Sunday, October 19, 2008

Tahniah...

Semalam adalah kejayaan...

Inilah yang aku cuba sampaikan melalui slogan yang aku paparkan pada banner yang aku reka untuk kejohanan ROAD RELAY - ...bersama mencipta kegemilangan.

Kejohanan tersebut telah berlangsung seperti yang diharapkan malah telah mencipta kegemilangannya yang tersendiri. Tahniah kepada penyelaras dan penganjur serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang kejohanan tersebut. Laporan penuh kejohanan aku akan sisipkan pada risalah akan datang.

Sebagai salah seorang petugas pada kejohanan tersebut, niat aku memang hendak datang awal dan tolong apa yang patut. Tetapi lain pula jadinya, berat mata ini nak buka tatkala mendengar jam berbunyi tepat jam 0630. Itulah padahnya jika tidur terlalu lewat. Seperti biasa, aku hanya akan mematikan jam dan sambung tidur.

Nasib aku memang baik kali ini sebab tidak terlepas merasa keprestijan kejohanan ROAD RELAY. Abe Li sekali lagi menyelamatkanku. Dia berjaya membangunkan aku yang semestinya sudah dikenali dengan kesukaran bangun pagi (bagi mereka yang tidak mengenali aku dengan sekenal-kenalnya).

Tugas aku pada hari kejohanan tersebut adalah mengambil gambar. Pembantuku, Abang Jo a.k.a Judin, gagal aku bangkitkan dari lenanya. Tidak apalah mungkin dia sedang bersiap sedia untuk 'bekerja' petang nanti.

Apa yang nak dirakamkan? Entahlah... Aku main rakam saja. Kurakam gambar Mc sedang mengetuai senam robik, gambar Hadi memberi taklimat kepada peserta, gambar Sarah dan Azakiah yang semestinya sudah bersiap sedia pose di meja hadiah, gambar Uncle Maswafi (Katanya hendak disisipkan di dalam blognya. Jadi, aku ambil gambar dagunya dan ke bawah. Hahaha...) , gambar pasukan-pasukan yang bertanding, gambar awek-awek yang Hardin berkenan, gambar pensyarah, gambar Mat Ros bersama walkie-talkie, gambar petugas di meja pendaftaran dan banyak lagilah gambar yang melalut aku rakam... Dan gambar dia... Entahlah, aku ada rakam atau tidak. Fotografi memang aku minat tapi hari itu aku tiada mood, jadi aku berikan tugas tersebut kepada Rush. Aku? Jadi marshall sajalah...

Mata aku pun dah makin kelam sekarang ini. Sebelum aku beradu, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada unit PISMP-IPGM PJ yang diketuai oleh Mc kerana memenangi kategori B. Tidak sia-sia usaha mereka...

Hariku akan indah jika dapat TIDUR...
ZZZZZZZZ....

No comments: