Monday, December 28, 2009

"My 27 min Captain!" - Hadi A.

Kenapa yang susah sangat nak gol semalam pun aku tak tahu. Walaupun Gunners boleh dikatakan pegang game, tapi bahagian serangan macam buntu, tak tahu nak buat apa. Arshavin pula terus menunjukkan kemunduran dari segi taktikal. Nasib baik bahagian pertahanan mantap. Kalau tak senang-senang saja Aston Villa dapat gol.
Keputusan Wenger memasukkan Captain Fabregas menggantikan Denilson agak merisaukan. Tak tahu membantu untuk jangka masa pendek atau merosakkan prgram untuk jangka masa panjang.
Disebabkan ketiadaan Persie yang direhatkan hingga penghujung musim, Captain diamanahkan mengambil sepakan percuma. Mengikut rekod, dia bukanlah antara pakar sepakan percuma. Namun, semalam dia membuktikan dia wajar diletakkan sebaris dengan Beckham, Juninho, Ronaldo, Ronaldinho, Persie dan Nakamura.
Tidak lama selepas itu, sekali lagi Fabregas muncul sebagai penjaring selepas menerima hantaran cantik daripada budak paling laju di Arsenal, Theo Walcott. Malangnya, selepas menjaringkan gol tersebut Fabregas terpaksa dikeluarkan kerana cedera. Itu yang merisaukan aku sebab Persie pun cedera, takut tak ada pemain yang betul-betul bagus untuk menggantikan mereka. Namun kedua-dua jaringan Fabregas yang boleh dianggap cameo paling menyerlah dalam 'cerita' semalam, berjaya menaikkan motivasi pemain lain.
Gol terakhir pula hadir menerusi percubaan berani mati jelmaan Zidane, Diaby. Haha... Sukalah E'in tengok pemain kesayangannya sudah menjaringkan gol dalam dua perlawanan.
Apapun, malam ni boleh pakai jersi Arsenal untuk meraikan kemenangan semalam. Haha...

Dah makin dekat dengan rumah biru dan syaitan merah...

Sunday, December 27, 2009

Wednesday, December 23, 2009

Messi Curi Satu Lagi Anugerah

Budak ni berjaya juga menambah koleksi anugerah peribadinya. Selepas beberapa hari membantu Catalan menjuarai Piala Kelab Dunia, Messi diumumkan sebagai pemain terbaik FIFA. Ermm... CR pun dapat juga. Dia dipilih sebagai penjaring gol tercantik. Aku tak pasti gol yang mana. Nanti kena refer balik game lama-lama masa dia bermain untuk kelab syaitan merah.
Messi setakat ini sudah mengumpul banyak jugalah anugerah peribadi. Sebelum mendapat anugerah ni, dia sudah mendapat anugerah Pemain Terbaik Liga Juara-juara 08/09, Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Piala Kelab Dunia.
Sedikit sebanyak pasal budak berbadan kecil ni, dia mula bermain dengan Catalan sejak umur 13. Disebabkan dia ni memang dilahirkan sebagai pemain yang berbakat, Frank Rijkard, yang ketika itu bertindak sebagai jurulatih Catalan, membawa masuk Messi untuk digandingkan dengan Eto'o dan 'hero yang dilupakan, Ronaldinho. Sehingga sekarang, Messi banyak membantu Catalan memenangi piala-piala penting.

Rindu Ronaldinho...

Sunday, December 20, 2009

Tumpasnya Seekor Zionis!

Bagi sesiapa yang ada membaca coretan aku yang lepas , pasti anda ingat kisah biawak yang suka mencuri telur ayam di reban ayahanda aku (klik sini...). Sebab tu aku panggil biawak tu zionis pasal biawak tu ibarat bangsa yang zalim tu yang selalu buat onar di tempat orang. Almaklumlah mereka tak ada negara sendiri, sebab tu datang negara orang buat macam negara bapak mereka sendiri. Tak tahu sampai bila nak dibiarkan penjenayah perang tu bermaharajalela di bumi suci Palestin. Ish... Ish... Orang Arab yang kaya raya tu pun tak boleh nak bantu. Tak habis-habis dengan pe'el mereka yang jahil... Macam bagi sokongan pula pada bangsa yang ditindas sampai kiamat tu buat hal di Palestin.

"Tu lah... Aku dah bagi 'makan' elok-elok, kau pergi curi telur tu lagi buat apa?" Kata bonda kepada zionis yang terjerut elok dipangkal pokok.

Kalau dah namanya zionis, bagi betis nak paha. Tak pernah puas punya. Petang tadi, ayahanda berjaya juga menumpaskan biawak yang sebelum ini kerap membuat onar di reban ayam. Bagaimana akhir riwayat zionis tu, aku tak dapatlah nak cerita. Melihat pada perutnya, aku tahu mesti baru lepas mentekedarah telur ayam. Silap-silap anak ayam pun ditibainya sekali. Kejam betul... Habis makan, perut dah kenyang, tak larat pula nak jalan keluar dari reban. Haha... Akhirnya, tumpas jua dalam kekenyangan!

Semoga ALLAH melindungi bumi Palestin dan menghancurkan bangsa Yahudi dari dunia ni... Amin.

Friday, December 18, 2009

Jangan Bagi Mereka 1 Sen Pun!

Akhir-akhir ini, kerap aku membaca dan mendengar berita skandal Tiger Wood. Tepuk dahi aku dibuatnya. Mamat ni aku rasa dah tahap legenda, ikon sukan golf. Tapi tengok, disebabkan tersilap langkah, habis semuanya.
Seperti yang anda semua tahukan, Tiger Wood memang dah kaya tahap dewa. Duit memang tak tahu nak buat apa dah. Mungkin sebab tu sampai buat benda-benda bodoh macam ni. Tengok sajalah dari atas sampai bawah, semua Nike taja. Bertuah betul badan. Kan best kalau Nike atau Adidas taja aku macam tu. Haha...
Disebabkan kontrovesi ni, Nike dah nekad nak tarik balik tajaan terhadap Tiger. Memang patut pun, reputasi dah tercalar kan... Buang duit saja kalau taja. Baru-baru ni aku ada baca, Puma pula cuba mendapatkan isteri Tiger untuk dijadikan duta barangan mereka. Wah, ambil kesempatan pula yek...
Sebab tu lah orang cakap, disebabkan duit dan harta, hidup pun boleh jadi tak tentu arah. Duit banyak pun belum menjamin kebahagiaan.

Jadi, kesimpulannya janganlah bagi duit atau habuan banyak-banyak pada skuad emas bola sepak negara itu. Bukan apa takut mereka tak tahu nak gunakan ke arah yang betul . Sayang nanti mereka sampai tahap ni saja, tak boleh pergi jauh. Pada aku, ini skuad paling mantap. So, janganlah dimanjakan atau disia-siakan bakat mereka ni.
Setakat menang emas ni belum tentu menunjukkan sukan bola sepak Malaysia sudah kembali maju. Banyak lagi yang mereka perlu lakukan... Kalau boleh 1 sen pun jangan bagi. Haha... Betul tak?

Tahniah... Lama dah aku tunggu. Tak sia-sia aku bagi peluang.

Maal Hijrah... Ada Azam Untuk Tahun Ini?


Thursday, December 17, 2009

5 Filem Mesti Tonton!

Kalau nak diikutkan, tahun ni aku banyak terlepas menonton filem-filem terbaik dan yang paling aku menyesal pasti saja ketinggalan menonton filem Talentime dan This Is It, filem dokumentari berkisarkan kehidupan Raja Pop, Micael Jackson beberapa hari sebelum pemergian mengejutnya.
Tahun 2009 semakin sampai ke penghujungnya. Untuk coretan kali ini, aku ada bagi cadangan tentang beberapa filem yang menarik untuk ditonton.

Sang Pemimpi (Riri Riza)
Filem ini merupakan kesinambungan dari filem Laskar Pelangi. Ya, filem hebat yang penuh dengan suka-duka yang pernah menambat hatiku!
Sang Pemimpi sekali lagi diangkat dari novel tulisan Andrea Hirata. Secara keseluruhannya, novel tulisan beliau ini terdapat 4 siri kesemuanya; Laskar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov (Mimpi-mimpi Lintang).
Sekali lagi Riri Riza diberi kepercayaan mengarahkan filem ini. Aku sendiri cukup suka sentuhan pengarah muda ini dalam filem terdahulunya.
Dalam filem Sang Pemimpi, ia berkisarkan kehidupan watak utamanya, Ikal ketika berada di SMA. Kali ini Ikal digandingkan dengan watak baru; Arai, saudara jauhnya serta Jimbron, lelaki yang terlalu obses dengan kuda!
Filem kali ini lebih menunjukkan sikap keremajaan Ikal, maklum sajalah dah masuk SMA, kalau di Malaysia kira macam sekolah menengah lah... Apa yang menarik, walau sudah lama berlalu, Ikal masih menunggu kekasih hatinya sejak kecil yang telah berhijrah ke Paris.
Mungkin satu lagi yang menarik dalam filem ini ialah percubaan pertama Ariel dari kumpulan popular Indonesia, Peterpan. Ariel memainkan watak Arai dewasa. Nak tahu macamana lakonannya, nantikan filem menarik dari seberang ini. (Lagi...)

Muallaf (Yasmin Ahmad)

Tentu saja aku tidak akan ketinggalan menonton setiap filem arwah. Biar apa orang
nak kata, aku tonton filem sekular atau apa saja, biarkan. Apa yang penting, aku puas dan aku faham untuk mengaplikasikan apa yang aku lihat sebaik-baiknya.
Muallaf merupakan filem arus perdana ciptaan minda kreatif Allahyarham Yasmin Ahmad. Ramai yang kata filem ini agak 'keras' kerana menyajikan perihal yang dapat mengganggu sensitiviti masyarakat. Siapa yang tidak kenal Yasmin Ahmad kan, semua filemnya membawa nilai 1 Malaysia yang mengganggu gugat hati rakyat Malaysia. Tetapi bila PM melancarkan kempen 1 Malaysia, ramai pula yang setuju, walhal arwah sudah lama membawa mesej tersebut...
Muallaf yang dianaktirikan di bumi sendiri serta menjadikan Singapura sebagai persinggahan pertama tayangannya berkisarkan tentang 3 individu Rohana, Rohani dan Brian. Rohana dan Rohani lari dari ayah mereka yang zalim manakala Brian pula berjauh hati dengan ayahnya yang pernah menghukumnya. Apa yang menarik dalam filem ini mungkin dengan konsep yang Yasmin bawa dari dulu dalam kesemua produknya, konsep kedamaian dalam masyarakat berbilang kaum.
Jangan lupa saksikan Amani berkepala botak dalam filem yang banyak memenangi anugerah di luar Malaysia ini. (Lagi...)

Alice in Wonderland (Tim Burton)
Selepas bergabung dalam beberapa filem sebelum ini termasuklah filem hebat Edward Scissorshands dan Sweeney Todd, sekali lagi Tim Burton memanggil aktor hebat, Johnny Depp untuk beraksi dalam filem remake, Alice in Wonderland.
Filem ini memang aku cadangkan ditonton bagi sesiapa penggemar filem-filem fantasi.
Filem ini sudah beberapa kali dibuat, tetapi bila berada di tangan Tim, aku dapat agak bagaimana hasilnya. Tim cukup terkenal dengan filem melankolik dan gelapnya. Lihat saja beberapa hasil kerjanya. Bagi aku, tengok gaya saja aku dah tahu ini memang hasil kerja Tim Burton.
Alice in Wonderland mengisahkan seorang budak perempuan yang 'terperangkap' dalam dunia penuh fantasi dan imaginasi. Tak sabar nak tengok filem ini. Jangan ketinggalan... (Lagi...)

Estet (Mamat Khalid)

Seterusnya, aku mencadangkan anda semua untuk menonton filem hebat Mamat Khalid ini. Beliau cukup popular dengan karya-karya sinikal seperti Zombie Kampung Pisang dan Man Laksa. Paling best aku rasa cerita ROCK kot. Haha...
Apabila bebrbicara tentang estet, pasti otak terus menangkap pada kaum India. Namun, Mamat Khalid menjadikan karya ini sebagai platform menyatupadukan semua kaum di Malaysia, bukan memperkecilkan sesuatu kaum dengan menganggap kaum India adalah golongan kasta yang memang hidup di estet-estet.
Dalam filem Estet ini, Mamat Khalid cuba meyemarakkan keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum. Siap ada joget-joget ala Bollywood... Eh, bukan. Kollywood. Hehe...
Sebelum ini, Jac dicanangkan sebagai pemeran watak heroin disamping Farid Kamil tapi Jac menolak atas dasar ketidakpuasan hati apabila menganggap estet hanya untuk orang India saja. Sepatutnya, Jac lebih berbangga kerana sejak golongan India di bawa masuk ke Tanah Melayu dan diletakkan di estet-estet hingga mereka berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar getah terpenting di Asia. Cuba fikir kalau tak ada mereka macamana...
Tapi, pengganti Jac tu boleh tahan juga lawanya.. Hehe... So, jangan lupa tengok kupasan Mamat Khalid dalam filem ini.

Invictus (Clint Eastwood)
Akhir sekali, aku nak cadangkan pada semua untuk menonton filem hebat ini. Bagi sesiapa yang suka tengok filem yang diadaptasi dari kisah benar macam aku, tak sepatutnya ketinggalan menyaksikan filem ini. Tambah-tambah lagi ia diarahkan oleh pengarah tersohor yang pernah menghasilkan banyak filem hebat seperti Mystic River dan Million Dollar Baby. Siapa lagi kalau bukan Clint Eastwood!
Invictus adalah sebuah kisah benar mengenai tokoh dunia terkenal, Nelson Mandela. Filem ini menceritakan bagaimana beliau cuba bangkit dalam karier politiknya yang hampir hancur kerana dipenjarakan. Bagi sesiapa yang tak kenal Mandela ni, beliau lah individu yang menentang dasar Apertheid.
Bagi menyatupadukan rakyatnya. Nelson memilih bidang sukan sebagai medium utama. Sebut saja Afrika Selatan, tentu saja sukan ragbi yang paling diingati. Melalui sukan inilah Nelson Mandela berjaya menyatupadukan Rakyatnya.
So, mesti tengok filem hebat ini yek! (Lagi...)

File-filem ini sekdar cadangan saja. Tetapi bagi aku lah, aku kena tengok. Hehe.. Takut nanti menyesal.

Tuesday, December 15, 2009

Masihkah Ada Sinar? Beri Dulu Mereka Peluang...

Baru-baru ini aku tak ketinggalan menonton perlawanan antara Arsenal menentang Liverpool. Melihat hanya aku dan Ijal yang bersungguh-sungguh menyokong Arsenal membuatkan aku agak sedikit gementar, tambah lagi bila Kuyt membubuh gol pertama untuk skuad merah itu. Aduhai, takkan kalah lagi... Kalau kalah memang susah lah jawabnya nak kejar syaitan merah dengan rumah biru.
Mujur sahaja penantian aku tak berakhir dengan sia-sia apabila dapat juga meraikan gol saguhati dari Glen Johnson yang tertampan bola ke gawang sendiri. So, sekarang aku kena tunggu sampai habis, nak tengok menang atau kalah atau sekadar seri.
Arshavin, setelah lama tak menyumbat gol cantik akhirnya menghadiahkan kemenangan pada penyokong Gunners yang dari tadi kena 'bakar', bukan dari penyokong rumah merah, tapi penyokong-penyokong dari kelab syaitan merah dan rumah biru. Haha... Cukuplah sekadar menang 2 - 1 daripada kalah mahupun seri.
Dalam akhbar hari ini, Fabregas mengatakan Wenger cukup marah dengan permainan mereka. Aku rasa memang patut pun. Aku rasa dalam game tu, Liverpool yang pegang hampir 60 peratus. Skuad Gunners pula secara taktikal memang hancur. Hantar tak sampai, penyudah entah apa-apa. Aku lebih selesa kalau katakan, kemenangan ini hanya disebabkan skuad Gunners bernasib baik.

Skuad Malaysia berjaya juga membuktikan kata-kata mereka untuk bermati-matian dalam perlawanan separuh akhir menentang pasukan tuan rumah, Laos.
Sebelum menyaksikan perlawanan tersebut, mata aku sempat juga hinggap di siaran Singapura menyaksikan pertembungan antara Vietnam dan Singapura. Melihat dari gaya permainan, aku dah boleh agak, tak susah mana Vietnam nak menang. Permainan mereka agak laju terutama sekali ketika membuat counter-attack. Bagi sesiapa yang tak dapat saksikan kekalahan Malaysia di tangan Vietnam tempoh hari, pasti akan mengatakan, "patutlah kalah hari tu. Diorang main best giler!".
Menginjak jam 8.30 malam, aku dan Sep cepat-cepat ke tempat lepak biasa, Kopitiam Kak Long; tak nak ketinggalan saksikan perlawanan hidup mati Malaysia. Niat di hati nak bawa Jalur Gemilang, tapi bila difikir secara waras, tak apalah. Bukan tak patriotik, cuma masih tak yakin dengan skuad Rajagobal ni. Bola tu bulat kan.
Sebelum sampai di sana, aku sempat jugalah tengok gol Baddrol. Boleh tahan cantik. Tapi awal lagi.
Melihat keseluruhan perlawanan tersebut, aku cukup tertarik pada persembahan di awal separuh masa. Setiap pemain bijak berada di posisi masing-masing. Hantaran cukup kemas. Bahagian bek paling bagus pada aku. Aidil, Nasriq dan Muslim cukup keras. Banyak juga hantaran Laos yang berjaya diintercept.
Masalah timbul bila babak kedua. Malaysia sudah mula bermain secara defensive. Bukan tak boleh, tapi terlalu awal. Mereka memang dah tak ada idea untuk buat gol, semua dah turun ke bawah meniggalkan Idlan seorang diri di atas, menunggu sebarang kemungkinan akan membuat counter.
Kesilapan inilah yang membenarkan tuan rumah menyamakan kedudukan. Mujur sahaja menjelang minit 80, Malaysia mengubah rentak permainan. Baddrol dan Safiq berjaya menyumbat gol untuk menamatkan permainan dengan keputusan 3 - 1.
Baddrol yang menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut, aku anggap sebagai pemain terbaik. Tak sia-sialah dia dihantar berguru di Chelsea.
Pada perlawanan akhir Khamis ini, sekali lagi Malaysia akan bertemu dengan Vietnam.
Malaysia dah 20 tahun tak dapat pingat emas dalam sukan SEA. Dengar janji mereka untuk membalas dendam selepas tewas tempoh hari. Tapi, aku tak nak buat prediction awal. Kena tengok game dulu.

Baik Arsenal mahupun Malaysia masih ada lagi sinar harapan untuk berjaya. Biarpun bukan sekarang, aku sanggup beri peluang lagi, tapi tak tahu sampai bila aku nak tunggu...
Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam. Banyak pula stesen tv yang buat siaran langsung. Bagus jugalah...

Saturday, December 12, 2009

Facebook dan Yahudi... Sejauh Mana Kebenarannya?

Facebook... Tanya budak kecil pun tahu apa benda. Teknologi sekarang. Aku pun terlewat tahu tentang benda-benda ni. Begitulah, majunya dunia sekarang ni kan.
Aku rasa aku kenal facebook ni secara meluas bila mana aku melihat Che Mat Dee yang kerap membuka laman sosial itu di bilik aku dulu. Mulanya memang tengok sajalah, tapi hari ini aku sudah memilikinya. Haha...
Baru-baru ini, sahabatku, Hadi ada menghantar satu email yang membuatkan aku sedikit tersentak. Baca tajuk pun aku dah terkejut. Berikut adalah kandungan email tersebut :

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?
(Nama penulis terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan masalah berkaitan privasi)
Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendster mereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat. Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaun Facebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu. Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut. Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC). AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama ada undergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC. AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin. Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan. Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook. Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10]. Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk. Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11]. Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook. Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!' Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].
www.iLuvislam.com

Macamana? Apa pandangan anda setelah membaca email tersebut. Keadaan ini sama saja bila aku mendapat tahu enjin carian 'Yahoo!' juga adalah milik Yahudi. Dapat saja email ini, aku terus cari bahan-bahan dari internet berkaitan dengan masalah ini. Aku tak naklah nanti disebut sebagai pengkhianat disebabkan bersekongkol untuk menghancurkan agama Islam.
Sedang mencari bahan-bahan, aku tebaca satu bahan yang aku rasa agak menarik. Dalam laman tersebut memang membuktikan facebook adalah milik seorang Yahudi Laknatullah. Facebook juga dinyatakan sebagai senjata bangsa tertindas itu untuk menghancurkan umat Islam. Sebelum ini aku juga ada terbaca di dalam akhbar bahawa maklumat-maklumat diri yang ditulis dalam facebook akan disimpan oleh CIA!Tetapi ada satu frasa yang aku rasa menarik untuk dikongsikan bersama. Memang secara keseluruhan web tersebut kedengaran agak melucukan tetapi mungkin itu juga cara terbaik yang patut dilakukan oleh pihak-pihak yang sudah memiliki facebook termasuklah aku. Jika ada sesiapa yang ingin mengetahui apa yang aku maksudkan, anda bacalah sendiri di laman Jonru & Friends. Sejauh mana kebenaran isi-isi dalam web tersebut, Wallahualam... Tepuk dada tanyalah... Kalau sesiapa ada pandangan tentang isu ni, boleh dikongsikan dengan aku dan penbaca-pembaca yang lain.

"Mereka bina senjata untuk bunuh kita? Kita bunuh saja mereka dengan senjata yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri!"

Friday, December 11, 2009

Cuba SpeedAdsense Pula Untuk Jana Pendapatan!

Nuffnang aku tiba-tiba saja jadi masalah. Hilang. Aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana benda tu boleh hilang. Aku sudah maklumkan pada pihak Nuffnang dan harap-harap mereka boleh selesaikan masalah aku ni secepat mungkin.
Sedang aku mencari-cari bahan untuk entri terbaru, aku terbaca satu artikel ini :

Kejayaan team SpeedAdsense menganjurkan seminar pada awal bulan Ogos yang lepas, dimana lebih 50 peserta berkampung di Hotel Armada, Petaling Jaya dengan misi untuk menjana puluhan, malah ratusan dollar setiap hari dengan menggunakan sistem mereka. Lawat SpeedAdsense untuk melihat sendiri bukti keberkesanan sistem mereka.
Kini, mereka menawarkan pula kepada anda sistem yang bernilai RM1597 untuk di-test drive hanya sekali dengan bayaran serendah RM40/USD15. Peluang ini hanya muncul sekali sahaja, di mana selepas ia ditutup, anda tidak akan menemui peluang ini dimana-mana.
Selepas test drive ini ditutup, harga membership akan dinaikkan kepada RM1970, maka, anda perlu lah bertindak dengan lebih cepat!
Secara am'nya, setiap referral yang anda salurkan kepada team SpeedAdsense, anda akan menerima RM1. Maka, lebih banyak yang anda refer, lebih banyak $$$$ yang anda terima. This is no BS.
Ketahui lebih lanjut dengan melawat SpeedAdsense.


Setakat ni aku belum tahu lagi keberkesanan medium ini untuk menjana pendapatan aku. Aku hanya mencuba. InsyaALLAH, kalau ada rezeki...

Dengan blog, selain boleh meluahkan apa yang patut, boleh bagi pendapatan pada diri kita. Taklah asyik sembang kosong jek. Betul tak...?

Wednesday, December 9, 2009

Jemputan Menyertai Ekspedisi Mendaki Gunung Nuang!

Petang tadi aku mendapat email dari sahabatku yang langsung aku tak rindu walaupun hampir 2 minggu kami tidak ketemu, siapa lagi kalau Mc.
Dalam emailnya, dia ada menyatakan untuk mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Nuang di Hulu Langat. Aku sendiri tak pernah naik lagi gunung ni. Mc baru sekali dan ini merupakan pengalaman kali kedua. Untuk ekspedisi ini, Mc turut menyatakan Uncle Maswafi sekali lagi akan menjadi kepalanya. Haha... Macam best jek kalau Uncle ada. Mmm... Sesiapa rasa nak belajar, nak korek pengalaman dari Uncle Maswafi ni, eloklah kalau ikut beliau ni. Macam-macam gunung dia dah pergi, serius banyak pengalaman. Sebab tu aku berani gelarkan dia 'orang gunung'. Haha..
Tapi aku sendiri tak pasti lagi nak ikut atau tak. Cuti-cuti ni macam susah pula nak bergerak sejauh itu. Soal duit sekarang bukanlah masalah, tapi sebab-sebab lain. Nantilah dulu aku fikirkan...
Jadi, pada blogger atau pembaca yang membaca jemputan aku ni atau sesiapa saja yang memang kaki ekspedisi dan sukakan cabaran, anda boleh hantarkan sebarang pertanyaan atau pendaftaran sama ada dengan mengunjungi blog sahabatku, MASQUERADE.
Dalam blognya, Mc ada menyatakan tarikh 'sementara' sebelum tarikh rasmi ekspedisi diumumkan kelak.
Sesiapa nak menyertai ekspedisi ini, boleh terus meninggalkan maklumat diri di blog Mc, atau emailkan ke mcana71@yahoo.com atau hantar saja ke email aku seperti yang tertulis di muka depan blog aku tu. Tak pun, disebabkan sekarang Facebook dah popular, boleh juga hantar penyertaan di situ. Tak tau Facebook aku? Anda search jek He Art. Senang kan? Bagi sesiapa yang nak tahu dengan lebih lanjut tentang Gunung Nuang ni, anda boleh baca di blog Uncle Maswafi dan klik label 'Gunung'.
Selamat Menyertai!!!

Masih berfikir, nak pergi ke tak ek???
Tolong bagi jawapan!!!

Monday, December 7, 2009

BBQ Akhir Semester

Untuk coretan kali ini, aku ada sisipkan beberapa gambar yang diambil semasa majlis berbeku. Majlis ini merupakan majlis rasmi bagi unit aku, PISMP-IPGM Pendidikan Jasmani setiap kali menjelang akhir semester.
Kebetulan majlis ini diadakan bagi mengakhiri Kursus Penulisan yang diadakan sepanjang 3 hari. Ia diadakan di astaka, tetapi keadaan agak kelam kabut apabila hujan gerimis mula membasahi bumi dan menyukarkan proses membakar ayam di tepi astaka. Jadi, terpaksalah dipindahkan segala barang-barang dan tempat bakar ke dalam astaka. Haha... Habis sesak keadaan di situ sebab dipenuhi asap.
Menu istimewa pada malam itu ialah 'Ayam Panggang Sampai Masak', kentang goreng, roti john, kerang bakar dan kerang rebus.
Terima kasih kepada ketua unit, Mc yang bersungguh-sungguh menjayakan majlis ni Tak lupa juga kepada kawan-kawan lain, serta Encik Bisshukri yang hadir dengan beberapa bungkus roti john dan juga Abang Zain.

Gambar-gambar ini dicuri dari Facebook Min. Haha... Minta halal yek...

Saturday, December 5, 2009

Apa Makna Rindu?

Hendak ku gapai namun semakin jauh,
Dan hendak ku sentuh sukar nak dicapai,
Takut hilang sayang datang pula rindu,
Dan takut kerana rindu ada yang merana...

-nyong-

Akhirnya Messi dapat Ballon d'Or!

Akhirnya, dapat juga si budak tak cukup hormon ni anugerah paling dikehendaki oleh semua pemain bola sepak di dunia ini; anugerah Ballon d'Or!
Lionel Messi, pemain berasal dari Argentina dan sudah bermain dengan kelab tersohor, Barcelona lebih 3 musim. Setelah berhempas pulas, akhirnya Leo berhasil mencapai matlamatnya menggenggam anugerah berkenaan.
Leo merupakan salah seorang pemain yang membantu kelab Catalan menjulang trofi Liga Juara-juara 2006. Pada tahun 2008 juga, dia membantu sekali lagi kelab tersebut menjulang piala yang sama, beserta 2 lagi piala lain, Piala Liga dan Piala Raja Sepanyol. Oleh sebab itu, sememangnya dia layak menjulang Ballon d'Or.
Leo mengungguli undian meninggalkan pemenang tahun sudah, Ronaldo di tangga kedua dengan beza undian paling tinggi dalam sejarah Ballon d'Or. Leo mendapat sebanyak 473 dan Ronaldo sekadar meraih 233 undian. Xavi Hernandes yang beraksi cemerlang dalam final Liga Juara-juara 2008, menduduki tangga ke tiga.
Sebelum ini, Ballon d'Or pernah menjadi milik ramai pemain handalan dunia seperti Ronaldinho, Ronaldo, Rivaldo, Cannavaro dan Kaka.

Hadi beria-ia suruh aku postkan berita gembira buat die-hard fan Barca ini supaya peminat Cristiano Ronaldo boleh 'senyap'. Haha...

Thursday, December 3, 2009

Iklan Kempen Anti Dadah : Video Pertama Arahan Aku di Youtube!


Video ini sebenarnya merupakan salah satu tugasan aku di institut. Tak silap aku untuk subjek English yang mana memerlukan aku dan ahli kumpulan yang lain menghasilkan video atau apa saja bentuk iklan.
Idea untuk menghasilkan video ini hadir secara tak sengaja. Ada 2 perantara yang membenarkan idea itu masuk cepat dalam kepala otak aku ni.
Pertama, aku lihat tandas di asrama dan kedua aku tengok kepala Anep, The Sleeping Prince yang masa tu tanpa rambut tinggi terpacak seperti selalu. Aku terrfikir apakah bentuk eksplotasi yang aku boleh buat sementara rambut Anep belum tumbuh lagi. Hahaha... Tengok badan sikit, kurus kering. memang kenalah. Tup-tup... Hadirlah idea membuat video tentang dadah.
Aku rasa video inilah paling teruk sekali bagi Anep pasal dia sampai terpaksa baring-baring atas lantai tandas. Kadang-kadang tu aku saja amek re-shoot banyak kali. Haha... Sorry.
Turut hadir dalam video ini ialah Hardin yang cukup bangga mengenakan t-shirt PBSM, bukan Persatuan Bulan Sabit Merah tapi... Persatuan Berehat Sepanjang Masa. Haha... Pada mulanya watak itu diberi pada Luqee dan dah siap shooting tapi disebabkan masalah tertentu terpaksalah dire-shoot sekali lagi.
Walauapapun, terima kasih pada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menghasilkan video eksklusif aku ni. Haha...

Untuk melangkah ke profesional, kenalah mula dari amatur... Betul tak?
Pengarah / Konsep / Penyunting : Nyong
Skrip / Penata Muzik : Anep & Nyong
Pelakon : Anep & Hardin

Sunday, November 29, 2009

Nur Kasih Drama Terbaik Setakat Ini

Akhirnya, tamatlah riwayat kisah paling romantis pernah aku tengok ni. Nur Kasih yang aku ikut dari episod 1 merupakan sebuah drama bersiri lain dari yang lain. Banyak keistimewaan dalam kisah keluarga ini. Awal-awal lagi aku sudah terpikat bila melihat Jalaludin Hassan yang memegang watak Ustaz Hassan. Sebelum ini beliau banyak melakonkan lelaki korporat tapi berlainan kali ini. Membawakan watak seorang ayah yang tegas dalam didikan agama, Jalaludin mengingatkan aku pada ayahandanya, kebetulan sama namanya yang mana dulu aku sering saksikan di kaca tv dalam rancangan Iqra'.

Pelakon yang lain pun tidak mengecewakan. Paling aku minat pastilah Fizz Fairuz. Mamat ni aku minat sejak dia berlakon dalam drama bersiri Kekasihku Seru. Jika dalam drama berkenaan, Fizz bawa watak seorang lelaki yang alim dan dapat melihat benda-benda ghaib. Seolah-olah ada kesinambungan antara watak tersebut dengan wataknya dalam drama Nur Kasih. Menjadi seorang abang yang sering melindungi adiknya, seringkali berkorban semata-mata melihat orang lain bahagia.
Selain itu, Remy Ishak juga tak menghampakan. Aku kenal mamat ni pula lalu filem Anak Halal. Apa yang menariknya, Fizz dan Remy juga berlakon bersama dalam filem tersebut. Ada dalam satu babak, Remy bergaduh dengan Fizz. Hehe... Masa tu Fizz bawa watak antagonis yang gila-gila.
Tizz Zaqyah, macam yang aku 'uar-uarkan' sebelum ni merupakan buah hati terbaru aku. Hahaha... Walaupun baru lagi dan pernah aku lihat dia berlakon dalam drama Impian Ilyana membawakan watak Kak Ika tapi memang tak silaplah pengarah pilih dia pegang watak Nur Amina tu. Tapi persetankan dululah tentang kisah sosial gadis comel ni. Aku malas nak cerita... Tapi, yang paling menarik awek lama aku pun ada juga. Hehe... Ayu Raudhah. Aduhai, berbelah bahagi pula.
Hadi cakap dia paling minat watak Sarah yang dibawakan oleh Ummi Nazeera. Misteri... Entah apa-apa mamat tu. Kata Hadi, dia berlakon watak seorang gadis yang bermuka-muka menjadi. Betul juga. Aku sering kali membaca maklum balas orang ramai di laman web tv3, ramai juga yang tak suka watak tu, bukan tak suka Ummi. Kira dia berlakon jadilah.
Rasanya aku tak payahlah nak cerita lebih lanjut pasal drama ini pasal aku tahu memang ramai pengikut setia drama ni kan. Mat Ros yang tak pernah tengok dulu pun, bila aku ajak dia tengok sekali, terus tak keluar makan setiap Jumaat malam semata-mata nak tengok kesudahannya. Biar betul? Betul... Mat Ros tu mukanya ganas, tapi hati lembut bak span. Haha... Terbaru aku baca, rating orang yang menonton drama ini hampir 4 juta orang. Perghh... Box-office tu. Mungkin sebab cerita ini memaparkan percintaan selepas kahwin, tidak seperti filem atau drama Melayu yang lain, cukup tipikal.
Yasin hadir sebagai pengalun lagu tema drama bersiri ini. Menggabungkan rentak timur tengah dan ditambah elemen pop, memang cukup rencahlah. Gempaklah... Faham-fahamlah macamana suara Yasin kalau bawak lagu macam ni.

Tapi, rasanya anda semua pun tahu kan kenapa aku memang minat cerita ini. Sebab palin utamanya ialah gandingan suami isteri yang menjadi tulang belakang drama ini. Siapa lagi kalau bukan Mira Mustapha dan Kabir Bhatia. Memang mereka berdua ni kalau kerja bersama dapat menghasilkan kolaborasi paling ideal. Macam aku dan si dia... Siapa? Anda tolong pilihlah antara Tizz dan Ayu Raudhah. Haha...

Tak harap drama ini akan disambung atau difilemkan... Takut impaknya tak sama atau jauh lebih teruk dari drama sebelumnya, alasan yang sama bila orang suruh Kabir buat sambungan drama Kekasihku Seru.
Nak tengok lagi drama ni? Masuk laman web www.tv3.com.my, lepas tu log in. Tak ada akaun? Daftar percuma... Senang!

Jodoh Pertemuan di Tangan Tuhan... Betul Ke?

Hari Raya Aidil Adha baru ni aku tak ke mana. Duduk di rumah sajalah. Kalau nak ditanya apa pengorbanan sempena Aidil Adha tahun ni, aku pun tak pasti lagi. Mungkin ada satulah. Tahun depan aku nak masuk siri University Duathlon dan beberapa acara marathon yang ada. So, pengorbanan aku ialah kena jadi orang yang normal dulu. Waktu tidur, makan dan latihan yang cukup semua kene jaga. OK tak pengorbanan aku macam tu. InsyaALLAH aku berjaya... Hehe...
Sabtu lepas aku ada tengok satu telemovie di TV3, tak silap tajuknya Korban Kasih Marlisa. Pelakon-pelakonnya boleh tahan macam Umie Aida, Awal dan kekasih baru aku, siapa lagi kalau bukan Tizz Zaqyah. Hehe... Jangan marah yek.
Aku bukan nak cerita pasal cerita tu tapi ada sesuatu yang menangkap fikiran aku dalam dialog yang diucapkan oleh Umie. Dalam cerita itu, Umie ada cakap, "Jodoh pertemuan di tangan Tuhan..." Dengar sahaja dialog itu, aku terus teringatkan Mc. Hari itu dia ada cakap, betulkah ayat itu? Maksud aku bukan nak menafikan ALLAH yang menentukan setiap apa yang kita rancangkan, tapi perkataan 'tangan' itu yang mengganggu fikiran beberapa hari ini.
Bukan apa, aku rasa dah tak relevan rasanya gunakan ayat macam tu lagi. Kita sebagai hamba pasti tak tahu bagaimana zat sebenar Maha Pencipta. Kita langsung tak ada hak untuk menentu nilai bagaimana keadaanNYA yang sebenar. Namun, mungkin aku yang silap. Mungkin kenyataan tersebut merupakan kiasan yang berbentuk metafora tentang kuasa ALLAH yang menentukan semua nasib hambaNYA. Aku bukan nak tunjuk pandai atau apa, tapi sekadar menyampaikan apa yang membelenggu selama ini. Aku harap sesiapa yang ada jawapan untuk merungkai masalah ini, bolehlah dikongsikan dengan semua... Wallahualam.

Mesej Apa Dalam Anak Halal?

Filem : Anak Halal
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Tayangan Unggul

Entah kenapa tiba-tiba datang angin sasau aku malam hari itu nak tengok cerita ni pula. Walhal aku rasa aku dah tengok cerita ni lebih 2 kali. Terakhir aku tengok setahun sudah.
Malam itu aku memulakan misi mencari barang sesiapa yang memiliki cerita ni. Kawan-kawan aku dah naik pelik tengok aku, ke hulu ke hilir.
Aku rasa hampir satu blok asrama tu jugalah aku pusing cari cerita ni. Tapi nasib aku cukup baik. Che Mat a.k.a Faisal masih ada menyimpan lagi cerita ni. Siap burn dalam CD lagi. Haha... Memang rezeki aku.
Malam tu juga aku terus layan seorang, pakai headphone pasal woofer Mc kuatnya memang boleh buat orang berdarah telinga. Hahaha...
Actually, aku suka cerita ni pasal tiga perkara. Pertama, sebab tajuk dia, lain dari yang lain. Tengok tajuk saja aku dah terpikat dan terasa nak tengok isinya. macam best jek kan
Kedua, sebab pelakon-pelakon dia. Siapa yang tak kenal Farid Kamil dan Maya Karin kan? Dua-dua aku minat tapi lebih sikit minatnya pada Maya pasal Maya tu perempuan. Hehe... Selain itu, ramai jugalah pelakon yang dahsyat-dahsyat dalam cerita ni. Rosyam Noor, Kartina Aziz, Bront... Ishhh, ramailah... Ada satu lagi yang berlakon jadi Bonda tu. Aku lupa nama dia. Dia berlakon memang tip-top. Aku memang suka dia berlakon, seronok lah. Terbaru aku rasa dia ada berlakon filem Karaoke. Filem itu wakil Malaysia pergi festival filem apa entah. Gempak!
Sebab ketiga, tentulah sebab pengarah dia. Siapa lagi kalau bukan Osman Ali. Beliau ini aku kenal disebabkan hasil kerjanya yang menarik. Tak silap aku, selain arwah Yasmin Ahmad, Osman pun ada arahkan banyak iklan untuk televisyen. Aku rasalah, nanti aku check balik lah yek... Lagi satu, beliau pernah mengarahkan filem pendek bertajuk Malaikat di Jendela lakonan Ning Baizura. Aku tak jumpa-jumpa lagi cerita ini. Sesiapa ada boleh lah kongsi dengan aku.
Anak Halal pada aku tak banyak mesej. Pada aku Osman nak sampaikan satu mesej saja, "Jadilah Remaja yang Berguna". Itu saja. Tapi macamana filem ini boleh menarik aku untuk menontonnya pasal filem ini ada jiwa, ada feel... Banyak kali dah aku cakap, dalam sesebuah filem mesej tu nombor 2. Paling penting sekali feel, pasal kalau orang tengok pun puas, faham dan seronok. Tak macam sesetengah filem yang lain macam Evolusi KL Drift dan Gerak Khas (Maaflah, tak nak sebut tapi kene sebut juga.)
Farid pada aku memang hero paling mantaplah setakat ini. Dalam cerita ini watak Inderaputra memang hidup. Macam tu juga Maya yang bawa watak Jo. Tomboy tapi tetap sweet pasal cemburu kat Inderaputra. Hehehe... Fasha? Aku tak minat sangat dia ni. Tapi nasib baik lakonan dia tak mencacatkan jalan cerita dalam filem ni. Kalau dia berlakon macam haram jadah, tak tahulah apa nak cakap. Rosyam Noor, aku rasa tak payah cerita lah macamana kan. Bagi jelah watak apa pun, selamba badak jek dia hayun. Tip-top!

Suka dengar lagu yang Bonda, Inderaputra dan Jo nyanyi tu...
Lagu pun main peranan nak menyedapkan sesebuah filem.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Cuti Lagi! Selamat Hari Cuti!

Cuti pun sudah bermula... Arghh... Apa nak buat cuti ni yek???
Affiq membuat khabar berita yang agak baik jugalah pada aku. Tak silap aku 7 hingga 10 Disember ada jelajah Johor. Tak tahu lah macamana. Nak pergi ke tak yek???

Teka-teki yang Memeningkan!

Mari-mari! Mari jawab teka -teki ni...
1) Tulang apa yang berwarna biru?
2) Ditembak ke lantai kena hidung?
3) Gajah apa yang kecil?
Jawapan :
1) Tu, langit biru...
2) Orang kentut
3) Gajah Sin Chan?

Powerman MALAKOFF - Manusia Berkuasa Tinggi

Akhirnya Mc berjaya juga melunaskan kesemua impian dan targetnya pada tahun ini. Setelah menyertai ketiga-tiga siri University Duathlon, dia mencuba nasib pula di arena paling besar Powerman MALAKOFF yang berlangsung di Manjung, Lumut.
Dengan kewangan yang terhad, kami terpaksa memikirkan cara yang paling jimat untuk ke sana dari Seremban. Setelah cuba meminjam kereta dari rakan-rakan terdekat, kami akhirnya memilih untuk menaiki pengangkutan awam sahaja.
Setelah membuat keputusan, Mc selaku peserta, aku (pengurus peribadi), Hadi (fisioterapi) dan Amirul (equipment) berangkat ke Manjung dari Seremban menaiki bas. Perjalanan tidaklah seindah yang dibayang. Bukan apa, perjalanan agak lewat membuatkan bontot kami sakit-sakit. Bayangkanlah perjalanan ke Kuala Lumpur sahaja memakan masa selama 2 jam. Adoiii... Sabar sajalah. Tengahari itu terpaksalah kami menjamu selera di dalam bas. Lapar katakan...


Sampai di Manjung lebih kurang pukul 5 petang. Sampai saja kami terus menuju ke pusat pandaftaran di Kompleks Sukan Manjung sebab Mc perlu mengambil barang-barang. Sepanjang berada di sana, ada juga suara sinis yang berbunyi selepas melihat Hadi mengangkat basikal CIOCC kesayangan Mc yang dibungkus elok dengak kotak.

"Basikal baru ke?" Kami hanya senyum, malas nak cakap banyak.

Setelah selesai semua urusan pendaftaran, kami berdepan masalah lain. Tak pasti lagi di mana hendak menginap. Puas berfikir, akhirnya di rumah ALLAH juga menjadi pilihan. Kami berjalan ke Masjid Nur Hidayah yang tidak jauh dari kompleks sukan. Malangnya, pagar berkunci. Tengah kami duduk berbincang, tiba-tiba datang seorang pak cik menanyakan masalah kami. Dia tersenyum. Katanya masjid sekarang sedang direnovate. Belum boleh digunakan lagi. Menurut beliau, sebuah dewan besar di kompleks sukan dijadikan masjid sementara. Katanya lagi, kalau hendak solat, bolehlah di sana.

Rasanya kami bernasib baik sepanjang berada di sini. Bagi aku sendiri, orang di sini tidak sombong dan baik-baik belaka. Ketika kami sedang berehat-rehat di depan pintu dewan, dua orang pak cik datang dan bersembang dengan kami. Mereka juga menawarkan sebuah bilik kosong di situ untuk dijadikan tempat beradu kami. Alangkah senangnya dalam hati kami. Ibarat mengantuk disorongkan bantal pula.
Malam itu kami mencari Tok Siak masjid untuk mengambil kunci bilik. Rupa-rupanya, pak cik yang kami jumpa petang tadi adalah Tok Siak yang di cari. Kami cukup berterima kasih padanya atas banyak sebab termasuklah menraktir makan malam kami.
Malam itu kami tidur dengan aman di situ menanti hari yang paling dinanti-nanti oleh Mc...
Awal-awal lagi kami dah bangun. Sebab tidur di masjid kan. Tak eloklah pula bangun lewat-lewat, apa kata orang nanti.

So, lepas solat subuh kami bersiap-siap ke venue acara. Perghh... Memang dahsyat-dahsyat peserta kali ini. Basikal-basikal yang digunakan pun bukan calang-calang. Benda ni ni semualah yang membuatkan aku dan Hadi tak sabar untuk memiliki sebuah racing bike satu hari nanti.
Kami sempat berbual dengan beberapa orang peserta. Ada seorang pelumba dari Kuala Lumpur menyatakan bahawa dia telah menghabiskan hampir RM10,000 semata-mata untuk basikalnya. Wah, terbeliak mata kami. Tapi katanya, yang penting bukan enjin. Yang penting orang yang mengayuh tu. Betul juga kan....
Apa yang paling menarik perhatian aku, dalam pertandingan ini aku nampak peserta-pesertanya seperti sekadar mahu menyertai sahaja, bukan untuk menang. Memang aku tabik pada pak cik, mak cik yang masih boleh berkayuh dan berlari lagi tu. Aku pun belum tentu boleh buat. Apa yang melucukan, ada pak cik tu boleh berbual dan bergurau lagi dengan seorang petugas di water station. Kata Mc, semasa dia berkayuh, dia sempat melihat beberapa orang peserta sedang berehat di kedai kopi lagi. Haha... Langsung tak pressure mereka ni.

Dalam pertandingan kali ini, Mc perlu berlari sejauh 11 kilometer, disambung dengan berbasikal sejauh 64 kilometer dan diakhiri dengan berlari sekali lagi sejauh 10 kilometer. Dia berjaya mencapai targetnya iaitu menghabiskan acara tersebut di bawah masa 5 jam. Untuk maklumat lanjut, boleh baca di laman blognya sendiri...

Terima kasih kepada jawatankuasa Masjid Nur Hidayah dan seluruh penduduk Manjung yang baik hati dan banyak membantu. Andalah 'Manusia Berkuasa Tinggi' yang sebenarnya!

Cerita 'Simple' Dari Afdlin

Filem : Papadom
Pengarah : Afdlin Shauki
Terbitan : Tayangan Unggul

Afdlin kembali lagi dengan buah tangan terbaru yang mana aku dapat simpulkan bahawa filem ini lebih mudah, simple tapi berkesan berbanding filem-filem beliau yang lain. Mungkin tak keterlaluan jika aku katakan filem ini ialah filem terbaik dari sutradara prolifik ini. Maklum sajalah, belum ditayangkan lagi, filem ini sudah memenangi banyak anugerah di Festival Filem Malaysia termasuklah bagi katagori Filem Terbaik.

Papadom bukanlah sebuah kisah makanan kegemaran ramai semata-mata tetapi Adflin berjaya menggarap kisah ini menjadi lebih menarik hanya berpandukan subjek papadom. Jarang pembikin filem negara menggunakan idea seperti ini dalam karya mereka. Mungkin betul juga kata CEO Media Prima, Datuk Farid Ridzuan; di Malaysia hanya Afdlin yang berani buat cerita ikut acuan Hollywood.
Menampilkan pelakon-pelakon berbakat, plot Papadom bergerak dengan cukup cantik dan kemas. Ia tidaklah mengelirukan penonton. Siapa yang menonton pasti akan faham. Afdlin kali ini juga tidak menggunakan skrip atau dialog yang panjang tetapi banyak bermain dengan ekspresi wajah, tidak seperti karya beliau sebelum ini, Sumo-lah. Keadaan ini yang membuatkan penonton tidak bosan. Bayangkanlah, untuk babak sedih pun kita tetap boleh tersenyum. Bukan kerana babak sedihnya tak jadi tapi wujudnya elemen gembira yang mengharukan. Bijak betul Afdlin ini... Tidak hairanlah aku boleh layan cerita ini dua kali.
Lakonan Afdlin dan Liyana Jasmay tidak perlu dipersoal lagi. Begitu juga dengan Norkhiriah yang hadir dengan sejuta kelucuan. Farid Kamil dan Que Haidar pula berjaya membuktikan merekalah bakal pelapis hero Melayu satu hari nanti. Scha? Ooo... My sweet girl! Hot pula berlakon jadi si gedik yang malang. Hehe...

Kata Afdlin dalam blognya, beliau menghasilkan Papadom selepas dia terfikir akan kesibukkannya hingga hampir mengabaikan keluarganya. Sebab itulah, beliau menyarankan agar pada sesiapa yang menonton filem ini, hubungilah sesiapa saja yang disayangi dan nyatakan rasa sayang itu.

Brader yang pernah kata, "Sori, brader tak layan cerita Melayu," pun dah tengok cerita ni. Hehe...
Tabik spring pada Harun Salim Bachik, memang besh lakonannya.

Suka lagu Mia Zara!

Saturday, November 7, 2009

Laughter... Ubat Yang Terbaik Untuk Orang Malaysia Yang Berwajah Masam!

Sebab dah bosan sangat, tak tahu nak buat apa, aku cuba mencari sesuatu untuk dibaca. Membaca bagi aku bukanlah kerja yang paling aku minat. Maksud aku, nak membaca dengan tenang supaya apa yang dibaca aku boleh faham dan rasai bukanlah satu kerja yang mudah. Setakat nak membaca saja tu boleh, tapi bagi aku kalau nak membaca biar sampai faham!
Sedang mencari buku-buku menarik untuk dibaca, Anep 'The Sleeping Prince' menyuakan satu buku padaku. Katanya menarik... Aku membaca tajuknya, 'Laughter....'
What the hell! English!

Adoyai, nak baca buku melayu pun aku tak larat, ni pula nak baca buku ENGLISH! Aku ni memanglah ambil minor BI, tapi bukanlah dengan rela hati... (Faham-faham sajalah).

"Baca dulu..." The Sleeping Prince cuba memujuk aku.

Dengan rasa berat hati, malam itu aku cubalah membaca dan memahamkan apa yang perlu difahamkan dalam buku ini.
First time baca, aku prediction aku yang awal-awal tu aku rasa dah tersilap. Bahasa Inggeris yang digunakan bukanlah payah sangat. Rasanya sesuailah dengan tahap aku yang tak dapat A1 masa SPM dulu ni.
Buku ni adalah kompilasi lawak-lawak biasa dan luar biasa yang disusun semula oleh David Tong, bekas guru.
Kadang-kadang baca buku ni membuatkan aku ketawa seorang diri sebab faham dan kadang-kadang membuatkan aku terdiam sebab aku tak faham. Walaubagaimanapun, pada aku buku ni bagus jugalah. Kalau nak tahu ni lah buku English pertama yang aku baca sampai habis. Masa sekolah dulu pun aku tak pernah baca buku teks BI sampai habis. Haha...

Money Isn't Everything
It can buy a bed but not sleep.

It can buy a clock but not time.

It can buy a book but not knowledge.

It can buy a position but not espect.

It can buy medicine but not health.
It can buy blood but not life.

It can buy sex but not love.

So send me all your money because money isn't everything!

- 'Laughter, The Best Malaysian' by David Tong -

Ok, pandang sini... Sedia, 1... 2... Ketawa!!! Haha...
Ketawa ubat yang terbaik!

Cerita Rugbi dan Gerai Bawah Pokok

Semalam aku lepak-lepak dengan Encik Mat Dee a.k.a Rush dalam bilik. Tak banyak yang kami sembangkan, tapi ada satu cerita yang keluar dari mulutnya yang membuatkan aku terfikir panjang.
Dia menceritakan pada aku betapa dia bangga dan lega kerana berjaya juga dia merealisasikan impian untuk menganjurkan kejohanan rugbi di arena sendiri. Malah, yang lebih membanggakan dalam tempoh masa tersebut, dua pasukan terus dicipta, The King dan The Prince.
Kejohanan Rugbi 10's Raja Melewar diberi nama melambangkan satu usaha yang jitu setiap orang di belakang tabirnya. Aku pun tak sangka kejohanan ini akan menjadi sehebat begitu. Namun, walau aku belum bersedia untuk memulakan langkah menceburkan diri dalam bidang ragbi ni, tapi aku tetap bersedia nak menolong apa yang patut.
Aku masih ingat 4 tahun dulu, Rush mengusung bola ragbi seorang diri ke padang sedangkan ramai yang sudah bermain bola sepak. Mungkin sebab itulah, dia sudah boleh berbangga dengan apa yang sudah diusahakannya ini walaupun dengan masalah birokrasi yang tak sudah dari pihak atasan yang 'jahil' lagi 'bodoh' untuk mengembangkan lagi minda menjadi individu yang waras!
Dan aku masih ingat lebih kurang 2 hari sebelum kejohanan berlangsung, rambut yang dulu kemas sudah tidak lagi tersisir rapi. Habis serabut aku tengok mamat ni. Kini, setiap kali orang sebut saja tentang The King atau The Prince atau Raja Melewar 10's, habis senyum sampai ke telinga. Haha....
Aku? Apa yang aku boleh buat? Hanya mampu 'memisterikan' gerai di bawah pokok sepanjang kejohanan tersebut. Dengan bantuan Acai 'The Master of Puppet', Anep 'The Sleeping Prince' dan Syafiq 'The Young Brother', kami sehabis baik cuba untuk membantu memeriahkan kejohanan.

...jangan fikir tentang apa yang kamu sumbangkan, tapi fikir apa yang telah kamu usahakan!
Selamat untuk Raja Melewar 10's tahun depan!

Wednesday, October 28, 2009

Maksud Sebuah Memorandum!

Bagaimana jika seorang si pulan dengan megah membuat suatu perjanjian kepada seorang lagi si pulan yang lain, tapi malangnya si pulan yang membuat perjanjian itulah yang mengingkarinya?
Persoalan yang dibangkitkan bukanlah atas rasa tidak puas hati yang melampau-lampau tapi sekadar mencari jawapan sebenar tentang definisi tepat untuk satu memorandum.
Adakah wajar bagi orang yang mengingkari itu dihukum bagi kesalahan yang dilakukan? Wajar kerana dia telah melanggar perjanjian yang dia sendiri reka.
Adakah wajar bagi orang yang mengingkari itu dihukum bagi kesalahan yang dilakukan? Tidak wajar kerana mungkin dia perlu membalas kesalahan si pulan satu lagi yang dilakukanya sebelum terbentuk perjanjian tersebut.
Mmm... Jawapan adalah hak milik masing-masing.

...dan aku terpaksa beralah lagi.

Thursday, October 15, 2009

Minggu Ini Punya Celita...

Tiada yang istimewa sangat untuk aku perkatakan tentang minggu ini. Mmm... Mugkin ada jugalah sebuah dua cerita yang mungkin boleh dikongsikan. Tapi masih lagi bertapis, takut ada yang terasa pula nanti.
Alhamdulillah, jualan
top-up aku semakin baik. Mungkin berkat doa, usaha, dorongan dan tawakal dari orang-orang yang aku sayang. Di sini juga aku ingin memohon maaf lah pada insan-insan yang berurusniaga dengan aku, jika sepanjang aku berbisnis ni aku gagal memuaskan hati anda. Walaubagaimanapun, mungkin aku akan berubah untuk menghasilkan yang terbaik pada masa hadapan. Niat di hati ini hanya untuk memudahkan rakan-rakan di dalam asrama ni. Maklumlah sekarang nak keluar pun susah, tambah pula dengan malas. Nak keluar sekarang kene punch card dekat mulut insan yang agak celupar tuturnya di pos kawalan depan. So, kalau nak top-up dan malas nak gaduh-gaduh, datanglah jumpa aku. Hehe...

Monday, October 5, 2009

"Aku Nak Jadi 'Water Boy'!"

Perlawanan antara Arsenal menentang Balckburn tidak perlu aku perjelaskan lebih terperinci lagi. Rata-rata sudah tahu apa keputusannya dan aku yakin ramai dah tahu yang Arsenal adalah sebuah pasukan yang mantap. Hahaha....
Menonton perlawanan tersebut bersama Arsenalian yang lain cukup seronok terutama sekali kami ditemani pemain legenda, Thierry Henry yang datang buat pertama kali ke Emirates Stadium sejak perpindahan ke kelab Catalan.
Ini yang membuatkan aku dan mungkin rakan-rakan yang lain seronok menanti 'kepulangan' beliau ke pangkuan Gunners satu hari nanti.
Walaupun peratusan pengurus 'kepala batu', Arsene Wenger untuk membeli Henry semula sangat sedikit kerana sifat azalinya yang mahu menggunakan khidmat pemain muda, aku tetap pasti Henry akan kembali ke Arsenal walaupun hanya sebagai budak pembacuh air.
Begitulah sayangnya beliau kepada Gunners. Tempat jatuh lagi terkenang, inikan tempat bermain...

Tuesday, September 22, 2009

Moden Mengemaskini atau Menggantikan atau Merogol Tradisional?

Sempena bulan Syawal yang mulia ni, seperti biasa aku langsung tak dapat kad raya... Tapi tak mengapalah, orang tak ada peminat kan. Nak buat macamana.
Walaubagaimanapun, aku tetap mendapat mesej-mesej dari sahabat handai sebagai pengganti kad raya. Kreatif-kreatif juga orang-orang kita ni. Antaranya :

Mesej 1 :
Kobau tuo ilang kek sawah,
orang kampung sebuk mencari,
jiko ekau tokan ke bawah,
DAH SAH... ekaulah kobau yang den cari!!

Kalo ado jarum yang patah,
tak payahlah disimpan laie,
kalo ado hati yang marah,
rileksla den pun dah terkono sekali...

Jarum yang patah tu poie lah buang,
jangan dibuang bersamo kain,
kalau tak nak kono sorang-sorang,
send lah mesej ni kek orang lain...

"Selamat Hari Ghayo Aidilfitri!"
(Che Gu Dzul 'Botak' dan Famili)

Mesej 2 :
Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak Berjabat,
Ucap tak mendengar,
Mata tak bertatap,
tapi izinkan hati memohon maaf,
Zahir dan batin...
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
(Che Gu Emi 'Liverpool')

Mesej 3 :
Banyak buaya di sarang buaya,
Banyak paku di pucuk paku,
Ucapan selamat di Hari Raya,
Jangan lupa datang ke rumahku...
(Che Gu Mat 'Daniel' Hafiz dan keluarga)

Mesej 4 :
Hie...Saye nk ucapkan slamat ari raye aidilfitri 4 u n ur fmily... B hepi n enjoy de hldy...
(Che Gu Vicky)

Mesej 5 :
Suasana sunyi dipagi hari, kedengaran takbir memecah keheningan, tatkala orang ramai memohon kemaafan berkunjung ke rumah. Dengan ingatan tulus dan ikhlas ingin engucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
(Che Gu Imran dan keluarga)

Mesej 6 :
Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang... Mohon maaf segala kesilapan kerana ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata, hati tersalah menduga. Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
(Che Gu Fizah)

Mesej 7 :
Sell a mat are ray right year. Mint tax mug offs and hell all my eats and drinks this year ok! I look stupid when I speak Malay. Sorry.
(Faizal)

Mesej 8 :
Embah lanang duete akeh,
Duete dideleh neng duwor poro,
Keluputan kulo mawon seng akeh-akeh,
Salah silap lahir batin njalok di ngapuro.
Moggo mampir nang rumah.
(Che Gu Luqee)

Mesej 9 :
Bakar lemang anyam ketupat,
Seronoknya raya dah nak dekat,
Nak hantar kad raya dah tak sempat,
Hanya SMS yang paling cepat...
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
(Che Gu Owen)

Mesej 10 :
Wei, dah bangun! Tak payah terkebil-kebil. Pagi raya dah ni. Pergi mandi, tak payah nak buat terkejut. Memang dah habis puasa dah. Imam masjid dok tunggu korang tu. Cepat!
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
(Che Gu Bosh)

Mesej 11 :
Main bola tertekel kaki,
Segala silap dan salah harap dimaafi

Tendang bola kaki kiri,
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Lepas main bola makan sardin,
Maaf zahir dan batin

Bola,Bola,Bola...
(Che Gu Hadi)

Mesej 12 :
Kalau dilipek sebosar kuku, kalau dibontang sebosar alam, kok hilang dicari, kok hanyut dipinteh, kok tonggolam disolam. Datang biarlah nampak muko, kok poie biarlah nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sejambak kato. Dogup bicagho, menghisik raso.
Salam Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin buat seisi keluargo.
(Si Dia)

Mesej 13 :
Salam... Tak ada pantun, tak ada syair ataupun madah kata yang indah. Hanya ada hati yang ikhlas dan tulus mahu mengucapkan dan meminta maaf atas segala yang terjadi selama ini. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
(Che Gu Amir)

Mesej 14 :
Dalam kelembutan lidah, ada keterlanjuran kata.
Dalam gurau dan senda, ada khilaf dan dosa...
Harap dimaafkan segalanya...
Salam Aidilfitri, maaf Zahir dan Batin
(Che Gu Hardin)

Mesej 15 :
Hati-hati di jalan raya,
Selamat Hari Raya.

Encik Zahir jumpo Tok Batin,
Maaf zahir dan batin.
(Che Gu Ramos)

Mesej 16 :
Assalamualaikum (w.r.b)
For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes you can't take for adviseyou can't accept, 1001 apologies. Sorry if i've done anything wrong that might hurt you anyway. Forgive and forget. "Selamat Hari Raya". - From Anep and Miley Cyrus
(Che Gu Anep 'Rambut')

Mesej 17 :
Semoga Allah meberikan pelangi untuk setiap hujan,
Senyuman untuk setipa tangisan,
Rahmat untuk setiap cubaan,
Kekuatan untuk setiap dugaan dan cubaan,
Kekuatan untuk setiap dugaan,
Dan makbul untuk setiap doa,
Salam Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin
(Che Gu Abe Lee dan Keluarga)

Nak tergelak pun ada baca mesej-mesej ni. Dah menjadi trend sekarang ni, orang tak guna kad raya lagi untuk menyampaikan ucapan Aidilfitri. Sekarang semua dah guna handphone, e-mail...
Mmm... Banyak baik atau buruk perkara ini? Aku ada pendapat sendiri. Tentu semua pun ada pendapat masing-masing. Kita yang melihat sendiri, jadi biarlah diri kita yang menilai... Wallahualam.

Salam Aidilfitri


Saturday, September 19, 2009

CL 09/10 : Ibra, Gunners Bikin Panas!

Perlawanan yang live di tv hanyalah perlawanan antara Inter Milan menentang Catalan. Manakala Gunners bertandang ke Liege bagi memenuhi tuntutan perlawanan pertama peringkat kumpulan CL.
Bagi aku mungkin Gunners tiada masalah berbanding Barca yang akan berlawan dengan Inter Milan di San Siro. Mungkin tekanan akan menjurus tepat ke arah Abang Berahim. Maklumlah, pulang ke kampung halaman dengan
tittle sebagai pemain lawan. Separuh masa pertama begitu membingitkatkan aku. Gerakan cantik yang banyak diatur oleh pemain Catalan seolah-olah mahu dihampakan oleh pemain Sweden ni. Tak tahu apa kena. Tak cukup dengan Xavi, Messi pun seolah-olah sudah habis skill nak bagi bola cantik pada Ibra, semuanya dihampakan. Apa yang aku pelik, Guardiola masih percaya padanya. Dia lebih rela mengeluarkan Henry yang cukup berstamina. Geram pula aku tengok. Rindu pula tengok Eto'o yang kini bermain dengan Inter Milan. Akhirnya, kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Berlainan pula dengan Gunners. Menang tapi bikin panas juga. Baru minit ke-5 dah kene 2-0. Apa cerita? Ingatkan senang saja nak menang, tup-tup susah juga.
Untung saja gol jaringan Bedtner, Vermalean dan Eduardo berjaya menidakkan badi kekalahan buat kali ketiga berturut. Kalau kalah juga, aku isi borang siap-siap masuk team m.c. lah.!