The Next Zidane, memang sesuai gelaran itu diberikan pada 'budak' ini. Tidak tahulah kenapa. Ada sesuatu yang menarik padanya yang akan terus buat aku menyokong Arsenal. Biarlah orang kata 'kami' tidak konsisten, biarlah orang kata 'kami' harapkan budak-budak muda untuk menang... 'Kami' peduli apa.

Tidak terkata kegembiraan 'kami' sewaktu pengadil meniupkan wisel penamat dan melihat angka pada
scoreboard (Arsenal 2 1 mu). Jeritan, sorakan dan hilai tawa, riuh rendah dibuatnya. Biarlah 'kami' hilang suara sekalipun, kemenangan wajib diraikan. Minta maaf kepada penyokong-penyokong mu, seperti biasa paling ramai di bilik tv. Bukan niat untuk mempersendakan, tapi seperti itu jugalah yang akan ka-mu lakukan jika menang. Sayangnya, malam ini malam 'kami'.
Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Samir 'Zidane' Nasri kerana menjaringkan gol kemenangan. Tahniah juga pada pemain-pemain lain. Paling penting sekali tahniah kepada penyokong - Mizi 'Wenger', Hadi 'Fabregas' Owen 'Walcott' dan Hardin 'Bendtner' serta peyokong kelab lain seperti Imad 'Macsherano', Anep 'Anelka' dan Judin 'Torres' yang bekerjasama membuat mu gigit jari.
Kepada Mc 'Vidic@Rafael' minta maaf sekali lagi di atas apa yang menimpa mu. Cadanganku, malam ini ratapilah kekalahan ini di pelukan KANGKANG!
Kepada penyokong mu, teruslah mengikuti coretan ku ini... Maaf banyak-banyak. ;)
Malam kemenangan...Malam yang indah!