Wednesday, August 12, 2009

Teka Teki, Teka Tekok... Tekalah!

Di sini ada teka teki untuk menguji minda ada semua. Selamat menjawab!

- Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik.

- Nak mencari sikit punyalah susah, tapi bila dah dapat dibuang pula.


- Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
- Tahi hidung

Keputusan MALAKOFF University Duathlon Series 2009 @ UM

Akhirnya keputusan penuh untuk MALAKOFF University Duathlon Series 2009 bagi siri di Universiti Malaya telah keluar. Alhamdulillah! Itu saja yang dapat aku ucapkan sewaktu menerima panggilan dari Mc yang sedang bertugas di SK Dato' Akhir Zaman yang 'mengumumkan' regu kami telah berjaya mendapat tempat ke-13 daripada 27 buah kumpulan dengan catatan masa rasmi 1:07:34. Satu keputusan yang begitu memberangsangkan.. Haha.. Riaknya aku rasa! Tak percaya? Klik ini keputusan
Ini keputusan untuk regu aku yang terdiri daripada aku, Luqman dan Mat yang turun menggantikan Hadi.
Mc juga berjaya menempatkan diri dalam kelompok 21 terbaik daripada 57 orang peserta dalam kategori Mens University dengan catatan masa 1:01:28.
Akhirnya anjakan paradigma paling besar telah aku lakukan dalam hiudp ini!

Hahahahahahahahahahahahaha.... Lihatlah,duniaku!

Tuesday, August 11, 2009

Hanya Kerana Sekeping Setem...

Filem : Setem
Pengarah : Kabir Bhatia
Terbitan : Tayangan Unggul

Hanya kerana sekeping setem, habis semua berantakkan!
Itulah yang cuba dipaparkan oleh Mr. Kabir Bhatia dalam karya terbarunya Setem yang sudah ditayangkan di pawagam berhampiran anda sejak minggu lepas.
Pengarah bijak macam Kabir ni aku rasa, rakyat Malaysia jangan sekali-kali pandang sepi. Jangan asyik kutuk filem Malaysia teruk, tak ada kualiti dan macam-macam lagi. Tengok sajalah filem antarabangsa, bukan semuanya bagus.
Akhirnya, dengan buah tangan terbaru ini, Kabir telah membuktikan Malaysia boleh menghasilkan banyak filem bermutu. Lihat sahaja karyanya sebelum ini seperti Cinta dan Sepi. Filem cinta yang cukup aku suka. Persetankan orang nak cakap aku 'jiwang'. Apa yang penting, aku berhak menilai sesuatu setelah 'mencuba'.
Filem ini pada aku lebih berentak komedi aksi walaupun Kabir ada juga cuba menyampaikan secara road film. Cubaannya ternyata begitu memukau dan bagus. Percubaan yang berani serta boleh dipuji. Melihat pada posternya sahaja aku sudah tertarik, belum isinya lagi.
Kabir berjaya menarik 'mata' aku untuk terus menonton seawal filem ini dengan penceritaan asal-usul setem tersebut. Hanya menggunakan suara Jalaluddin Hassan sebagai narator, penceritaan sejarahnya tidaklah meleweh-leweh hingga membosankan. Grafik yang digunakan juga tidak keterlaluan tetapi memang cantik.
Pemilihan pelakon juga Kabir tidak pandang ringan. Nama-nama besar dalam industri filem negara bukan sekadar pada nama tetapi hasilnya. Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Sathia, Indi, Bront, Vee, Que Haidar dan ramai lagi. Kebanyakkan pelakon ini memang pernah bekerja dengan pengarah prolifik tersebut.
Dari segi plot dan ceritanya, memang 'tip top', berada di kelas yang tersendiri. Dalam erti kata lain apa yang kita jangka di awal cerita belum tentu tepat di akhirnya. Teringat pada cerita Rat Race lakonan pelakon handalan termasuklah Rowan Atkinson. Sepanjang cerita penonton akan ketawa, memberi pendapat dan tersilap di akhir cerita.
Jadi, jangan lupa menonton filem Malaysia yang hebat ini. Aku janji anda akan berpuas hati. Selamat menonton!
Rating : ****/*****


Bulan Kecergasan SK St. Paul

Video ini aku rakam sewaktu guru-guru pelatih dari IPGM - Kampus Raja Melewar ditugaskan menjayakan bulan kecergasan di SK St. Paul, Seremban. Salah satu aktiviti yang dilakukan semasa senamrobik ini ialah tarian chicken dance. Tengok sajalah, macam joget lambak pun ada! Suka budak-budak ni. Selain itu, pertandingan futsal antara kelas juga dijalankan. Yalah kan, semua budak-budak lelaki, takkanlah nak buat pertandingan bola jaring. Boleh itu boleh tapi leceh nak terangkan prosedur, peraturan semua... So, tahniah kepada Che Gu Hadi, Che Gu Wan Baling, Che Gu Syed, Che Gu Abah, Che Gu Zul, Che Gu Habi, Che Gu David dan juga Che Gu Pembimbing paling 'glamer', Che Gu Dzul Botak.