Masa : 0730-1200
Situasi ini aku rakam sewaktu para peserta sedang sibuk mendaftarkan pasukan masing-masing. Macam-macam ragam yang aku tengok dan mungkin aku tidak dapat kongsikan rakaman tersebut dengan kalian semua. Minta maaf banyak-banyak. Mungkin ketika ini, Uncle Maswafi sedang melakukan muhasabah diri dan berdoa agar pasukannya memenangi pertandingan ini ataupun mungkin beberapa orang peserta sedang merancang strategi untuk menang ataupun mungkin ada yang sedang ketakutan untuk meneruskan cabaran kejohanan ini ataupun mungkin ada yang sedang menguap kengantukan kerana tidur lewat malam tadi (Aku…).
Gambar pertama menunjukkan gambar Yang Dipertua JPP IPGM-IPRM sedang sibuk ‘menyolek’ sahabat sepasukannya Abe. Mereka akan bertanding dalam kategori B (PISMP). Selain mereka berdua, Rudi dan Syamil turut terlibat melengkapi sebuah pasukan sekaligus akan berdepan kuartet Mc. Gambar seterusnya, beberapa orang peserta sedang mendaftarkan pasukan masing-masing. Tidak cukup tangan jawatankuasa pendaftaran hendak melayan kesemua peserta serentak. Lihat saja Vicky,tidak pernah aku melihat kawanku ini mengerjakan sesuatu kerja sebegitu tekun sekali. Mungkin dia mendapat tidur yang mencukupi agaknya.
Selepas mendaftar, Hadi mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk memberi taklimat kepada para peserta, takut-takut ada yang tidak jelas. Di sebelahnya adalah Chong yang setia menemaninya ke mana jua. Selain itu, aku juga sisipkan gambar pasukan PISMP-IPGM Kajian Sosial Semester 2 yang terdiri daripada Din Ayubi, Fareez, Aiman, Imad dan Anep ‘Siputat’ (Kesian dia tak sihat...Sampai termuntah berlari). Memang bergayalah bila ambil gambar, tengok lari nanti.
Ini pula gambar kakak-kakak hadiah. Sarah dan Kiah memang tahu-tahu saja aku menghalakan lensa kearah mereka. Siap pose lagi. Hadiah untuk kejohanan ini adalah berbentuk pingat dan hamper. Memang tidak sia-sia menyertainya.
bersambung pada hari yang indah akan datang...
No comments:
Post a Comment