Wednesday, April 15, 2009

Cederanya Dia bernama NYON5...

Kesibukkan hari-hariku bertambah rumit bila melihat cinta hatiku, NYON5 berjenama Le Run sudah 'cedera' angkara manusia durjana! Aku pun tak faham dengan kehendak dan kepuasan nafsu mereka-mereka ini sampaikan 'kecederaan' pada NYON5 langsung tidak dimaklumkan kepada aku.
Aku tak kisah kalau manusia-manusia ini mahu 'mempergunakan' basikal ku yang aku wakafkan secara tidak rasmi serta tanpa hitam putih tetapi jika ada kerosakkan atau apa sahaja kecacatan silalah maklumkan sebab... Basikal itu harta aku!
Bukanlah niatku hendak menuntut ganti rugi sampai berjuta-juta nilainya, sekurang-kurangnya mungkin terdapat sedikit musyawarah bagi merungkai masalah tersebut. Aku bukanlah kaki pukul yang sesuka hati hendak menghentam anak orang pasal aku sendiri pun dilahirkan di dunia sebagai seorang anak orang. Jadi, tiada masalah jika sipulan ini datang kepadaku dan berkata, "Nyong, seat post ko bengkok lah..." Tak ada masalahnya pun.


Gambar ini menunjukkan betapa kejamnya manusia ini terhadap sayangku. Habis bengkok dikerjakan seat post aku. Aku tahu dan mengerti sebagai seorang pengayuh basikal, kerosakkan pasti ada kalau kita menggunakan benda ni.
Dalam hal ini, aku berterima kasih kepada Luqman pasal dia beria-ia mahu menggantikannya kerana rasa serba salah kerap menggunakan NYON5 untuk ke kuliah. Tapi, aku tahu bukan dia penyebab kepada kerosakkannya. Apa orang nak cakap, cakaplah... Aku pecaya pada dia.
Sekarang aku bukan hendak menunding jari kepada semua manusia yang pernah menggunakan basikal aku, tapi sebagai insan juga aku tidak pernah lari untuk bersyakwasangka.... Dan secara jujurnya, sudah ada beberapa rupa manusia yang bermain di kotak fikiran aku ini untuk bertanggungjawab. Tapi tak mengapalah, biar aku yang selesaikan hal ini.


Selain NYON5, basikal Hadi juga menerima nasib yang sama. Basikalnya yang merupakan 'kembar seiras' dengan NYON5, hilang selama 2 hari sebelum ditemui di tempat asalnya dalam keadaan yang menyedihkan, tayar sudah gelong dan 'kecederaan' pada sistem gear. Entah makhluk mana yang berminat padanya, mungkinkah makhluk yang kita nampak atau mungkinkah makhluk yang kita tak nampak. Wallahualam...
Kini, mereka berdua sedang dalam proses membaikpulih di Bengkel Basikal Mc Mat Gila. Nilai kerugian terpaksa pihak kami rahsiakan.

Nasib yang sama juga berlaku pada basikal tua ku, NYON5ROLEX. Keadaannya sedikit uzur dan aku terpaksa merehatkannya sehingga selesai dibaikpulih.

Peraturan manusia untuk manusia...
Mungkin manusia masih tak faham apa itu 'peraturan'...

3 comments:

Maswafi Abd Samat said...

nasib baik bukan i yg pinjam, kalau tak dah aku bawa ke Sarawak!!!!

nyOng.is.me said...

aku tau hang yg rosakkan basikl aku wafi pasal ada cap jari kaki hang kat pedal. cepat ganti balik...xpun belikan basikal baru untuk aku.aku nak basikal GT.x mahal...RM1800 jek. Tu leh kurang lagi tuh.

Maswafi Abd Samat said...

mata duitan betul basikal harga RM200 claim RM1800.