Banyak juga hantaran Laos yang berjaya diintercept.
Masalah timbul bila babak kedua. Malaysia sudah mula bermain secara defensive. Bukan tak boleh, tapi terlalu awal. Mereka memang dah tak ada idea untuk buat gol, semua dah turun ke bawah meniggalkan Idlan seorang diri di atas, menunggu sebarang kemungkinan akan membuat counter.
Kesilapan inilah yang membenarkan tuan rumah menyamakan kedudukan. Mujur sahaja menjelang minit 80, Malaysia mengubah rentak permainan. Baddrol dan Safiq berjaya menyumbat gol untuk menamatkan permainan dengan keputusan 3 - 1.
Baddrol yang menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut, aku anggap sebagai pemain terbaik. Tak sia-sialah dia dihantar berguru di Chelsea.
Pada perlawanan akhir Khamis ini, sekali lagi Malaysia akan bertemu dengan Vietnam.
Malaysia dah 20 tahun tak dapat pingat emas dalam sukan SEA. Dengar janji mereka untuk membalas dendam selepas tewas tempoh hari. Tapi, aku tak nak buat prediction awal. Kena tengok game dulu.

Baik Arsenal mahupun Malaysia masih ada lagi sinar harapan untuk berjaya. Biarpun bukan sekarang, aku sanggup beri peluang lagi, tapi tak tahu sampai bila aku nak tunggu...
Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam. Banyak pula stesen tv yang buat siaran langsung. Bagus jugalah...