Thursday, March 18, 2010

I'M GOING TO THE GATSBY DEODORANT STREET FAIR!

Hah! Sesiapa yang rasa ada masa terluang sampai tak tahu nak buat apa pada 17 April 2010 ni, yang rasa dah cukup tenaga nak bermain pelbagai permainan dan rasa ada 'ong' nak menang pelbagai hadiah, mari sertai GATSBY DEODORANT STREET FAIR yang akan berlangsung ruang legar Ground Floor Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Aku? InsyaALLAH pergi bersama rakanku, Mc. Mana tahukan, untung sabut timbul. Hehe... Program ini akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 5 petang. Pelbagai gerai mainan akan didirikan sepanjang program ini. Permainan yang ditawarkan adalah seperti bergusti sumo dalam beg udara. Hah, siapa yang nak cuba bolehlah hadir ke tapak program yek... Sebab tu aku cakap tadi sesiapa yang rasa cukup tenaga nak bermain bolehlah datang pasal permainannya mencabarlah juga. Bukan satu saja permainan, banyak lagilah. Bagi yang menang dalam setiap permainan, mereka boleh menebus mata ganjaran terkumpul dengan barangan GATSBY. Untung tu!
Sudah menjadi kebiasaan, kalau program-program macam ni pasti ada cabutan bertuah. Alangkah mesyuarat agong di sekolah-sekolah pun ada, inikan pula dalam program ini. Haha... Siapa yang bertuah? Akukah? Andakah? Kita tengok sajalah nanti yek. Hadiah yang ditawarkan pun lumayan juga. Ada barangan elektrik, telefon bimbit, komputer dan baucar tunai berjumlah hingga RM15,000! Memang rugi kalau tak singgah ni.
Macamana nak pergi Times Square? Senang saja. Kalau yang datang dari Seremban atau mana-mana tu semua pergi dulu ke KL Central. Sampai situ senanglah. Kemudian, naik Monorail menuju ke stesen Jalan Imbi. Monorail terletak sebelah luar KL Central yek... Jangan pula dicari di sebelah dalam pula. Nak senang kalau takut sesat, tanya saja Pak Guard yang ada kat situ. Malu bertanya sesat jalan. Tak gitu? Tambang dari KL Central ke Jalan Imbi tak silap aku dalam RM 1.60. Tak ada lah mahal sangat.
So, sesiapa yang ada kelapangan tu, terutama para blogger, jemputlah datang ke GATSBY DEODORANT STREET FAIR anjuran GATSBY dan NUFFNANG. Bolehlah nanti kita sembang-sembang, berkongsi idea. Tak Gitu?

Secara ringkasnya :
Tarikh : 17 April 2010
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Ruang Legar Ground Floor Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


Jika ada sebarang kemusykilan atau apa saja pertanyaan, boleh hantar email kepada aku atau tulis saja di ruangan komen di bawah coretan ini. Tulis nama, email dan pertanyaan. Itu saja. InsyaALLAH aku balas secepat mungkin. As soon as possible. Untuk maklumat lanjut, klik link ini > GATSBY DEODORANT STREET FAIR

Aku Hilang Dia

Sepi tanpanya,
Mudah dan ringkas,
Aku keseorangan,
Kerana aku hilang dia...


nyong
18/03/10
11:40

Wednesday, March 17, 2010

Siri 6 : Sikamat - Chedang - Seremban - Sikamat (19 km)



Malam ni seperti Jumaat malam yang lain, malam untuk night rider. Malam ini juga merupakan malam terakhir kami berkayuh sebelum masing-masing pulang bercuti sempena cuti penggal pertama. Disebabkan itu jugalah, malam itu ramai yang tidak dapat mengikut kayuh bersama. Yang tinggal hanya aku, Mc, Ikbal, Mirul dan bakal pengantin baru yang sedang mencari 'nafas', Anas. Hehe...
Perjalanan juga tidak seperti yang dirancang, terpaksa dipendekkan sebab ramai yang letih. Aku sendiri letih. Tak tahu kenapa. Batuk yang tersisa juga agak mengganggu kayuhan. Biarkan, asal sampai.

Che Gu Pula Yang Kena Jawab...

"Ok, class.... Sebab tu kita kena jaga sungai di tempat kita supaya ia tidak tercemar. Faham?" Tanyaku kepada murid sebelum menghabiskan kelas Pendidikan Kesihatan. Topik hari tu sangat tipikal, pasal pencemaran tapi tak sangka pula berjaya menarik perhatian murid-murid kelas 2 Mercury, SK Methodist (ACS), Seremban.

"Tapi cikgu..."

Aku diam, menoleh ke arah si ketua kelas, Ridzuan. Budak ni memang petah bercakap sikit. Ada saja pandangan dia. Kali ini apa lagi dia nak sampaikan.

"Ok,semua diam... Ya, ada apa Ridzuan?"
"Kenapa sungai yang dekat dengan rumah saya tu kotor sangat? Sampah pun banyak. MPS (Majlis Perbandaran Seremban) tak datang ambil sampah-sampah tu pun."

Tu dia! Telan air liur aku dibuatnya. Tahu pula dia tentang MPS ni semua. Ligat otak aku memproses jawapan. Selagi mereka tak dapat jawapan, selagi itu aku tak boleh keluar dari kelas. Imej kena jaga!

"Macam ni lah, bagus Ridzuan. Sebab apa sungai tu kotor? Itu semua salah kita. Macam siapa yang buang sampah dalam kelas ni, dia yang kena bersihkan, betul tak," semua mengangguk. "Jadi, kalau kita tak nak sungai kita bertambah kotor, apa yang perlu kita buat?"
"Kita jangan buang sampah dalam sungai!"
Aku tersenyum. Hehe... Jawapan yang bagus untuk tahap anak kecil seperti mereka. Saja puji diri sendiri.

Sebelum keluar kelas, aku lihat Ridzuan yang sedang mengemas buku. Mulutnya tak habis-habis mengomel... dan aku dapat dengar sayup dari jauh, "Mereka tak buat kerja ke?" Pasti anak sekecil itu tak berpuas hati dengan jawapan aku. Aduhai anak kecil berjiwa besar yang seorang ni...