Sunday, May 17, 2009

Misi Copa del Rey Tercapai!

Selepas seri dengan Villareal lantas melambatkan hajat Barca untuk menjulang piala La Liga,Copa del Rey menjadi penamat kemarau segala-galanya selepas menamatkan musim tanpa piala sejak beberapa tahun sudah. Perlawanan tersebut aku gagal saksikan kerana masalah kuali Astro yang tidak boleh terkena air hujan. Entah sampai bila masalah ini dapat diselesaikan. Bukan aku menyalahkan hujan ya... Ini masalah teknologi manusia sendiri.
Selepas kejayaan ini, Barca akan turun menentang Mallorca bagi menjulang piala kedua, Piala La Liga awal pagi esok. InsyaALLAH kemenangan ini akan menjadi penguat semangat menetang syaitan merah di Final Champion League. Dapat sahaja ketiga-tiga piala ini, mungkin tertunai hajat aku melihat Lionel Messi menjulang Ballon d'Or.
Tahniah kepada semua Barcalian terutama Yaya Toure, Lionel Messi, Bojan Krkic dan Xavi Hernandez yang menjaringkan gol pada perlawanan tersebut untuk memadamkan jaringan awal pihak lawan. Sekurang-kurangnya kejayaan ini dapat menyembuhkan luka dalam hati aku ini melihat kepincangan skuad Gunner yang tumbang menjadi Gonner. Walaubagaimanapun, tahniah kepada kedua-dua pasukan ini. Semoga lebih maju musim mendatang.

Aku tetap seorang Barcalian dan Arsenalian!

No comments: