Saturday, October 25, 2008

KEJOHANAN ROAD RELAY IPGM-KAMPUS RAJA MELEWAR 2008


Gambar menunjukkan Mc sedang mengepalai senam robik. Turut serta dalam aktiviti tersebut adalah Kiah, Rush dan Shasha (Anak Puan Suraya). Secara logiknya, aktiviti ini bertujuan untuk membantu para peserta memanaskan badan sebelum bertanding. Sekarang aku tengok, kebanyakkan orang langsung tidak memanaskan badan sebelum bersukan. Kalau nak main bola, terus main saja. Keadaan ini akan membahayakan diri mereka. Aku cakap begini kerana perkara itu sudah terjadi pada diri aku. Aku terpaksa melupakan sebentar untuk menyertai pasukan ragbi disebabkan masalah kecederaan tisu pada pergelangan kaki. Jadi, jangan pandang remeh aktiviti memanaskan badan. Tengok saja Abe Li, semangat banar melakukan aktiviti ini.



Seterusnya, gambar menunjukkan Tuan Haji Shamsuddin dan Encik Jalil sudah bersiap sedia melepaskan peserta di tempat permulaan. Berikut adalah urutan kejohanan :
- Kategori VIP Lelaki dan Wanita (Pensyarah dan staf sokongan)
- Kategori A Wanita (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
- Kategori B Wanita (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)
- Kategori C Wanita (Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)
- Kategori A Lelaki (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
- Kategori C Lelaki (Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia)
- Kategori B Lelaki (Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan)


Bagi kategori VIP, mereka perlu berlari sejauh 3 km tanpa menyerahkan baton pada sesiapa atau dengan maksud lain mereka belari secara individu. Manakala bagi kategori lain pula, setiap pasukan perlu mengahantar 4 orang pelari di mana setiap orang akan berlari sejauh 1.5 km. Penyerahan baton akan dilakukan di checkpoint yang sudah dinyatakan.



Seperti yang diharapkan tiada perkara yang tidak diingini berlaku pada hari tersebut. Semua berlangsung selaras dengan perancangan. Jutaan terima kasih harus diberikan kepada jawatankuasa keselamatan dengan bantuan anggota polis dari IPK Seremban dan Jabatan Pertahanan Awam.


Acara berakhir dengan ucapan penutupan oleh Tuan Haji Shamsuddin dan acara penyampaian hadiah. Berikut adalah senarai pemenang :
- Kategori VIP - Encik Azulhaimi Bin Ahmad (Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)
- Kategori A Lelaki - KPLI Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 1 Semester 2
- Kategori B Lelaki - PISMP-IPGM Pendidikan Jasmani Semester 4
- Kategori C Lelaki - KPLSPM Pengajian Bahasa Cina Semester 1
- kategori A Wanita - KPLI Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2 Semester 2
- Kategori B Wanita - PISMP-IPGM Pengajian Bahasa Tamil Semester 2
- Kategori C Wanita - KPLSPM Matematik Semester 3

Buat julung-julung kalinya kejohanan ini berlangsung di IPGM-Kampus Raja Melewar dan ia berjaya mencipta kejayaan, kegemilangannya dan prestij. Semoga kejohanan ini akan dijadikan acara tahunan pada masa akan datang. Tahniah Semua!


Pasukan PISMP-IPGM Pendidikan Jasmani Semeter 4 yang diketuai oleh Mc. Hari ini adalah hari yang indah bagi mereka...

1 comment:

Maswafi Abd Samat said...

Hang mmemang dengki dengan aku, ada ke patut baju sahaja yang ditangkap!!!