Friday, February 13, 2009

Birokrasi...

Kesibukkan akhir-akhir ini banyak menghalangku untuk melakukan beberapa perkara. Masa hendak menulis di blog ini pun agak terbatas. Basikalku juga sudah lama tak ku jenguk. Kasihan dia. Sudah beberapa kali kebocoran, tak sempat-sempat nak dibaiki.
Aku pun tak tahu apa kena dengan hidupku sekarang ini. Kertas kerja Program Kesihatan Sekolah sudah beberapa kali di'reject' dengan segala hormatnya. Aduh... Serabut benar. Aku tak faham kenapa susah benar untuk 'mereka' melepaskan sahaja kertas kerja itu. Tapi kata-kata yang ku pegang, "biasalah tu. Kat sekolah nanti pun macam ni gak. Tak ape, jadikan pengalaman".
Aku pun harap benda ini dapat aku bereskan dengan baik, cepat dan sempurna dengan bantuan rakan-rakan yang lain.