Tuesday, May 19, 2009

On-Road : Senawang - Rembau (Bukit Miku) - Kuala Pilah - Seremban

Perjalanan 'gila' ini sebenarnya tidak termasuk dalam agenda aku pada hari Ahad, 10 Mei 2009. Dalam kepala otak aku, apa yang aku ingin lakukan pada hari minggu ini ialah tidur sampai pukul 12 tengahari, makan dan buat benda lain yang boleh mengisi kebosanan aku.
Entah macamana aku termakan dengan ajakan Mc dan cadangnya hanya menemannya berkayuh dari Sikamat ke Senawang. Kesilapan terangguk setuju mengikut sebuah kumpulan basikal ini berkayuh ke Rembau membuatkan aku tidak dapat berpatah balik lagi.

Bertemankan NYON5 yang berupakan sebuah mountainbike besi berharga RM 360, aku memulakan kayuhan menyaingi basikal racing mencecah harga RM 5000. Bak kata orang, mula-mula tu memanglah semangat. Berapa banyak basikal racing NYON5 berjaya saingi, tetapi lama-kelamaan kudrat insan yang berjaga sehingga pukul 5 pagi dan bangkit pukul 6.45 pagi ini ada batasnya. Kayuhan maintain tetapi lama-lama sayup kehilangan bau racing yang jauh ke depan.
Setibanya di Rembau, aku bersama 11 lagi rakan kayuhan berehat sebentar di Petronas. Nak membakar, bahannya tertinggal kerana berkira tadi hanya ke Senawang kemudian berpatah balik ke institut. Jadi, terpaksalah telan angin sahaja.

"Kita naik Bukit Miku pula lepas ni!"


Terdiam sejenak aku, bukan nak patah balik ke Senawang kah? Bukit Miku? Macam mana pula 'rupa' Bukit Miku tu? Macam Bukit Putus kah? Atau macam Bukit Tangga?
Sampai sahaja di kaki Bukit Miku, aku menelan air liur. Cerunnya 45 darjah, sejauh 400 meter lebih kurang. Mampus! Nak patah balik? Aku seorang sajalah gamaknya. Nak tak nak kenalah juga melayan si Bukit Miku. Belum 30 meter mendaki, aku sudah mengalah. Gila! Memang tak larat. Tayar macam tak berganjak. Maklum sahajalah tayar mountainbike. Jadi, terpaksalah menyorong NYON5 sampai ke puncaknya. Itupun dekat 3 kali berhenti. Ramai jugalah yang menyorong masa tu tapi aku tak nak ceritalah siapa, takut melanggar privasi orang lain.

Selepas berehat di puncak Bukit Miku dalam 20 minit, aku berkira-kira akan menuruni semula bukit tersebut. Hati dah tak sabar nak main drift hingga ke kaki bukit.

"Kita balik lalu Kuala Pilah!"

Perghh... Mendengar kata-kata itu aku hampir-hampir menjadi gila seperti di santet bomoh Siam. Dekat sangatkah Kuala Pilah dari sini sampai mereka memutuskan untuk pulang ke Seremban melalui Kuala Pilah? Jangkaan awal aku meleset. Hampir separuh mati aku bekerja mengayuh NYON5 menuju ke tempat yang dituju.
Memang kudrat aku sudah semakin berkurang. Sehinggakan yang lain terpaksa menunggu aku dan seorang lagi kenalan baru, hampir sejam di pekan Senaling, Kuala Pilah.
Berehat sebentar di Pekan Senaling dengan menghilangkan dahaga dengan minuman isotonik bukalah caranya untuk menghilangkan rasa mengantuk aku. Teringat katil dan kipas yang pasti boleh menghilangkan seribu kepanatan. Nak buat macamana, ikut sajalah...
Dari Pekan Senaling, kami meneruskan perjalanan ke hentian seterusnya di Ulu Bendul, lokasi rekreasi popular di Negeri Sembilan. Jauh jugalah... Kayuh punya kayuh punya kayuh, aku tak sedar kadang-kadang aku terlelap sambil mengayuh. Nasi baik tak jadi apa-apa. Seperti biasa aku dan kenalan baru merupakan pengayuh terakhir. Aku nekad untuk terus mengayuh tanpa henti. Biar perlahan tapi maintain. Malangnya, aku tidak sanggup meninggalkan rakanku itu yang sering kali mengalami kekejangan. Masalah utamanya, bekalan air tidak mencukupi dan cuaca cukup membakar. Kesannya kini, aku terpaksa memakai lengan panjang bila berjumpa si dia.
Kami tiba di Ulu Bendul sejam setengah lewat daripada yang lain. Nak buat macamana... Kudrat tak cukup. Berehat sebentar, masa yang paling aku tunggu iaitu menuruni Bukit Putus yang amat terkenal dengan selekoh bahayanya. Memang mengujakan sungguh dapat menikmati angin yang cukup kuat walaupun sekali-sekala termasuk ke jalan bertentangan. Mujur tiada kereta.
Dan akhirnya aku sampai ke Seremban dengan 'cemerlang'nya. Aku dah tak sabar nak cari katil masa ini. Bayangkanlah aku berkayuh dalam jarak 110 km dengan purata masa 6:38:43. Memang kerja gila!
Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku ikut geng tersebut berkayuh. Kalau Mc dan sahabatku Lukman yang membawa mountainbike dan dapat menyaingi basikal racing masih nak ikut, aku lebih rela berkayuh bersama Mat Ros, Hadi dan Paan. Bukan apa, aku akui, aku belum lagi mencapai standart seperti mereka semua. Walaubagaimanapun, aku tetap gembira sebab aku dapat juga membawa NYON5 mengembara jauh, walaupun sebelum ini aku berkira-kira mahu menjualnya....

2 comments:

Maswafi Abd Samat said...

anda lebih daripada apa yang anda fikirkan!!

nyOng.is.me said...

Impossible is just a big word thrown by around by small men who find it easier to live in the world they've been given than to explore the power they have to change it. Impossible is not a fact it's an opinion, impossible is not a declaration, it's a dare, impossible is potential, impossible is temporary, impossible is nothing!!
Terima kasih,cikgu!