Friday, October 7, 2011

Untuk Peminat Jenama Adolf Dassler Tegar! (Adidas King of the Road 2011)

Perancangan untuk menyertai event ini memang dah lama aku buat. Sejak ketinggalan join tahun lepas. Jadi, untuk langkah selamat, awal-awal lagi aku dah daftar, bersama 27 kakikaki yang lain. 27?! Ya, 27 orang! 

Untuk event kali ini, terus-terang aku kata aku hanya persiapkan mental saja. Fizikal hanya 10%. Training memang entah ke mana. Tapi yang paling best, aku telah berjaya memperisterikan isteri baru. Hehehe... Semangat wei!

Menjelang hari kejohanan, hanya 18 orang saja yang menyatakan kelapangan untuk turut serta. Macam aku cakap dulu, aku tak mampu nak kawal aktiviti luar dugaan macam ni. So, apa yang ada jelah teruskan.

Secara teknikalnya, berlari dengan Adidas baru tu memang tak semudah yang aku sangka. Aku masih tak biasa dengannya. Itulah sebabnya 4km pertama aku dah terhincut-hincut. Mujur jumpa Anep, so tukar kasut dengan dia. Kaki ni memang nak Acsics jek barangkali.

Alhamdulillah, kesemua kakikaki yang turut serta dapat habiskan larian dengan gemilang terutama sekali Reza (menggantikan Mat disaat-saat akhir), Acap (mangsa kekejaman permainan bola sepak) dan tiga srikandi; Mizah, Amani dan Noka yang berjaya 'menjeleskan' teruna-teruna dengan menghabiskan 16.8km.

Malaslah nak cerita panjang-panjang. Layan gambar sajalah yek.

Pelari kental, bersemangat Nigeria! 

Pelari ganti yang menerima cabaran dan terus go for it!

Orang kata dia seorang yang lampi, tapi dia laju!

Mirip Sabri Abu, lu tau-tau jelah semangat mana mamat tu main bola.

Gua paling marah ngan disiplin mamat ni, tapi pikir-pikir balik takda dia tak meriah majlis.

Mempunyai kaki paling panjang, tapi simpan tenaga untuk Olimpik London.

Gua kalau ada awek kat tepi nu pon leh lari laju, serius!

Aku dengar khabar angin, mamat ni guna black magic nak sampai kat finish!

"Saya fit! Enough!"

Pembantu peribadi Panjang.

Mamat ni lepas patah kaki, makin laju plak. Gua dah berniat sekali lagi nak patahkan kaki dia.

Bahagialah tu dah ada awek. 

Sahabat kaki yang baru dan efisien!

Ahli Lembaga kakiATHLETE.

Setiausaha Kehormat I, orang kuat kakiATHLETE.
(Masih bujang, muda bergetah!)

Ini anak-anak yang melunaskan 16.8km. 
Lu nak usha? Try dulu lari dari Central Market pi Sogo pastu patah balik dalam masa 10 minit!

Kalau ikutkan hati aku, aku dah terlampau letih nak berlari lagi macam ni. Aku dah penat. Tapi anda kena faham untuk membezakan penat dan menyampah. Ini bukan menyampah. Aku dah puas. Aku dah tak fikir soal masa, kemenangan dan apa saja. Apa yang penting bagi aku keseronokkan dan kepuasan. Tapi untuk berhenti, biarlah sampai hujung nafas aku nanti. Aku akan terus berlari sampai bila-bila.

Inilah yang menunjukkan kepuasan dan keseronokkan.

Gambar lain ada dalam mukabuku group kakiATHLETE 

UPDATE :
Jangan lupa like page HeArtStudio yek