Wednesday, June 17, 2009

'Cuti' Hampiri Episod Terakhir

Kurang 5 hari lagi aku akan mula berangkat pulang ke Institut bersama Abang Rambut Berdiri dari rumah biru. Tak tahulah nak sedih sebab cuti nak habis atau gembira sebab dapat jumpa balik kawan-kawan nanti.
Sepanjang cuti ini, tak banyak aktiviti yang dilakukan. Mungkin faktor 'pulus' yang semakin berkurangan. Cukuplah dengan bermain bola setiap petang dan malam.
Selain itu, sempat juga lakukan 'mini' kembara. Lokasi yang dipilih ialah Sungai Tengah dan aktiviti memancing menjadi pilihan mengisi kebosanan.
Sungai Tengah ialah sebuah sungai yang menemukan air laut dari Tanjung Balau dengan air payau. Tak silap aku, kali terakhir aku ke sana pada 2 tahun lepas. Masa itu, keadaannya biasa sahaja. Sama seperti sungai bakau yang lain. Berbeza pula kali ini, keadaanya sekelilingnya berubah sedikit dengan air yang sudah menjadi hijau kebiru-biruan. Cantik sekali. Terlintas di hati, ada orang jagakah tempat ini? Sebelum sampai ke lokasi ini pun beberapa kali aku terjumpa papan tanda 'Penceroboh Akan Didakwa'. Tapi kalau dah ikut kepala budak-budak ini, apa peduli... Aku pun tak tahu kenapa tempat ini dinamakan dengan Sungai Tengah. Jadi, sesiapa yang ada maklumat tentang lokasi ini, bolehlah berkongsi dengan semua.

Terkilan tak tangkap gambar di Sungai Tengah...

No comments: