Tuesday, December 15, 2009

Masihkah Ada Sinar? Beri Dulu Mereka Peluang...

Baru-baru ini aku tak ketinggalan menonton perlawanan antara Arsenal menentang Liverpool. Melihat hanya aku dan Ijal yang bersungguh-sungguh menyokong Arsenal membuatkan aku agak sedikit gementar, tambah lagi bila Kuyt membubuh gol pertama untuk skuad merah itu. Aduhai, takkan kalah lagi... Kalau kalah memang susah lah jawabnya nak kejar syaitan merah dengan rumah biru.
Mujur sahaja penantian aku tak berakhir dengan sia-sia apabila dapat juga meraikan gol saguhati dari Glen Johnson yang tertampan bola ke gawang sendiri. So, sekarang aku kena tunggu sampai habis, nak tengok menang atau kalah atau sekadar seri.
Arshavin, setelah lama tak menyumbat gol cantik akhirnya menghadiahkan kemenangan pada penyokong Gunners yang dari tadi kena 'bakar', bukan dari penyokong rumah merah, tapi penyokong-penyokong dari kelab syaitan merah dan rumah biru. Haha... Cukuplah sekadar menang 2 - 1 daripada kalah mahupun seri.
Dalam akhbar hari ini, Fabregas mengatakan Wenger cukup marah dengan permainan mereka. Aku rasa memang patut pun. Aku rasa dalam game tu, Liverpool yang pegang hampir 60 peratus. Skuad Gunners pula secara taktikal memang hancur. Hantar tak sampai, penyudah entah apa-apa. Aku lebih selesa kalau katakan, kemenangan ini hanya disebabkan skuad Gunners bernasib baik.

Skuad Malaysia berjaya juga membuktikan kata-kata mereka untuk bermati-matian dalam perlawanan separuh akhir menentang pasukan tuan rumah, Laos.
Sebelum menyaksikan perlawanan tersebut, mata aku sempat juga hinggap di siaran Singapura menyaksikan pertembungan antara Vietnam dan Singapura. Melihat dari gaya permainan, aku dah boleh agak, tak susah mana Vietnam nak menang. Permainan mereka agak laju terutama sekali ketika membuat counter-attack. Bagi sesiapa yang tak dapat saksikan kekalahan Malaysia di tangan Vietnam tempoh hari, pasti akan mengatakan, "patutlah kalah hari tu. Diorang main best giler!".
Menginjak jam 8.30 malam, aku dan Sep cepat-cepat ke tempat lepak biasa, Kopitiam Kak Long; tak nak ketinggalan saksikan perlawanan hidup mati Malaysia. Niat di hati nak bawa Jalur Gemilang, tapi bila difikir secara waras, tak apalah. Bukan tak patriotik, cuma masih tak yakin dengan skuad Rajagobal ni. Bola tu bulat kan.
Sebelum sampai di sana, aku sempat jugalah tengok gol Baddrol. Boleh tahan cantik. Tapi awal lagi.
Melihat keseluruhan perlawanan tersebut, aku cukup tertarik pada persembahan di awal separuh masa. Setiap pemain bijak berada di posisi masing-masing. Hantaran cukup kemas. Bahagian bek paling bagus pada aku. Aidil, Nasriq dan Muslim cukup keras. Banyak juga hantaran Laos yang berjaya diintercept.
Masalah timbul bila babak kedua. Malaysia sudah mula bermain secara defensive. Bukan tak boleh, tapi terlalu awal. Mereka memang dah tak ada idea untuk buat gol, semua dah turun ke bawah meniggalkan Idlan seorang diri di atas, menunggu sebarang kemungkinan akan membuat counter.
Kesilapan inilah yang membenarkan tuan rumah menyamakan kedudukan. Mujur sahaja menjelang minit 80, Malaysia mengubah rentak permainan. Baddrol dan Safiq berjaya menyumbat gol untuk menamatkan permainan dengan keputusan 3 - 1.
Baddrol yang menjaringkan dua gol pada perlawanan tersebut, aku anggap sebagai pemain terbaik. Tak sia-sialah dia dihantar berguru di Chelsea.
Pada perlawanan akhir Khamis ini, sekali lagi Malaysia akan bertemu dengan Vietnam.
Malaysia dah 20 tahun tak dapat pingat emas dalam sukan SEA. Dengar janji mereka untuk membalas dendam selepas tewas tempoh hari. Tapi, aku tak nak buat prediction awal. Kena tengok game dulu.

Baik Arsenal mahupun Malaysia masih ada lagi sinar harapan untuk berjaya. Biarpun bukan sekarang, aku sanggup beri peluang lagi, tapi tak tahu sampai bila aku nak tunggu...
Jangan lupa saksikan perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam. Banyak pula stesen tv yang buat siaran langsung. Bagus jugalah...

1 comment:

hans said...

aku sedih kut liverpool kalah
malaysia petang karang lawan vietnam
entah menang ke tidak wallahualam