Friday, April 22, 2011

Deja Vu : Bunuh Diri, Nombor Satu dan Video Blue

Sudah berapa hari aku mengalami fenomena ni.


Deja vu.


Aku tahu semua pernah alami fenomena ni. Kalau tak selalu, mesti kadang-kadang. Bila aku selalu kerap melaluinya, aku cuba riki-riki apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan fenomena ni hinggakan bijak pandai pun masih belum tahu keunikkan nikmat Tuhan yang satu ni.


Aku jumpa dalam wikipedia (orang cakap jangan percaya sangat dengan wiki-wiki ni.) :


Deja vu is the experience of feeling sure that one has already witnessed or experienced a current situation, even though the exact circumstances of the previous encounter are uncertain and were perhaps imagined.


Tak apa aku tahu, bukan semua mampu mengeja perkataan E.G.L.I.S.H.  E.N.G.L.I.S.H. Jadi, aku telah 'menggoogletranslatekan' bahasa ni.


Deja vu ialah pengalaman merasa yakin bahawa seseorang sudah menyaksikan atau mengalami situasi saat ini, walaupun keadaan yang tepat dari pertemuan sebelumnya tidak menentu dan mungkin dibayangkan.


Faham?


"Ermmm...."

Ok, tak apa kalau tak faham...

Fenomena ni berlaku apabila anda rasa benda tu  dah  pernah berlaku sebelum ni. Benda yang akan keluar secara tak langsung samada dalam hati atau keluar ikut mulut apabila anda mengalaminya adalah :

"Eh, macam pernah jadi lak benda ni...."

atau

"Eh, macam dah jadi jek..."

atau

"Eh, benda ni kan dah jadi. Bila ek?"

atau

"Eh...."

Faham?

Aku pun tak tahu nak terangkan macamana. Fenomena ni aku anggap macam nikmat dari Tuhan. Dia bagi kat kita. Syukur jek... Dah berapa hari benda ni berlaku pada aku secara berterusan. Aku tak tahulah orang lain. Benda ni selalunya berlaku masa aku tengok tv, terutamanya waktu berita. Berita yang keluar di tv tu macam.... Aku dah tengok semalam, dah tengok semalam semalamnya, semalam semalam semalamnya, semalam semalam semalam semalamnya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Berita ni,

"Eh, macam pernah jadi lak benda ni...."

Berita pasal dia ni,

"Eh, benda ni kan dah jadi. Bila ek?"

Dan berita ni,

"Eh...."

Aku pun pelik, kenapa semua berita yang aku tengok setiap hari sama. Kuat betul tenaga deja vu dalam badan aku ni.
Anak aku pun sampai kata, "Abah, tengok citer la....! Abah tak minat politik gila kan?"
Aku tukar channel, tengok Mr Bean.

Berapa kali ulang pun suka nikmat ni...

Terima kasih Google.

9 comments:

anotherstep said...

deja vu mcm ko tgk cite biru la john

anotherstep said...

faham?

nyOng.is.me said...

aku belom dapat lagi citer biru kaler hitam putih tajuk deja vu kat youtube...

berteromber said...

nak paham Deja Vu...try layan lagu Deja Vu - Iron Maiden...heheh..

cryclown said...

aku pun berpakaina seragam biru..nak?

nyOng.is.me said...

berteromber : alamak iron maiden ker... amek masa tu nk phm...

nyOng.is.me said...

clown : berpakaian xpa... jgn sampai tak berpakaian.

Budak Botak said...

macam2 jadi kat negara kita sekarang nie, he3...

Entry terbaru -> Pedro Martin Ureta Membuat Gitar Gergasi Daripada 7000 Pokok... (",)

Mira R. said...

dejavu. . . apa pun tak boleh...