Saturday, April 10, 2010

"Mc, nak minum air sirap!" - Dia Sayang Aku!


Begitula ayat aku kalau dah letih. Ada Mc, teman sebilik aku merangkap mentorku cukup terasa mudah hidup ini. Haha... 

Terima kasih Mc. Sedap sungguh air anggur yang kau buat ni. Tak ada sirap pun tak apelah... Air anggur pun sedap. Hilang rasa kering tekak sahabatmu ini.

Bukan membuli, cuma mahukan kasih sayang seorang kawan!

Thursday, April 8, 2010

Barcelona dalam Kelas Tersendiri, Messi Satu Anugerah Tak Ternilai!

Perasaan aku bercampur baur bila mendapat perkhabaran dari Mizi yang mengatakan dua pasukan kegemaran ku akan bertemu antara satu sama lain. Adoyai... Bukan ni yang aku nak! Aku nak dua-dua jumpa di final Liga Juara-Juara. 
Barcelona diundi berjumpa dengan Arsenal pada peringkat suku akhir. Memang mimpi buruk. Barcelona pasukan yang kuat dan bijak, Arsenal pasukan yang sentiasa meningkat. Emm... Mampus tak tahu nak sokong mana satu.
Perlawanan first leg aku tengok. Syukurlah sebab dua-dua seri. Tapi bila second leg, aku memang tabik Barcelona yang membuktikan mereka bukan calang-calang punya pasukan. Bukan bermaksud Arsenal tak bagus, cuma Barca berada dalam kelasnya yang tersendiri. Arsenal gagal bermain dengan baik walaupun banyak percubaan. Nasri aku iktiraf sebagai pemain paling rajin bersama Clichy.
Jarang aku dengar Pak Wenger memuji pemain dari pasukan yang menewaskan Arsenal. Tapi malam itu dia sendiri menyanjung kehebatan Leo Messi. Memang tak boleh nak cakap apa lah. Messi memang terbaik! Moga dia beraksi cantik sekali lagi sabtu ni menentang Real Madrid dalam pertembungan El Classico. 
Arsenal cuma perlu fokus dan kejar untuk takhta liga walaupun tanpa jeneral tersayang, Cesc Fabregas!


Messi vs Arsenal!

Tuesday, April 6, 2010

Belasungkawa Encik Azlan... Ibarat Muzika yang sentiasa Tersenyum

Emm... Sekali lagi kehilangan. Hari Ahad lepas aku mendapat berita pemergian beliau seawal pagi. Cepat-cepat aku mandi. Orang baik-baik pergi, tak sanggup untuk tidak memberi penghormatan terakhir.
Allahyarham merupakan pensyarah muzik di Institut Pendidikan Guru Malaysia - Kampus Raja Melewar. Seingat aku, selama 5 tahun aku di sini arwah tidak pernah mengajar aku. Malah, aku sendiri yakin beliau pasti tidak mengenali aku. Tetapi apa istimewanya beliau, hinggakan aku terlalu menyanjungnya?
Pertama kerana ilmunya. Arwah tidak pernah lokek. Apa yang aku boleh kata, beliau merupakan antara hustler atau otai dalam bidangnya, muzik. Aku pernah melihat beliau bermain muzik untuk satu kenduri kahwin, berkolaborasi dengan sahabatnya, Encik Samsuddin. Memang tak boleh pertikaikan kelebihan beliau.

Kedua, kerana senyumannya. Susah nak nampak orang yang kita tak kenal akan senyum pada kita. Sebaliknya arwah memang tak lekang senyum di bibir. Bukan pelajar yang senyum dulu, malah beliau yang lebih awal. Begitulah mulianya insan ini.
Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat-Nya. InsyaALLAH...