Tuesday, April 14, 2009

Akhir-akhir Praktikum

Minggu ini merupakan minggu terakhir aku mendengar anak-anak kecil mengucapkan "SELAMAT PAGI,CIKGU!" pada permulaan dan ucapan "TERIMA KASIH,CIKGU" di akhir kelas.
Mmm... Masuk sahaja minggu depan aku pula terpaksa mengucapkan selamat pada pensyarah-pensyarah aku. Pasti masing-masing sibuk 'menyibukkan' fikiranku dengan fail-fail Independent Self Learning, kerja-kerja kursus dan benda-benda merapu yang aku langsung tinggalkan semenjak aku melangkah ke SK St. Paul dengan tittle Guru Praktikum.
Bukan apa,sejak menjawat jawatan tersebut memang terasa 'kehebatannya' menjadi seorang guru kepada anak-anak murid. Haha... Bangga siyoooot!
Sekarang terpaksa pula meninggalkan jawatan tersebut buat sementara waktu hingga semester hadapan. Minggu terakhir ini mungkin menjadi sedikit syahdu... Biasalah benda yang bermula pasti ada akhirnya. Tapi yang penting sekarang aku kena siapkan RPH dan folio praktikum yang membuat kepala aku pusing 360 darjah. Takut pula kantoi dengan Puan Haidatullaila yang aku mengajar sebelum ini tanpa panduan RPH. Hehe... Berani sungguh pengakuan aku...

No comments: