Thursday, January 20, 2011

The Song of Sparrow : Keindahan Lukisan Minda Majid Majidi



Filem : The Song of Sparrow
Pengarah : Majid Majidi
Terbitan : 


Apa impian anda? Apa harapan untuk impian anda itu? 


Aku pun ada impian dan harapan aku impian itu akan menjadi kenyataan. Biar lambat, biar susah mana pun aku takkan pernah lupa untuk memasang impian, walaupun kadang-kadang aku sedar impian aku itu hanya tinggal impian. Huhu... Bilalah boleh pergi Stadium Emirates dan Nou Camp yek?


Entah bila kali terakhir aku menonton filem yang penuh hiasan seni. Aku pun dah lupa. Rentetan air tangan  'magis' arwah Yasmin Ahmad masih terngiang-ngiang bermain di kotak fikiran. Mungkin kerana lukisan minda Yasmin sebiji dengan pemikiran pengarah tersohor, Majid Majidi.


Siapa Majid Majidi?


Pengarah yang berjaya memikat hati aku dengan buah tangan terdahulu, Children of Heaven. Sesetengah orang akan mempersoalkan kenapa aku minat dengan filem-filem macam tu. Pergerakan cerita yang lambat, tak banyak dialog dan tiada superstar yang cantik-cantik menghiasi pandangan kita. Jawapan aku senang saja kerana aku suka. Dalam Children of Heaven, Majid Majidi hanya berpaksikan pada lakonan beberapa orang pelakon kanak-kanak dan ia sudah cukup rencah untuk dinikmati.


Begitu juga dalam The Song of Sparrow. Mendengar saja Majid Majidi adalah terajunya, aku tak berlengah memohon pada rakan yang rajin men'download'. 


Apa yang istimewanya filem ini?


Filem ini dekat dengan aku. Kisah orang kelas pertegahan, yang bekerja untuk sesuap nasi, menampung hidup keluarga. Sesekali terfikir juga, kenapa kita tidak dilahirkan sebagai seorang yang berharta. Kalau sudah kaya tak menjadi masalah untuk membeli alat pendengaran yang lebih mahal dan berkesan. Nasib, kita yang ubah. Apa guna kita bermimpi kalau tiada harapan, duduk di kedai kopi dan hanya berkata, "kalau aku kaya... bla bla bla bla..." Lupakan sajalah.


Ketepikan persoalan cara watak Kareem bersembahyang, isi filem ini mampu membuatkan air mata aku bergenang (belum tumpah lagi yek!). Susah payah membesarkan anak-anak, menampung perbelanjaan keluarga, itu saja sudah cukup melembutkan hati yang keras. Mungkin babak yang paling berkesan adalah sewaktu bekas ikan-ikan anak Kareem terlungkup dan pecah, ikan bertaburan (lihat pada poster filem). Apa lagi yang boleh dibuat selain membiarkannya terus hidup di dalam longkang. 


Kredit perlu diberi pada kesemua yang terlibat dalam filem ini. Semuanya memainkan peranan dengan bagus. Pelakon, pengarah, teknikal dan sinemafotografi yang cantik, cukup berkesan di hati.


"Aku meyetujui, ya, filem Islam, filem yang berdakwah boleh dilakukan, boleh dibikin, tetapi mereka haruslah berkiblatkan dengan mazhab Majid Majidi, kerana ianya, seseungguhnya suatu pengalaman dan pemahaman Islami yang indah dan tidak pernah menghampakan, dan masih berjaya melangkau kemanusiaan yang sarwajagat." - Fadz.


Aku agak keliru, adakah lalat yang selalu bermain di hidung Kareem tu merupakan seekor lalat yang dilatih untuk babak berkenaan!

Friday, December 31, 2010

Antologi Rindu

Jam sudah menunjukkan tepat pukul 1.30 pagi tetapi matanya masih belum boleh dilelapkan. Novel Ombak Rindu tulisan Fauziah Ashari sudah diselesaikan hampir setengah jam lalu tapi matanya masih segar hingga sekarang. Entah kenapa perasaan rindunya terhadap Nik Sofian kembali bertalu-talu menyerang ke dalam hatinya.
Haziqah mengetap bibirnya, menahan betapa sakitnya rindu ini. Bantal dipeluk erat dengan harapan dirinya bertambah kuat melawan perasaan itu.
“Kenapa abang tinggalkan Jiqah?” Terurai jua air mata Haziqah. Sedu-sedan cuba ditahan supaya tiada yang mendengar. Malam itu dia terlalu merindui Nik Sofian.

~~~~~~~~~~ * ~~~~~~~~~~

“Best filem tadikan?” Panjang lebar senyuman Nik Sofian. Haziqah hanya tersenyum tanda setuju dengan suaminya. Hari ini dia sangat gembira kerana Nik Sofian dapat meluangkan masa bersamanya. Sudah lama mereka tidak keluar berlibur. Nik Sofian terlalu serius bekerja orangnya dan kerana itulah Haziqah cemburu  bila suaminya terlalu banyak menghabiskan masa bersama ‘madunya’ itu. Namun, hari ini Nik Sofian cuti. Kesempatan inilah yang digunakan Haziqah untuk bersama suami tercinta menonton filem Sepet bersama.
”Jiqah,” tingkah Nik Sofian. “Kalau ditakdirkan abang pergi dulu, Jiqah merana tak?”
Haziqah hanya tertawa kecil melihat kaletah suaminya yang meniru skrip filem yang ditonton mereka tadi.
“Ketawa pula dia. Jawablah.”
“Erm... Merana.” Senyuman masih tak lepas dari bibir mungil Haziqah. Ditatapnya wajah Nik Sofian yang sudah tiga bulan bergelar suaminya. Nik Sofian agak serius ketika itu. “Kenapa serius sangat ni. Tahulah awak minat Harith Iskandar.” Berderai tawa kecil Haziqah.

Nik Sofian berdengus kecil, membunuh senyuman Haziqah. “Kenapa ni, bang?” Tangan Nik Sofian digenggam kemas. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan dibalik kegelisahan suaminya. Nik Sofian melabuhkan punggungnya ke atas sebuah bangku. Haziqah menuruti. Tangan suaminya masih tidak dilepaskan.
“Abang kalau boleh tak nak Jiqah merana kalau abang tak ada lagi nanti.”
“Apa abang cakap ni?”
Nik Sofian menatap wajah isterinya. Senyuman tawar diukir. “Tak ada apa-apalah.” Haziqah terkedu. “Macam dalam filem Sepet tu, abang pun tak nak Jiqah merana.”
“So?” Tersekat-sekat suara Haziqah.
“So, nanti biar Jiqah pergi dulu,” tawa Nik Sofian kembali berbunga. Dirangkul kemas tubuh kecil isterinya. Haziqah hanya menuruti tingkah suaminya, langsung tak dihirau mata yang memandang mereka berdua. Lantaklah, kami dah kahwin! Getus hati kecilnya.
“Tapi,” masih tersekat lagi suara Haziqah tapi digagahkan juga. “Kalau Jiqah pergi dulu, nanti abang yang merana.”
Nik Sofian menghela nafas panjang, “Tak apa, biar abang yang merana.” Pelukan Nik Sofian semakin kukuh. Haziqah mula menitis air matanya. Entah kenapa perasaanya begitu terharu ketika itu.
“Biar abang yang merana.” 

~~~~~~~~~~ * ~~~~~~~~~~

Air mata mula membasahi bantal. Haziqah tidak dapat menahan deraian air matanya. Suara romantis dan keletah Nik Sofian masih bermain-main dikotak memorinya. Semakin cuba dilupakan, semakin pantas hatinya merasa rindu dan malam itu membuktikan Haziqah masih terasa kepergian Nik Sofian hampir sebulan lalu akibat kanser hati yang dirahsiakannya.
“Kenapa?” Getus Haziqah dengan suara tersekat-sekat menahan hiba. “Kenapa abang yang pergi dulu. Abang mungkir janji...” Malam itu terasa panjang dan air mata Haziqah masih berlinangan.

"Antologi Rindu"
1655
31122010

Tuesday, December 28, 2010

"Julia Perez, aku cinta sama kamu!"

Jakarta : Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF di sini, esok.... - Agensi (dipetik dari Harian Metro, 28 Disember 2010)


Erm...


Ermm...


Ermmm...


Ermmmm...


Ermmmmm...




"Mas Safee, tengok sini dong... Panas yak di stadion ini. Uuuuhhh."

Dengar kata siap ada laser. Macamana ek?

Erm...

Ermm...

Ermmm...

Ermmmm...

Ermmmmm...

(Maaf yek, ni saja gambar paling sopan yang aku jumpa di Google. Menarik bukan?)

Katanya untuk ganggu tumpuan. Tapi, aku rasa...


"GOLLL! Julia Perez ke mari kamu. Aummmm...!"


dan...


"Kurang hajar kamu Jupe! Kenapa Markus yang hilang kosentrasinya! Bakar saja dia!"

Tengok sajalah nanti. Abang-abang cameraman tolong zoom yek. Kalau di Bukit Jalil, laser dikambinghitamkan. Kalau yang kedua ni kalah juga, bersiap-sedialah wahai Julia Perez. Haha... FAM tak nak hantar Rozita Che Wan ke?

Layan cerita ALISA kat TV3. Erm... Agak-agak, Julia Perez layan tak cerita Lagenda Budak Setan The Series?

Thursday, December 23, 2010

HKLBR : Cerita Hantu yang Tiada Hantunya!

Filem : Hantu Kak Limah
Pengarah : Mamat Khalid
Terbitan : Tayangan Unggul


Encik Adie, cilok satu gambar yek...


Dah lama kot aku tak buat review filem-filem yang baru masuk wayang. Huh, yelah. Asyik dok tengok cerita lama jek. Tu pun tengok banyak kali pasal dah tak tahu nak buat apa.


Mamat Khalid, seorang tua yang faham apa orang Malaysia nak. Dulu masa sukan Komanwel kat Malaysia, beliau ni buat cerita Rombongan Cik Kiah. Lepas tu, bila muzik rock kapak kembali mendapat tempat di hati pendengar, beliau buat cerita Rock. Masa Malaysia diserang dengan filem-filem hantu, beliau pun tak nak ketinggalan megikut selera penonton dengan buah tangannya, Zombie Kampung Pisang. Cuma, apa yang istimewa tentang filem tu kerana ia cerita hantu yang tak ada hantunya!


Macamana tu?


Kesinambungan dari filem Zombie Kampung Pisang adalah melalui filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Bila kita tengok pada tajuknya, Hantu Kak Limah Balik Rumah, aku dah fikir, Mamat Khalid ni confirm nak buat cerita mengarut. Hahaha... Dalam mengarut cerita beliau pun tetap ada isinya. Macam dalam cerita Man Laksa. Cerita agak sempoi, simple tapi banyak isinya. Aku tetap suka.


Macam tu lah juga yang berlaku dalam filem HKLBR ni. Aku menjenguk panggung rasanya hampir 5 hari lepas filem ni ditayangkan tetapi aku terkejut pasal malam tu panggung penuh! Aku ulangi, PENUH!!! 


Apa yang menariknya filem HKLBR?


Pertama sebab dalam filem ini ada Awie. Hehehe... Kaki Rock Kapak confirm tak nak ketinggalan tengok ikon dari kumpulan Wings ni. Sepertimana dalam filem Zombie Kampung Pisang, Awie yang memainkan watak Husin cukup berkesan di hati penonton. Serius. Sepanjang menonton filem ini aku berfikir, ini ke Awie yang aku tengok dalam filem Sembilu dulu tu. Hahaha...


Sebab keduanya pula adalah Mamat Khalid. Bagi aku yang memang dari dulu ikut 'mafia' filem Melayu ni pasti tak nak ketinggalan nak terus menikmati karya terbarunya. 


Ketiga adalah disebabkan filem ini cukup rencahnya, seram dan komedi. Perghh... Aku rasa sepanjang menonton filem ni aku gelak jek. Hahaha... Memang lawak gila. Apa yang cuba ditonjolkan Mamat adalah untuk menghentam sikap orang kita yang cepat percaya pada benda-benda karut. Banyak juga isu-isu semasa yang beliau bangkitkan tetapi secara komedi sinikal. Siapa makan cili, dialah rasa cilinya. 


Aku rasa ni memang filem terbaik Mamat Khalid selepas filem Rock. Tapi tengok pada endingnya, macam nak sambung jek. Hehehe... Tak apa, aku tunggu.