Saturday, May 8, 2010

"Che Gu nak pindah sekolah ke? Kenapa?"

Ini ada sebuah kisah....


"Ok, hari ini che gu hadiah untuk kamu semua. Siapa yang nak hadiah, duduk tempat masing-masing." Berdesup murid-murid ku kembali ke kerusi mereka. Hadiah, siapa yang tak mahu. Pandai juga mereka ni.
Tengah sibuk-sibuk aku agihkan hadiah, aku terperasan seorang murid aku ni. Dari tadi ikut saja belakang aku. Aku pun pelik.
"Awak pergi duduk dulu. Ada hadiah awak ni." 
Tak mahu juga. Pelik betul anak murid aku yang seorang ni. Adoyai. Siap buat muka 'seposen' pula tu. Mmm... Biar dulu.
Aku sambung agih hadiah. E'eh dia ikut lagi. Ish, budak ni. Aku dah mula nak mengamuk ni. "Eh, awak ni. Pergi duduk sana."
"Che gu nak pindah sekolah ke?" Aku terdiam, tak jadi marah. 
"Taklah. Che gu nak sambung belajar di maktab," jawab aku. Dia diam. Oh, baru aku faham bahawa budak ni tak faham apa yang berlaku sebenarnya. Yelah, dah 3 bulan ajar kelas ni, tiba-tiba aku nak pergi pula.
"Che gu nak pindah sekolah ke?" Aku tengok muka dia. "Tak apalah, awak pergi duduk dulu."


Cerita ni belum habis lagi.

Tengah aku sibuk-sibuk bersiap nak balik di bilik guru, aku lihat Kauvaneswaran berdiri di muka pintu. Sedih saja muka dia. Aku pergi ke arahnya. 
"Hadiah che gu bagi tadi simpan elok-elok." Dia mengangguk. 
"Che gu nak pindah sekolah ke?" Sekali lagi dia tanya.
"Tak lah, che gu nak balik maktab. Che gu kena sambung belajar. Bulan 8 nanti che gu datang balik sini. Faham?" Dia mengangguk, tanda fahamlah tu kot. "Nanti bulan 8 che gu  datang balik, che gu nak tengok balik hadiah yang che gu bagi tu."
Dia tunduk. Aku tersenyum. Akhirnya aku yakin yang dia sudah boleh terima. Nak tergelak pun ada. Padahal 2 hari lepas aku dah bagitahu dalam kelas bahawa minggu ni adalah minggu terakhir aku mengajar kelas mereka dan budak inilah orang pertama melonjak kegembiraan. Aku ingat memang dia tak suka aku ajar pasal aku garang. Dia saja sudah berapa kali makan penangan aku. Haha... Jahat tak aku. 
Rupa-rupanya dia tak faham apa yang aku maksudkan. Huh... Tak apalah. Aku pun dah tengok dalam sebulan terakhir ni, dia memang berubah. Nakal macam mula-mula aku ajar dulu tapi masih boleh dengar kata lagi. Biasalah budak-budak.
Aku pegang bahu dia, "dah, pergi balik sana. Tertinggal van pula nanti."
Dia  menoleh, tengok aku. "Che gu... "
"Ya."
"Che gu nak pindah sekolah ke? Kenapa?"
Aku tarik nafas dalam-dalam. Cuba mengawal emosi.
"Haah, che gu nak pindah sekolah. Kamu nakal sangat. Dah pergi balik. Van dah tunggu."

Aku sedar bahawa aku masih perlu perbaiki diri menjadi guru yang baik. Bukan saja baik dalam perhubungan dengan anak murid tapi dalam memberi penerangan kepada mereka. 


Cerita ni dah habis.


Selamat tinggal untuk sementara SK Methodist (ACS). Sampai jumpa lagi untuk sebulan pada bulan 8 nanti.

 KELAS 2 URANUS

Friday, May 7, 2010

Edisi Tertinggal - Siri 8 : Sikamat - Ampangan - Senawang (Loop 25 km)


Malam ni kayuhan untuk menenangkan diri selain mencari rentak fitness masing-masing setelah tamat musim membesarkan perut, memenuhkan asap ke dalam jantung dan membutakan mata sepuas-puasnya!

Hambik kau! 

Separuh mati juga kayuh. Itulah, training seminggu lepas tu berhenti. Inilah padahnya... Adoyai! Macamana lah nak masuk Duathlon bulan 6 ni. Cepat! Ubah gaya hidup....Untuk bulan mendatang ni banyak tournament yang aku target nak masuk, tapi kalau ni lah cara berlatihnya... Mati dong! 

Tolong aku!

Edisi Tertinggal : Selamat Pengantin Baru, Remos dan Isteri!


Edisi tertinggal ni aku dahulukan dengan kegembiraan aku dengan berita perkahwinan teman baik ku, Remos. Akhirnya, setelah sekian lama membujang; kahwin juga si Remos. 
Tiada apa yang aku mahu katakan, wahai kawan. Hanya ucapan, SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. InsyaALLAH...

Tuesday, May 4, 2010

Lama Sudah...

Akhirnya aku menulis lagi. Tak tahu kenapa rasanya hendak mengeluarkan idea untuk menulis sepanjang minggu sudah. Mungkin juga disebabkan broadband ku terlalu kerap meragam hingga membuatkan aku bosan untuk menunggu di depan laptop (amaran untuk celcom bagi memperbaiki apa yang perlu diperbaiki) .