Sunday, February 7, 2010

Aku, S Amin Shahab dan Gayour! Kau Tak Kenal?!

Habis sekolah ganti hari ini, aku terus bergegas bersama Wan menuju ke SK Seremban 2A semata-mata untuk melihat sendiri dengan mata kepala aku insan yang bernama Gayour, the Malaysian Cartoon Master! Memang kerja gila... Dulu masa kecil selalu dengar pasal Gayour, baca komik beliau dan cuba tiru gaya lukisan beliau. Tapi sekarang, aku rasa cukup bertuah sebab aku dah dapat berjumpa dengan beliau, beli buku beliau siap dapat sain lagi!






Ni dia gambar aku dan Hadi bersama Gayour. Percaya? Haha... Ramai juga yang makan hati sebab aku bergambar dengan beliau yang bernama Gayour ni. Tapi yang pelik, ada juga tak kenal dengan Gayour. Buat pengetahuan, Gayour ni antara pelukis kartun dan majalah humor di Malaya. Antara siri paling popular beliau adalah 'Bersama Selamanya'. Jadi, tak ada sebab anda semua tak kenal dan tak mahu kenal dengan beliau.



Terima kasih pada Sasa dan Baz yang membantu aku untuk bertemu dan bergambar dengan Gayour.

Sedang aku bergembira malam itu menatap tandatangan gayour, aku teringat yang aku pernah berjumpa dengan seorang insan penting dalam dunia seni. Insan yang berbakat ni memang gempak. Boleh melukis, menulis lirik, puisi dan macam-macam lagi. Siapa lagi kalau bukan S. Amin Shahab.



Tengok gambar ni. Suci lagi muka kami. Budak-budak lagi kan. Gambar ni diambil ketika kelas aku mengadakan lawatan ke Balai Seni Lukis Negara pada tahun 2005.
S. Amin Shahab merupakan artis yang berjaya menghasilkan lukisan terpanjang di Malaysia berukuran 1 km. Tak percaya? Aku sendiri dah tengok hasil kerja beliau. Memang dahsyat!




Nak jumpa ramai lagi... InsyaALLAH!

Siri 4 : Sikamat - Temiang - Seremban - Senawang - Sikamat (19 km)

Mulanya aku tak dapat nak join night ride malam ni sebab fikir esoknya aku kena ke sekolah, ada sekolah ganti untuk Tahun Baru Cina nanti tetapi bila tengok semangat budak-budak gila kayuh ni, bersemangat pula.



Perjalanan kami malam ni sebenarnya tak dirancang hendak ke mana lagi. Ikut kaki orang depan nak kayuh ke mana. Malam ini juga kami turut diikuti pendatang baru, Ikbal dengan basikal old-school rockanya, Raleigh! Aku memang tabik spring pada Ikbal sebab berjaya mengayuh basikal besinya itu sejauh 19 km. Itulah yang orang cakap 'S.E.M.A.N.G.A.T'!




Gambar yang diambil ketika kami berhenti berehat di Carefour yang baru di buka. Punyalah ramai umat manusia di sini sampai ada yang sanggup parkir kereta beberapa batu dari situ semata-mata untuk melayan jualan murah. Barang murahlah katakan.
Sejara jujurnya, aku amat menikmati perjalanan kembara malam ni. Sebabnya, inilah kembara yang paling rileks sekali.

Nak buat sijil untuk budak-budak yang ikut kembara ni... Sesiapa nak join, dipersilakan.
Happy Chinese New Year!

Siri 3 : Sikamat - Seremban 2 - Seremban - Sikamat (24 km)

Sekali lagi aku bersama angkatan rider tegar yang lain berangkat meneruskan siri ketiga kembara malam kami. Malam ni tak ramai yang ikut, ada yang terpaksa menyelesaikan hal masing-masing dan mungkin ada yang serik untuk berkayuh malam lagi melayan kelajuan gila Mc yang memang dah gila orangnya.
Malam itu, hanya ada aku, Mc, Mat dan Luqee. Kami memulakan perjalanan seawal 8.30 malam dengan harapan akan sampai cepat semula ke institut, malas nak berdebat Encik Guard yang berwibawa berkawal malam!
Perjalanan malam itu bagi aku amat meletihkan kerana pada sebelah petangnya aku sudah berhabis tenaga mengajar bebudak ni berenang di Paroi. Sedikit informasi, berenang merupakan aktiviti sukan yang paling banyak mengeluarkan peluh cuma kita tak nampak peluhnya sebab kita berada di dalam air.
Sempat juga kami berhenti sebentar di Jusco Seremban 2 untuk bertemu Hadi yang sudah menanti dengan hidangan air mineral dan papa roti kesukaan Mat.

Pancit malam ni...

Siri 2 : Sikamat - Paroi - Senawang - Rahang - Sikamat (25 km)

Ini merupakan siri kedua jelajah budak-budak night rider. Malangnya aku tak dapat ikut siri yang ni pasal aku ada hal di UPM. Ramai juga yang bengang dengan aku pasal aku janji balik sebelum maghrib. Sorry gang! Hujan lebat sangat. Tu yang lambat.
Walaupun tanpa kehadiran aku, program tetap berjalan macam biasa. Tak silap aku ramai juga yang ikut malam tu antaranya Mc, Hadi, Alel, Mat, Luqee, Hilmi, Afiq dan Nuar (maaf kalau ada lagi yang aku tak sebut). Terima kasih juga pada Wan Baling dan Kriss 110 yang bertindak sebagai marshall kembara tersebut.
Perjalanan kembara ini adalah yang paling jauh setakat ini. Tahniah pada kawan-kawan yang berjaya menghabiskannya.

Terima kasih pada Mat dan Luqee yang belikan aku lampu belakang!