Thursday, December 3, 2009

Iklan Kempen Anti Dadah : Video Pertama Arahan Aku di Youtube!


Video ini sebenarnya merupakan salah satu tugasan aku di institut. Tak silap aku untuk subjek English yang mana memerlukan aku dan ahli kumpulan yang lain menghasilkan video atau apa saja bentuk iklan.
Idea untuk menghasilkan video ini hadir secara tak sengaja. Ada 2 perantara yang membenarkan idea itu masuk cepat dalam kepala otak aku ni.
Pertama, aku lihat tandas di asrama dan kedua aku tengok kepala Anep, The Sleeping Prince yang masa tu tanpa rambut tinggi terpacak seperti selalu. Aku terrfikir apakah bentuk eksplotasi yang aku boleh buat sementara rambut Anep belum tumbuh lagi. Hahaha... Tengok badan sikit, kurus kering. memang kenalah. Tup-tup... Hadirlah idea membuat video tentang dadah.
Aku rasa video inilah paling teruk sekali bagi Anep pasal dia sampai terpaksa baring-baring atas lantai tandas. Kadang-kadang tu aku saja amek re-shoot banyak kali. Haha... Sorry.
Turut hadir dalam video ini ialah Hardin yang cukup bangga mengenakan t-shirt PBSM, bukan Persatuan Bulan Sabit Merah tapi... Persatuan Berehat Sepanjang Masa. Haha... Pada mulanya watak itu diberi pada Luqee dan dah siap shooting tapi disebabkan masalah tertentu terpaksalah dire-shoot sekali lagi.
Walauapapun, terima kasih pada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menghasilkan video eksklusif aku ni. Haha...

Untuk melangkah ke profesional, kenalah mula dari amatur... Betul tak?
Pengarah / Konsep / Penyunting : Nyong
Skrip / Penata Muzik : Anep & Nyong
Pelakon : Anep & Hardin

7 comments:

BabyMocha said...

Pass by from Innit! Have a nice day!

Nice video:) Keep it up!

nyOng.is.me said...

thnx babymocha...
i hope this not my last work.. hehe...

hans said...

yups
kena mula dari bawah baru bleh jadi pro macam afdlin atau james cameron or steven spielberg
haha
member aku pun buat video anti dadah
lebih kurang lah dgn ko buat

nyOng.is.me said...

thnx hans..
aku tgk video tu pon byk klemahan. tpi kelemahan tu yang kene aku betolkan dalam video len kali. byk klmahan dia,first skali equipment x ckup.
agak2 boleh la nnt kongsi video kwan ko tu yek...

hans said...

owh,itu diorang punya final project
aku dah balik dah
xsempat minta
aku pun suka buat video
baru ada dua
satu yg assignment
satu lagi aku masuk contest yg freshmint ke apa yg afdlin shauki punya tu
hahaha
member2 aku dkt sini takder yg minat buat video
susah tul

hans said...

eh,thanks la sudi follow blog aku yg merepek meraban tu yer
terharu tul

nyOng.is.me said...

juz follow utk berkongsi pengetahuan n mklumat...
=)