Thursday, February 5, 2009

Broadway ala Central Market...

Central Market... Huuhhh... Sudah lama tak kujenguk lorong seniman ini. Mungkin sudah hampir 6 bulan. Bukan... 8 bulan kot... Entahlah... Yang pasti memang sudah lama benar tidak mampir di 'lapang sasar' para seniman jalanan yang 'gila' bermain gitar sambil melontar suara garau cuba menarik tumpuan sang pejalan kaki.
Bak kata orang, kalau dah rezeki tak ke mana. Pijak sahaja di tanah Central Market, aku disambut 'menu' pertama, lagu Teratai nyanyian Ramli Sarip menjadi pilihan 'brader' berseluar jeans lusuh dan berbaju biru gelap lengan panjang. Terpaku sebentar aku betul di hadapannya. Sayup-sayup kedengaran kelunakkan suara 'brader' yang ditenggelamkan dengan suara 'pelancong asing' yang turut menyertai aku memahami dan menghayati bait liriknya. Entah mereka faham atau tidak...
'Menu' kedua menjadi halwa telinga ialah lagu Wonderful Tonight yang dipopularkan Eric Clapton. Memang class gila 'brader' ni. Siapa cakap orang macam 'brader' ini setakat layan lagu domestik sahaja!
Persembahan ketiga memang khusus ditujukan kepada 'pelancong asing' dari seberang. Waduh... Seperti berada di Kota Jogjakarta sih kedengarannya. Madu dan Racun memang cukup membuatkan mereka-mereka ini turut bersiul bersama 'brader'... Haha... Steady lah, brader! Memang pandai lu pancing orang yek...
Ku lihat jam di tangan... Sudah lewat! Kakandaku sudah tiba di pudu. Baru ku teringat tujuan ku ke KL hari ini, mahu ketemu kakanda. Cepat ku bangun dan beredar... Belum cuku satu setengah langkah terlihat si budak Cina mendatangi 'brader' dan meletakkan RM10 di 'kotak rezeki'nya. Aduh... Malu rasanya aku sendiri tidak menyokong seniman broadway di tanah airku sendiri....

Madu di tangan kananmu...
Racun di tangan kirimu...
Mana satu yang kan kau beri padanya...
Insan bergelar seniman di lorong broadway!