Wednesday, April 21, 2010

Kalah Kepada Yang Terbaik, Biasalah...

Kalau aku menjadi seorang coach atau manager pasukan bola sepak, pasti aku mahu pemain-pemain yang mantap dan terbaik!
Emm... bukan macam ni. Maksud aku... Pandai main bola, not scandalous! Hehe...
Kalau menjadi coach atau manager sesebuah pasukan bola sepak nanti, aku harap aku bukanlah jenis yang cepat melatah. Aku tahu bukan senang untuk membina sebuah pasukan yang terbaik dan tersanjung. Tapi perlu difikirkan, menjadi nombor satu lebih mudah daripada mempertahankannya. Tekanan berbeza-beza. Jika kita mampu atasinya, bonus untuk kita. 
Walaupun kita mempunyai pasukan yang terbaik belum tentu kita boleh menang untuk selama-lamanya. Cuma yang penting, jangan terlalu merendah diri dan jangan terlalu yakin. Kalah pun tak apa... Nak buat macamana. Lawan memang bermain dengan baik. Tak rugi apa kan... Mungkin rugi sikit kot.

Yang pernah menjadi pujaan hatiku; Barcelona, Manchester United 1999 (skuad trebel), Arsenal, Kedah dan T-Cheers FC!

Gastby Deodorant Street Fair : Sekali Sekala Berpesta - Mengujakan!

Sekali tengok macam penyokong Thaksin sedang melakukan demonstrasi. Haha... Bukanlah!
Ketika mendapat undangan Nuffnang untuk memeriahkan event ni, aku berfikir dua kali sama ada nak pergi atau tidak. Tapi kalau ikutkan bisik hati ni memang betul-betul nak pergi. Saja nak jumpa dengan blogger lain. 
Banyak permainan yang menyeronokkan sepanjang event ni berlangsung. Cuma yang kurang seronoknya, tempat ni kecil sangat nak menampung peserta seramai ni. Mmm... Macamana tu? Siapa nak jawab? 

Kesimpulannya, event ni memang mengujakan. Pasal apa?
Pasal aku dapat kumpul banyak hadiah. Hehe... Cuma impian nak memiliki laptop Acer Ferarri tak kesampaian. Tak apalah, bukan rezeki aku. 
Satu lagi yang menarik, event ni berjaya mengumpulkan seramai 518 orang blogger yang menggamatkan Berjaya Times Square. Siap masuk MALAYSIA BOOK of RECORD tu! Haha... Kira aku tergolong dalam orang yang buat rekod la. 
Ni barang-barang yang aku dan sahabatku, Mc berjaya 'rompak' sepanjang event ni berlangsung. Kayo pakcik! Tahun depan kalau ada lagi, kami berdua memang berniat nak kumpul lagi banyak hadiah. Barang free kan, siapa yang tak nak.
Penat, memang memenatkan tapi nak buat macamana. Benda menyeronokkan, kejap saja hilang penat tu. Nasib baik ada gadis 'pencuci mata' yang disediakan penganjur. Makin kurang rasa penat tu (ucap dalam nada paling jahat!)
So, jutaan terima kasih kepada Nuffnang dan Gatsby yang menganjurkan event ni. Dapat hadiah, tambah pula dengan akaun Nuffnang aku yang dah semakin bertambah. Memang berbaloi!
Seronok jumpa dengan ramai blogger, tapi masalahnya nak tegur, segan pula. Ish...

Siri 7 : Sikamat - Dusun Nyior - Rasah - Nyatoh - Seremban - Sikamat (30 km)

Puas!
Itu saja yang aku mampu katakan setibanya di hadapan SK Nyatoh. Perjalanan bersama Mc, Hadi, Mat, Ikbal serta pengikut yang kebosanan malam itu, Farhan Brohan; amt mengujakan. Ditemani kawalan oleh marshal Rushdee terasa agak selamat melewati jalan-jalan gelap ke destinasi yang dituju.
Terima kasih kepada guru-guru SK Nyatoh terutamanya Mak Ngah yang menyambut kehadiran kami dengan hati terbuka. Tak lupa juga pada Aza dan Fiza.