Saturday, November 7, 2009

Cerita Rugbi dan Gerai Bawah Pokok

Semalam aku lepak-lepak dengan Encik Mat Dee a.k.a Rush dalam bilik. Tak banyak yang kami sembangkan, tapi ada satu cerita yang keluar dari mulutnya yang membuatkan aku terfikir panjang.
Dia menceritakan pada aku betapa dia bangga dan lega kerana berjaya juga dia merealisasikan impian untuk menganjurkan kejohanan rugbi di arena sendiri. Malah, yang lebih membanggakan dalam tempoh masa tersebut, dua pasukan terus dicipta, The King dan The Prince.
Kejohanan Rugbi 10's Raja Melewar diberi nama melambangkan satu usaha yang jitu setiap orang di belakang tabirnya. Aku pun tak sangka kejohanan ini akan menjadi sehebat begitu. Namun, walau aku belum bersedia untuk memulakan langkah menceburkan diri dalam bidang ragbi ni, tapi aku tetap bersedia nak menolong apa yang patut.
Aku masih ingat 4 tahun dulu, Rush mengusung bola ragbi seorang diri ke padang sedangkan ramai yang sudah bermain bola sepak. Mungkin sebab itulah, dia sudah boleh berbangga dengan apa yang sudah diusahakannya ini walaupun dengan masalah birokrasi yang tak sudah dari pihak atasan yang 'jahil' lagi 'bodoh' untuk mengembangkan lagi minda menjadi individu yang waras!
Dan aku masih ingat lebih kurang 2 hari sebelum kejohanan berlangsung, rambut yang dulu kemas sudah tidak lagi tersisir rapi. Habis serabut aku tengok mamat ni. Kini, setiap kali orang sebut saja tentang The King atau The Prince atau Raja Melewar 10's, habis senyum sampai ke telinga. Haha....
Aku? Apa yang aku boleh buat? Hanya mampu 'memisterikan' gerai di bawah pokok sepanjang kejohanan tersebut. Dengan bantuan Acai 'The Master of Puppet', Anep 'The Sleeping Prince' dan Syafiq 'The Young Brother', kami sehabis baik cuba untuk membantu memeriahkan kejohanan.

...jangan fikir tentang apa yang kamu sumbangkan, tapi fikir apa yang telah kamu usahakan!
Selamat untuk Raja Melewar 10's tahun depan!

No comments: